Opera
Opera ([o.pé.ra], Jawi: اوڤيرا ) ialah salah satu seni dalam cabang teater yang mana keseluruhan pementasannya disampaikan dalam bentuk nyanyian, lakonan dan memerlukan ensembel muzik yang besar seperti orkestra; ia mengkhusus kepada penyampaian dramatik isi suatu buku kecil tertulisnya cerita yang dinyanyikan beriring lagu gubahan yang mungkin juga ditambah beberapa seni lain seperti tarian atau balet sesuai tema cerita.[1] Ia tidak boleh disamakan dengan teater muzikal yang biasa kerana terdapat banyak perbezaan antara dedua dalam corak persembahan, cara penyampaian vokal, cara penulisan and gubahan lagu. Persembahan opera lazimnya diadakan dalam panggung khas disertai dengan orkestra dipimpin seorang konduktor.
Opera bermula di Itali pada sekitar tahun 1600; adalah muzik klasikal tradisi Eropah atau juga dikenali sebagai muzik barat. Opera menggunakan unsur-unsur percakapan dan nyanyian, mementingkan set latar belakang pentas, kostum yang bersesuaian dengan jalan cerita opera, dan juga seni lakonan dan tarian. Berbanding dengan pementasan drama biasa, opera secara umumnya mementingkan keperluan gubahan muzik kompleks dan teknik nyanyian vokal. Selain dari penyanyi solo, opera juga disertai dengan ensambel korus diiringi dengan simfoni penuh, juga lebih dikenali sebagai orkestra. Opera juga kerap disampaikan dalam bentuk tarian, terutamanya opera Perancis.
Istilah "opera" serapan Itali turunan Latin terbitan opus diertikan sebagai "kerja" ditafsirkan kepada hasil pengkaryaan untuk persembahan ini.[1] Kitab Vortaro (1923) memberikan takrifan awal dalam bahasa Melayu sebagai "komedi njanji; pertoendjoekan wajang dengen menjanji".[2]
Istilah
suntingKerjaseni opera dirujukkan kepada istilah libreto dalam bahasa Itali yang bermaksud "buku untuk kerja muzik lanjutan”. Sesetengah penggubah seperti Richard Wagner, menulis libreto sendiri manakala yang lain kebiasaannya berkerjasama dengan libretis yang lain seperti Wolfgang Amadeus Mozart dan Lorenzo da Ponte. Opera tradisional terdiri daripada 2 corak nyanyian iaitu resitatif (jalan atau jalinan sesuatu cerita disampaikan dalam bentuk bukan melodi cara opera), dan aria (cara penyampaian emosi sesebuah lagu berdasarkan jalan cerita dalam struktur melodi). Nyanyian berduet, nyanyian tiga penyanyi dan juga nyanyian berkumpulan kerap dibuat manakala nyanyian korus kebiasaannya digunakan untuk memberi ulasan kepada sesuatu aksi dalam pementasan opera. Dalam sesetengah jenis opera seperti Singspiel (pementasan muzik Jerman), opéra comique, opereta (opera berskala kecil), dan semi-opera (opera awal yang dibentuk di England antara 1673 dan 1710), kebiasaannya resitatif digantikan dengan dialog percakapan.
Penyampaian melodi atau separa melodi dibuat pada pertengahan pementasan atau daripada resitatif yang juga merujuk sebagai arioso (nyanyian solo opera di antara resitatif dan aria). Ketika era zaman barok dan era zaman klasikal, resitatif muncul dalam 2 bentuk asas: secco (resitatif dasar) ditemani hanya dengan continuo (nyanyian atau mainan muzik berterusan) yang kerap dibuat tetapi tidak lebih daripada penggunaan alat muzik harpsichord (piano Eropah); atau accompagnato (dikenali juga sebagai stromentato) yang mana ditemani oleh orkestra. Pada kurun ke-19, accompagnato mendapat populariti daripada ramai penonton dan membuatkannya dimainkan dalam bahagian yang lebih besar. Richard Wagner mula merevolusikan opera dengan menghapuskan bahagian yang membezakan aria dan resitatif dalam misinya yang dipanggil melodi yang tiada kesudahannya. Semenjak itu, ramai penggubah mula mengikut langkah Wagner kecuali beberapa penggubah seperti Stravinsky, dalam operanya yang berjudul The Rake's Progress. [3]
Sejarah
suntingAsal
suntingPerkataan opera bermakna “kerja-kerja” dalam bahasa Itali (diambil daripada bahasa Latin, opus yang bermaksud “kerja” atau “kerja keras”) dianggap sebagai campuran seni solo dan nyanyian korus, deklamasi, lakonan dan tarian di atas pentas dengan gilang gemilang. Opera Dafne ditulis oleh penggubah Jacopo Peri dianggap sebagai gubahan opera yang terawal. Ia ditulis pada sekitar 1597, diambil daripada sumber inspirasi golongan elit Florentine Camerata, sebuah kumpulan terdiri daripada penyokong humanisme, ahli muzik, penyair dan ahli cerdik pandai.
