Eosen

Semakan 1364307 pada 17:03, 22 Disember 2010 oleh KLITE789 (bincang | sumb.) (Mencipta laman baru dengan kandungan '{{paleogene}} '''Epok Eosen''' pada sekitar 56 hingga 34 juta tahun dahulu, merupakan pembahagian skala masa geologi yang besar dan epok kedua Kala [[Paleo...')
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Templat:Paleogene Epok Eosen pada sekitar 56 hingga 34 juta tahun dahulu, merupakan pembahagian skala masa geologi yang besar dan epok kedua Kala Paleogen dalam era Senozoik. Epok Eosen menjangkau masa mulai akhir Epok Paleosen hingga bermulanya Epok Oligocene. Permulaan Eosen dicirikan oleh kemunculan mamalia moden yang terawal. Penghujungnya berlatarkan peristiwa kepupusan besar yang bergelar Grande Coupure ("Putusan Besar"), yang mungkin berkaitan dengan hentaman bola api yang besar di Siberia dan Chesapeake Bay.

Nama Eosen berasal dari bahasa Yunani: ἠώς (eos, subuh) dan καινός (kainos, baru), membayangkan "fajar" fauna mamalia moden ('baru') yang menjelma pada epok ini.

Subbahagian

Epok Eosen biasanya dipecahkan kepada Awal, Pertengahan dan Akhir. Tahap-tahap fauna dari termuda hingga tertua adalah seperti berikut:

Priabonian (37.2 ± 0.1 – 33.9 ± 0.1 juta tahun dahulu)
Bartonian (40.4 ± 0.2 – 37.2 ± 0.1 juta tahun dahulu)
Lutetian (48.6 ± 0.2 – 40.4 ± 0.2 juta tahun dahulu)
Ypresian (55.8 ± 0.2 – 48.6 ± 0.2 juta tahun dahulu)

Eosan Awal terdiri daripada Ypresian dan Lutetia, manakala Eosen Akhir terdiri daripada Priabonian dan Bartonian; tetapi Lutetian dan Bartonian juga disatukan sebagai Eosen Pertengahan.

Grande Coupure

 
Peristiwa "akhir Eosen".

Grande Coupure atau "putusan besar" yang menyaksikan pusing ganti fauna mamalia secara besar-besaran di Eropah sekitar 33.5 juta tahun dahulu, menandakan berakhirnya fasa terakhir himpunan Eosen, iaitu Priabonian, serta ketibaan imigran Asia ke Eropah. Grande Coupure bercirikan kepupusan berleluasa dan penspesiesan alopatri dalam populasi relik yang kecil dan terpencil.[1] Grande Coupure mendapat namanya pada tahun 1910 ihsan seorang ahli paleontologi Switzerland, Hans Georg Stehlin,[2] yang menyifatkan pusing ganti fauna mamalia yang begitu mendadak di Eropah, yang diletakkannya pada sempadan Eosen-Oligosen. Ada juga pusing ganti fauna yang seumpamanya di Asia yang dikenali sebagai "Pemodelan Semula Mongolia".

Grande Coupure menandakan putusnya kesinambungan antara fauna-fauna Eropah yang endemik sebelum putusan, dan fauna-fauna campuran yang kuat dipengaruhi oleh pendatang Asia selepas itu. Sebuah pasukan pimpinan J. J. Hooker menjelaskan menerangkan bahawa sebelum peristiwa ini, fauna mamalia Eropah dikuasai oleh famili-famili ungulat Palaeotheriidae (saudara jauh kuda), Anoplotheriidae, Xiphodontidae, Choeropotamidae, Cebochoeridae, Dichobunidae dan Amphimerycidae, famili rodensia Pseudosciuridae, famili primat Omomyidae dan Adapidae, dan famili archontn Nyctitheriidae.Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref> Hanya famili marsupial Herpetotheriidae, famili ungulat Cainotheriidae, dan famili rodensia Theridomyidae dan Gliridae (dormouse) berjaya mengharungi jurang fauna ini."

Rujukan

  1. ^ Called "dispersal-generated origination" in Hooker et al. 2004
  2. ^ H.G. Stehlen, 1910. "Remarques sur les faunules de Mammifères des couches eocenes et oligocenes du Bassin de Paris," in Bulletin de la Société Géologique de France, 4'.9, pp 488-520.

Pautan luar

Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA