Gunung Lokon
Gunung Lokon merupakan sebuah gunung berapi kembar bersama-sama dengan Gunung Empung yang terletak di Sulawesi utara, Indonesia. Tingginya 1,750 meter daripada aras laut.Kedua-duanya menaik merentasi dataran Tondano dan di antara gunung berapi yang aktif di Sulawesi. Gunung Lokon mempunyai puncak yang mendatar dan tidak mempunyai kawah gunung berapi.[1]
Gunung Lokon | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,580 m (5,184 kaki)[1] |
Senarai | Ribu |
Koordinat | 1°21′29″N 124°47′31″E / 1.358°N 124.792°E |
Geografi | |
Geologi | |
Jenis gunung | Stratovolkano |
Letusan terakhir | 2014 |
Lokon terbentuk semasa era gunung berapi andesitik volcanism pada serpihan cincin terhasil daripada kaldera Tondano pada pertengahan kemusnahan Pleistosen. Bahan yang terletus baru-baru ini masih lagi berkomposisi andesitik [2] dan mengandungi abu-abu gunung berapi dan jarng-jarang ada aliran piroklastik dan kubah-kubah lahar. [1]
Sejarah letusan
suntingGunung berapi Lokon memuntahkan lava dan asap beratus meter tinggi. Letupan berlaku pada jam 10.46 malam waktu tempatan. Stesen radio El Shinta menyatakan kira-kira 500 penduduk di lereng dan cerun telah dipindahkan. Warga setempat dan pelancong diarah keluar dari radius 3.5 kilometer. Kira-kira 28,000 penduduk tinggal di sekitar zon evakuasi tetapi hanya beberap ratus sahaja yang tinggal di jalur lava mengalir.[3]
Gunung berapi ini kembali menunjukkan tanda-tanda wujud aktiviti pada 10 Februari 2012, dan pada 19 September 2012 (11:01pm), satu letusan telah berlaku pada 8:20 am[4] pada hari yang sama ia menghantar abu gunung berapi dua batu ke langit. Penduduk tempatan telah dipindahkan pada jarak dua setengah batu sekeliling gunung berapi berkenaan. [5]
Gunung Lokon terletak di utara Sulawesi dan satu daripada 129 gunung berapi yang masih aktif di Indonesia.Pada 1991 ,seorang pendaki warga Switzerland maut akibat letusan besar terakhir.[6]
Jenis hutan
sunting- Hutan Dipterokarp Bukit adalah kawasan hutan yang terdapat di ketinggian antara 300 - 750 meter.
- Hutan Dipterokarp Bukit 300 - 750 meter
- Hutan Dipterokarp Atas ketinggian 750 - 1,200 meter
- Hutan Montane 1,200 - 1,500 meter
- Hutan Ericaceous > 1,500 meter
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b c "Lokon-Empung". Global Volcanism Program. Smithsonian Institution. Dicapai pada 2006-12-31.
- ^ "Lahendong". Lahendong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-27. Dicapai pada 15 Julai 2011.
- ^ "Indonesians flee volcano eruption on Sulawesi". BBC News. 14 Julai 2011. Dicapai pada 2011-07-16.
- ^ "Mount Lokon in Indonesia erupts - Latest - New Straits Times". nst.com.my. 2012 [last update]. Dicapai pada 11 Februari 2012. Check date values in:
|year=
(bantuan) - ^ "Volcano erupts in Indonesia, hurling ash cloud into the sky". CNN. 11 Februari 2012. Dicapai pada 2012-02-11.
- ^ Indonesia Tetapkan Siaga Tertinggi untuk Kawasan Gunung Lokon
Pautan luar
sunting- Media berkenaan Gunung Lokon di Wikimedia Commons
- Bunga-bunga Tomohon Diarkibkan 2011-07-12 di Wayback Machine