Dafne ternyata sama sekali sebagai satu pendekatan untuk mengembalikan tragedi Greek klasik, dan juga untuk mengembangkan pengembalian ciri-ciri antikuiti era zaman pembaharuan. Pada pendapat ahli-ahli Florentine Camerata, bahagian korus dalam pementasan lakonan Greek sebenarnya ialah bahagian nyanyian dan berkemungkinan juga untuk keseluruhan teks bagi kesemua peranan. Oleh itu, Opera Dafne dibuat untuk mengembalikan kegemilangan tersebut. Namun begitu, opera Dafne kini hilang dan tidak kekal lama. Kerjaseni Peri yang berikutnya Eurice, dibuat pada sekitar 1600, ialah salah satu opera awal yang kekal sehingga ke hari ini.
Opera awal yang masih lagi kerap dilakonkan ialah Orfeo, digubah oleh Claudio Monteverdi, yang pertamakali dilakonkan di Mantua, Itali. [4]
Opera Itali
suntingEra Barok
suntingOpera tidak kekal lama untuk penonton bangsawan sahaja; pada tahun 1937 di Venice, cadangan untuk festival tahunan Kristian bagi opera tontonan ramai disokong hebat oleh ramai pihak dan membantu penjualan tiket yang besar. Penggubah Monteverdi berpindah daripada menetap di bandar besar ke sebuah pekan kecil, Mantua, Itali dan menggubah opera terakhirnya Il ritorno d'Ulisse in patria and L'incoronazione di Poppea, untuk teater Venetian pada 1640-an. Pengikut beliau yang terpenting, Francesco Cavalli menolong menghebahkan persembahan – persembahan opera beliau di serata Itali. Pada awal era zaman barok, pementasan opera komedi dicampur dengan elemen- elemen tragik yang juga berunsur kesedaran.
Corak ini membentuk banyak pergerakan – pergerakan opera yang ditaja oleh Venice's Arcadian Academy. Akademi tersebut bersekutu dengan pemuisi dan penulis, Pietro Antonio Domenico Trapassi, yang mana libretti beliau membantu pembentukan opera seria yang kemudiannya menjadi corak utama untuk opera Itali pada akhir abad ke-18. Setelah ideal penggubah Metastasian sudah menjadi corak opera yang diterima ramai, opera komedi pada era zaman barok kini dikenali sebagai opera buffa. [5]
Dalam opera seria, nada dipertingkatkan dan cara baru yang bermutu tinggi diperkenalkan, kebiasaannya terdiri daripada resitatif secco dicampur dengan aria de kapo yang panjang. Ia memberi peluang yang hebat untuk nyanyian virtoustik dan pada zaman kegemilangan opera seria menjadikan penyanyi-penyanyi opera sebagai bintang pujaan ramai. Watak untuk pelakon utama lelaki biasanya ditulis untuk suara kastrato, seperti Farinelli dan Senesino, begitu juga penyanyi wanita soprano seperti Faustina Bordoni. Persembahan begini mendapat permintaan meluas di seluruh Eropah, menjadikan opera seria sebagai jenis opera yang utama kecuali di negara Perancis. Opera Itali tetap dengan piawaian opera jenis era zaman barok sebagai corak utama opera mereka, walau pun ketika itu, penggubah terkenal Jerman seperti George Frideric Handel juga mula menulis corak opera seria untuk penonton di London. Libretti Itali kekal sebagai opera dominasi sehingga ke era muzik klasikal sebagai contoh, opera – opera yang ditulis oleh Mozart di Vienna pada penghujung abad tersebut. Penggubah – penggubah utama opera seria kelahiran Itali termasuklah Alessandro Scarlatti, Vivaldi dan Porpora.[6]
Reformasi Gluck
suntingTerdapat beberapa kelemahan dan kritikan pada opera seria seperti beberapa perubahan ketara yang dibuat untuk penyanyi-penyanyi terlatih dan berpengalaman, penggunaan pemandangan (latar belakang kebiasaannya) sebagai ganti kepada nilai sejati opera yang akhirnya menimbul banyak tindak balas daripada ramai orang.
