Bendera Algeria (Arab: علم الجزائر) terdiri daripada dua jalur tegak yang seimbang berwarna hijau dan putih, dengan bulan sabit dan bintang berwarna merah di bahagian tengah. Bendera ini menjadi bendera rasmi pada 3 Julai 1962. Rekabentuknya serupa dengan bendera yang digunakan oleh Barisan Pembebasan Nasional (Algeria).

Nisbah bendera: 2:3

Reka bentuk

sunting

Perlambangan

sunting

Warna putih melambangkan kesucian dan hijau melambangkan keindahan semulajadi negara tersebut. Bulan sabit dan bintang pula adalah sebuah simbol Islam, manakala warna merah melambangkan perjuangan rakyat Algeria untuk mencapai kemerdekaan.

Spesifikasi

sunting
 
Tatarajah perekaan bendera Algeria.

Rincian warna yang diberikan untuk menghasilkan bendera Algeria secara rasmi adalah seperti berikut:

Skema warna bendera Merah Hijau Putih
RGB 210-16-52 0-114-41 255-255-255
Hexadecimal #d21034 #007229 #ffffff
CMYK 0, 92, 75, 18 100, 0, 64, 55 0, 0, 0, 0
Pantone 186 C 356 C White

Pautan luar

sunting