Pinjam terjemah
Dalam linguistik, pinjam terjemah (bahasa Inggeris: calque ) merupakan penyerapan sesebuah perkataan atau frasa dipinjam daripada bahasa yang lain secara harfiah yakni menerjemahkan maksud kata diserap "perkataan-demi-perkataan" (Bahasa Latin: "verbum pro verbo") atau punca-demi-punca.
Ungkapan konsep ini sendiri hasil pendekatan sama dari penterjemahan istilah Bahasa Jerman Lehnübersetzung.[1]
Bahasa-bahasa utama pinjam terjemah dalam bahasa Melayu
suntingBahasa Belanda
suntingPeminjaman sebegini cenderung lebih banyak dalam bahasa Melayu piawai Indonesia kerana penjajahan pihak penutur bahasa tersebut. Tertera senarai perkataan yang dikongsi semua negara penutur bahasa Melayu (atau "Nusantara") yang dikenalpasti berakar daripada pinjam terjemah istilah bahasa Belanda:
Istilah bahasa Melayu (termasuk bahasa-bahasa Malaysia dan Indonesia) |
Istilah bahasa Belanda asal |
---|---|
doktor/dokter gigi | tandarts |
doktor haiwan | dierenarts |
rumah sakit | ziekenhuis |
anjing laut | zeehond |
wang/uang saku | zakgeld |
orang tua | ouders |
luar biasa | buitengewoon |
keberatan | bezwaar |
bunuh diri | zelfmoord |
kenal/tahu diri | zelfkennis |
minyak rambut | haarolie |
ilmu hitam | zwarte kunst |
dilarang keras | streng verboden |
mata angin | windstreek |
meja tulis | schriftafel |
bisu tuli | doofstom |
keras kepala | stijfkop |
tandatangan | handtekenen |
buku harian | dagboek |
kerusi/kursi malas | luierstoel |
lapangan terbang | vliegveld |
kemaluan | schaamdeel |
wang/uang kecil | kleingeld |
dikebumikan | ter aarde bestellen |
taktik bumi hangus | tactiek van de verschroeide aarde |
lautan api | vlammenzee |
nama permandian/nama baptis | doopnaam |
kebiasaan | gewoonte |
kapal selam | duikboot |
Bahasa Cina
suntingBahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Bahasa Inggeris
suntingPinjam terjemah sebegini cenderung kepada istilah yang merangkumi bidang teknologi dan sains sejak dekad-dekda 1990-an atau zaman berkembangya perkomputeran.
Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris |
---|---|
Muat naik | upload |
Muat turun | download |
cakera padat | compact disc |