Tulisan Francesco Algarotti yang berjudul Essay on the Opera (1755), terbukti menjadi inspirasi untuk Christoph Willibald Gluck untuk membuat reformasi terhadap perubahan-perubahan yang dibuat. Beliau menyeru agar opera seria dibawa balik seperti corak opera asal yang merangkumi pelbagai elemen – elemen muzik (vokal dan instrumental), balet dan pementasan; kesemua faktor itu wajib diikuti untuk kepentingan opera.
Beberapa penggubah pada era itu seperti Niccolò Jommelli dan Tommaso Traetta, cuba meletakkan ideal ini sebagai amalan untuk opera-opera mereka. Percubaan pertama mereka mencapai kejayaan dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada sejarah opera. Walau bagaimanapun Gluck ingin lebih daripada kejayaan, beliau ingin mencapai "beautiful simplicity" (sesuatu yang mudah dan cantik).
Hal ini diilustrasikan dalam opera beliau yang berjudul Orfeo ed Euridice, yang mana dikatakan terdapat kekurangan dalam bahagian vokal yang dianggap kurang baik daripada kerjaseni penggubah Handel yang disokong oleh harmoni mudah dan diakui sebagai terbaik untuk kebiasaan kerja muzik orkestra.
Reformasi Gluck telah menjadi sesuatu yang penting dalam sejarah opera. Kerjaseni penggubah-penggubah seperti Weber, Mozart dan Wagner contohnya, banyak dipengaruhi oleh ideal ini. Mozart, yang dianggap sebagai anak didik Gluck, menggabungkan kepintaran dan kecemerlangan seni lakonan, harmoni, melodi dan kaunterpoin untuk menulis siri-siri opera komik seperti Così fan tutte, The Marriage of Figaro, dan Don Giovanni (kerjasama dengan Lorenzo Da Ponte) yang kekal hingga ke hari ini sebagai opera yang paling diminati, popular dan dikenali ramai.
Tetapi sumbangan Mozart kepada opera seria dianggap sebagai mempunyai seni campuran; pada zaman beliau menggubah, seni itu telah mula pudar dan walaupun beliau mempunyai kerjaseni yang cemerlang seperti Idomeneo dam La Clemenza di Tito, beliau gagal untuk membawa balik seni bentuk itu untuk hidup kembali. [7]
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Bel kanto, Verdi dan verismo
suntingPergerakan opera bel kanto mula berkembang pada awal abad ke-19 dan diperkenalkan oleh opera-opera gubahan Gioachino Rossini, Vincenzo Bellini, Gaetano Donizetti, Giovanni Pacini, Saverio Mercadante dan ramai lagi penggubah muzik dan opera. Lebih tepat dengan gelaran “nyanyian merdu” (beautiful singing), nama bel kanto diambil daripada nama sekolah nyanyian stylistic Itali. Lagu-lagu dan skrip nyanyian bel kanto kebiasaannya berbunga-bunga dan amat rumit yang memerlukan penyanyi yang berbakat yang tinggi, ketangkasan suara dan kemampuan mengawal pic.
Berikutan dengan era bel kanto, satu corak yang lebih terus dan juga lebih bertenaga digerak dan dipopularkan oleh penggubah Giuseppe Verdi, bermula dengan Nabucco, opera yang berunsur bibal. Opera-opera Verdi berkembang dengan kenaikan semangat nasionalism Itali dalam era Napoleon, menjadikan beliau sebagai seorang yang amat penting dalam pergerakan patriotik Itali.
