Mohd Nizam bin Pechok atau lebih dikenali sebagai Nizam Arjuna yang merupakan penyanyi yang terkenal sekitar era tahun 1990-an.[1]

Nizam Arjuna
Kelahiran
Mohd Nizam bin Pechok

(1967-11-30) 30 November 1967 (umur 56)
WarganegaraMalaysia
PendidikanSekolah Menengah Vokasional Seremban
PekerjaanPenyanyi
Terkenal keranaLaksamana
PasanganSalwati Zulkifli
Anak-anak4 orang

Kehidupan awal

sunting

Mohd Nizam bin Pechok lahir pada 30 November 1967. Beliau berasal dari Kampung Buyau, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan menengah sehingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Vokasional Ampangan (kini Kolej Vokasional Ampangan), Seremban.[2]

Bakat dan pengaruh

sunting

Nizam mula bermain muzik pada majlis orang kahwin pada tahun 1988. Atas galakan seorang sepupu beliau, Nizam kemudiannya terus menjinakkan diri dengan dunia nyanyian.

Kerjaya seni

sunting

Nizam mengecap kejayaan dan kemasyhuran sepanjang kerjaya seni beliau bersama kumpulan Laksamana. Bersama kumpulan Laksamana, beliau telah menghasilkan dua buah album yang berjudul Syukur dan Resah. Beliau juga pernah tampil dengan sebuah album solo berjudul Memanah Bintang (1995).

Walau bagaimanapun, akibat pasaran album yang tidak menentu akibat masalah lanun cetak rompak, beliau memutuskan untuk mengundur diri daripada bidang nyanyian pada tahun 1995. Beliau kemudiannya bekerja di kedai makan milik saudara beliau di Menara Promet, Kuala Lumpur.

Selepas itu, ditawarkan kerja oleh isteri kepada bapa saudara beliau. Setelah menunjukkan kesungguhan tanpa berbelah bagi, akhirnya Nizam diberi tanggungjawab menguruskan salah satu syarikat milik bapa saudara beliau, Pestconst Services Sdn. Bhd.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Nizam Laksamana serik jadi penyanyi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-31. Dicapai pada 2015-11-25.
  2. ^ Nizam Laksamana. (Ogos 2022). Alhamdulillah settle bersama anak² dan warga Kolej Vokasional Dato Undang Hj Muhamad Sharip Rembau. Sesi sembang santai dan nyanyi sikit². Den dlu SMV Ampangan. Anak den Kolej Vokasional Gombak. (Gambar Facebook). Dicapai pada 28 Ogos 2022.

Pautan luar

sunting