15 Mac
tarikh
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
15 Mac merupakan hari ke-74 (hari ke-75 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 291 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kebangsaan di Hungary (1848);
- Hōnen Matsuri di Jepun;
Peristiwa
sunting- 44 SM - Julius Caesar dari Republik Rom ditikam mati oleh Marcus Junius Brutus dan beberapa senator Rom yang lain semasa perayaan purnama ketiga takwim mereka.
- 221 – Liu Bei, seorang hulubalang China dan ahli kerabat diraja Han, mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja negeri Shu-Han serta menuntut pewarisan takhta Dinasti Han.
- 933 – Setelah sepuluh tahun gencatan senjata, Raja Henry I dari Jerman menewaskan tentera Hungary di Pertempuran Riade berhampiran sungai Unstrut.
- 1820 – Maine menjadi negeri Amerika Syarikat yang ke-23.
- 1848 – Tercetusnya revolusi di Hungary, yang mana para pemerintah Habsburg dipaksa memenuhi tuntutan Parti Pembaharuan.
- 1877 - Sejarah kriket: Pemain-pemain kriket yang mewakili England dan Australia memulakan pertandingan Ujian yang pertama di Padang Kriket Melbourne, Victoria, Australia.
- 1892 - Liverpool F.C. ditubuhkan oleh John Houlding.
- 1906 - Charles Rolls dan Henry Royce menubuhkan syarikat pengeluaran kereta Rolls-Royce.
- 1916 – Presiden Woodrow Wilson mengerah 12,000 tentera Amerika Syarikat ke sempadan A.S-Mexico untuk mengejar Pancho Villa.
- 1917 - Tsar Nikolay II dari Rusia (gambar) dipaksa turun takhta dalam Revolusi Februari, menamatkan pemerintahan tiga abad kerabat Romanov.
- 1922 – Setelah Mesir mengecapi kemerdekaan daripada United Kingdom, Fuad I menjadi Raja Mesir.
- 1933 – Canselor Austria Engelbert Dollfuss melarang para anggota Majlis Negara daripada bersidang, maka bermulanya pemerintahan diktator austrofasis.
- 1939 - Angkatan tentera Jerman Nazi memulakan pendudukan Czechoslovakia; Negeri Naungan Bohemia dan Moravia diisytiharkan pada hari berikutnya.
- 1961 – Afrika Selatan menarik diri daripada Negara-Negara Komanwel.
- 1965 – Presiden Lyndon B. Johnson, ketika mengulas krisis Selma, berucap kepada Kongres bahawa "Kita akan mengatasinya" sambil menyuarakan sokongan kepada Akta Hak Pengundian.
- 1985 - Syarikat Symbolics menjadi entiti pertama mendaftar nama domain peringkat tinggi .com: symbolics.com.
- 1988 – Bermulanya serangan gas beracun Halabja dalam Perang Iran-Iraq.
- 1990 – Perang Teluk: Wartawan British, Farzad Bazoft dihukum gantung di Iraq kerana mengintip.
- 1990 – Mikhail Gorbachev diundi sebagai presiden eksekutif pertama Kesatuan Soviet.
- 1990 – Pertempuran kaum Târgu Mureş tercetus pada hari ulang tahun Revolusi Hungary 1848.
- 2009 – Bolak-balik angkasa lepas Discovery dilancarkan dari Florida, A.S., membawa susunan suria ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 2011 – Kebangkitan dunia Arab: Bantahan meletus di seluruh Syria menentang kerajaan autoritarian Basyar al-Assad.
- 2013 – Kongres Rakyat Kebangsaan China menamakan Xi Jinping sebagai Presiden dan Li Keqiang sebagai Perdana Menteri baharu.
Kelahiran
sunting- 1767 - Andrew Jackson, Presiden Amerika Syarikat ke-7
- 1975 - Eva Longoria Parker, pelakon Amerika Syarikat
- 1978 - Ramy Sabry, pelakon dan penyanyi Mesir