Pada awal 1850-an, Verdi telah menghasilkan tiga opera yang terkenal sehingga ke hari ini iaitu Rigoletto, Il trovatore dan La traviata. Beliau terus menulis opera dengan cara yang digemari ramai, antaranya ialah karya beliau untuk opera agung Perancis (French Grand Opera) iaitu Don Carlos. Dua kerja seni beliau yang terakhir menggunakan sumber inspirasi kerja seni Shakespeare, iaitu Otello dan Falstaff. Kerja-kerja seni terbaik beliau menunjukkan betapa jauh opera Itali telah berkembang luas semenjak awal abad ke-19.
Selepas Verdi, sentimen melodrama realistik oleh pergerakan opera verismo muncul di Itali. Corak seni ini diperkenalkan oleh penggubah Pietro Mascagni untuk opera Cavalleria Rusticana dan penggubah Ruggiero Leoncavallo untuk Pagliacci yang kemudiannya mendominasi pementasan dunia opera dengan kerja-kerja yang popular seperti penggubah Giacomo Puccini untuk La bohème, Tosca, dan Madama Butterfly.
Penggubah-penggubah opera Itali selepas itu seperti Luciano Berio dan Luigi Nono, mula membuat corak opera dengan mencampurkan sumber-sumber kemodenan.[8]
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Opera Jerman
suntingDafne merupakan opera pertama Jerman digubah oleh Heinrich Schütz pada 1627 (muzik opera ini tidak kekal ke hari ini). Opera Itali menjadi opera terkenal di negara-negara yang berbahasa Jerman sehingga akhir abad ke-18. Walau bagaimanapun, corak asal opera Jerman membangun juga. Pada tahun 1644, penggubah Sigmund Theophil Staden menghasilkan opera pertama Singspiel, corak popular opera berbahasa Jerman yang mana dialog percakapan berselang-seli dengan nyanyian.
Pada akhir kurun ke-17 dan awal kurun ke-18, Teater am Gänsemarkt di Hamburg mempersembahkan opera-opera Jerman oleh penggubah-penggubah Jerman seperti Reinhard Keiser, Telemann dan Handel. Namun begitu, ramai penggubah-penggubah Jerman termasuk Handel, Graun, Johann Adolph Hasse dan Gluck, lebih gemar menulis opera untuk bahasa asing terutama bahasa Itali.
Singspiele gubahan Mozart seperti Die Entführung aus dem Serai (1782) dan Die Zauberflöte (1791) menjadi kejayaan yang penting untuk opera Jerman mencapai pengiktirafan antarabangsa.
Tradisi itu dibangunkan pada kurun ke-19 oleh Ludwig van Beethoven untuk opera beliau berjudul Fidelio, yang diinspirasikan oleh kemuncak revolusi Perancis. Carl Maria von Weber menubuhkan pergerakan romantism opera Jerman sebagai cara untuk menentang dominasi opera bel kanto Itali. Opera Der Freischütz (1821) menunjukkan kepintaran beliau dengan membuat atmosfera ajaib. Penggubah-penggubah opera yang lain pada masa itu termasuklah Marschner, Schubert, Schumann dan Lortzing. Walau bagaimanapun , penggubah yang paling penting dan menjadi legenda ialah Richard Wagner.
Richard Wagner ialah seorang penggubah yang dianggap sebagai paling revolusioner dan kontroversial dalam sejarah muzik. Beliau bermula dengan pengaruh kerjaseni Carl Maria von Weber dan Giacomo Meyerbeer, kemudiannya mula mengubah unsur baru untuk konsep opera seperti Gesamtkunstwerk, pelakuran muzik, sajak dan lukisan. Dalam opera beliau seperti Tristan und Isolde, Die Meistersinger von Nürnberg, Der Ring des Nibelungen dan Parsifal, beliau menghapuskan perbezaan di antara aria dan resitatif untuk memberi nafas baru kepada sesuau yang dipanggil melodi yang tiada penghujungnya. Beliau terus menambahkan peranan dan kuasa kepada orkestra dengan mencipta sawang leitmotiv yang kompleks seperti mengulangi tema yang kerap disekutukan dengan watak-watak dan konsept opera; bila mana beliau bersedia untuk melanggar apa sahaja cara kebiasaan muzik, contohnya tonaliti, untuk mencapai kehendaknya bagi mendapat kepuasan yang mutlak.
Wagner juga membuat dimensi falsafah yang baru kepada opera dalam kerja-kerja beliau, yang mana kebiasaannya berdasarkan daripada cerita-cerita legenda JermaniK atau Arthurian. Wagner juga membina rumah opera miliknya sendiri di Bayreuth, khas untuk kerja-kerja seni daripada cara yang beliau sukai. Opera tidak lagi sama selepas kematian Wagner dan ramai penggubah-penggubah merasakan mereka tidak mampu meneruskan warisan Wagner yang dianggap sebagai tugas yang berat.
Walaupun penggubah Richard Strauss menerima cara kerja Wagner tetapi beliau membawanya keseluruhan idea tersebut nya ke arah yang baru. Strauss mula mencapai kejayaan dalam opera penuh skandal berjudul Salome dan opera tragedi hitam Elektra dan yang mana tonalitinya ditarik kepada had yang terakhir. Selepas itu, Strauss menukar cara lain yang mendapatkan beliau kejayaan lebih cemerlang dengan menulis Der Rosenkavalier, yang mana Mozart dan penari walts Vienna menjadi pengaruh yang kuat seperti juga Wagner. [9]
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Opera Perancis
suntingDalam persaingan sengit dengan kemasukan opera Itali, satu tradisi Perancis ditubuhkan oleh seorang warga Itali, Jean-Baptiste Lully di istana Raja Louis XIV. Walaupun berasal dari negara asing, Lully menubuhkan Académie Royale de Musique dan memonopoli opera Perancis dari tahun 1672. Bermula dengan Cadmus et Hermione iaitu sebuah corak opera Perancis, Lully dan rakan liberatinya Philippe Quinault mencipta tragédie en musique (lirik tragedi Perancis), sebuah bentuk muzik tari dan tulisan korus yang menjadi amat penting untuk sejarah opera Perancis.
Pada abad ke-18, anak didik Lully terpenting iaitu Jean-Philippe Rameau, telah menggubah 5 tragédies en musique dan juga banyak lagi kerjaseni dalam genre lain seperti balet-opera, yang dikagumi dan terkenal untuk orkestranya yang besar dan muzik harmoni yang mencabar. Selepas kematian Jean-Philippe Rameau, penggubah Jerman, Christoph Willibald Gluck telah dipujuk untuk membuat 6 persembahan opera di Paris pada tahun 1770-an. Pertunjukkan mereka banyak dipengaruhi oleh kerja seni Rameau tetapi lebih telah dipermudah dengan tumpuan yang lebih besar diberikan kepada operanya. Pada masa yang sama pada pertengahan abad ke-18, satu lagi genre opera, opera komik mula mendapat populariti di Negara ini. Opera komik adalah sama seperti opera Jerman, singspiel, yang mana aria-aria nya berselang-seli dengan dialog percakapan. Tokoh-tokoh penting untuk opera komik ialah Pierre-Alexandre Monsigny, Philidor dan Grétry. Ketika revolusi Perancis, penggubah-penggubah yang juga pengikut warisan Gluck seperti Méhul dan Cherubini, membawa satu cara baru kepada genre ini yang mengubah hampir keseluruhan corak lamanya.
Pada 1820-an, pengaruh Gluck mula berkurangan apabila opera Itali bel kanto masuk ke negara itu terutamanya dengan ketibaan penggubah Gioachino Rossini di Perancis. Opera Rossini yang berjudul Guillaume Tell membantu pembentukan genre baru iaitu Grand opera (opera agung), sebuah bentuk opera yang paling terkenal digubah oleh penggubah Jerman, Meyerbeer. Pada pertengahan abad ke 19, Jacques Offenbach mencipta opereta, sebuah kerjaseni yang pintar dan agak menjengkelkan untuk Orphée aux enfers; penggubah Charles Gounod pula mendapat kejayaan yang besar untuk Faust; manakala penggubah Georges Bizet untuk Carmen, yang mana membuka mata para penonton untuk menerima opera campuran romantis dan realiti. Opereta, kemudiannya menjadi corak opera yang paling terkenal daripada cabang opera komik. Pada masa yang sama, pengaruh Richard Wagner merasa tercabar dengan tradisi Perancis. Ramai para pengkritik Perancis dengan marahnya menolak cara muzik Wagner manakala ramai penggubah Perancis meneruskan cara Wagner dan mendapat kejayaan.
Tokoh-tokoh penggubah terkenal opera Perancis untuk abad ke-20 ialah Ravel, Dukas, Roussel dan Milhaud, begitu juga Francis Poulenc, untuk Dialogues des carmélites yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. [10]
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Opera dalam bahasa lain
sunting
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Sepanyol juga mempunyai bentuk opera yang tersendiri dikenali sebagai zarzuela. Pada abad ke-18, opera Itali menjadi terlalu kuat dan terkenal dan mengatasi populariti zarzuela.
Penggubah-penggubah Czechoslovakia juga membentuk jenis operanya yang tersendiri pada abad ke-19, bermula dengan penggubah Bedřich Smetana yang menulis 8 opera termasuklah The Bartered Bride yang mendapat perhatian antarabangsa. Penggubah Antonín Dvořák, yang terkenal dengan Rusalka, menulis 13 opera; dan penggubah Leoš Janáček mendapat pengiktirafan antarabangsa pada abad ke-20 untuk kerjaseni beliau Jenůfa, The Cunning Little Vixen, dan Káťa Kabanová.
Tokoh penting untuk opera kebangsaan Hungary ialah penggubah Ferenc Erkel, yang bentuk kerjanya banyak berkaitan dengan tema sejarah. Antara opera-opera terbaik beliau alah Hunyadi László dan Bánk bán. Opera moden Hungary yang terkenal ialah hasil kerja penggubah Béla Bartók untuk Duke Bluebeard's Castle. [11]
Lain-lain jenis teater muzikal
suntingPada akhir 1930-an, sesetengah teater muzik mula ditulis dengan cara struktur opera. Ia termasuklah cara penulisan ensembel polifonik kompleks yang menukar pembangunan muzik masa itu. Opera Porgy and Bess banyak dipengaruhi oleh gaya jazz, manakala opereta Candide, yang mana lakonannya agak meleret-leret, jalan cerita berpuisi dan agak pelik untuk cabang opera dibuka untuk tontonan ramai di teater Broadway. Jenis pementasan ini akhirnya mendapat tempat sebagai salah satu cabang opera. Show Boat, West Side Story, Brigadoon, Sweeney Todd, Evita, Les Miserables dan lain-lain lagi ialah jenis lakonan pementasan yang mempunyai corak muzik yang kompleks juga kini mula dimainkan di rumah-rumah opera.
Kebanyakannya seni teater musikal biasa berasal daripada seni lama atau purbakala yang kadang-kala juga dipanggil “opera” sebagai analogi kepada pembuka kata seperti opera cina. Opera cina, sebagai contohnya, tidak berkaitan dengan opera Eropah dan ia juga berbentuk agak berbeza dengan teater muzikal biasa. Opera bukanlah hanya satu-satu jenis teater muzikal barat; dalam dunia kuno pementasan lakonan Greek ada juga nyanyian yang ditemani dengan alat-alat muzik; dan juga di masa kini, terdapat juga bentuk teater muzikal contohnya “Broadway".
Suara penyanyi opera
suntingLingkungan Suara |
Suara Wanita
Suara Lelaki
Kaitan |
Klasifikasi vokal
suntingPenyanyi opera dan peranan yang mereka lakonkan diklasifikasikan mengikut lingkungan suara. Suara penyanyi lelaki diklasifikasikan sebagai bes, bariton-bes, bariton, tenor dan kauntertenor. Suara penyanyi wanita pula diklasifikasikan sebagai kontralto, mezzo-soprano dan soprano. Kadang-kala terdapat juga penyanyi lelaki yang mampu menyanyikan lagu dalam lingkungan suara wanita; mereka ini diklasifikasikan sebagai sopranis atau kauntertenor. Kebiasaannya penyanyi kauntertenor menyanyikan nada tinggi dengan menggunakan teknik pemalsuan suara yang dipanggil falseto. Berbanding dengan 2 kategori itu, hanya kauntertenor biasanya menyanyi di opera dan sesekala menyanyikan babak yang ditulis untuk kastrato (penyanyi lelaki yang dikembiri ketika masih budak untuk mencegahkan perubahan suara mereka dan membolehkan mereka menyanyi nada tinggi). Suara penyanyi opera kerap dikenal pasti dengan ciri-cirinya selain daripada lingkungan suara sahaja seperti, resonan atau warna, kualiti vokal, ketangkasan, kuasa suara dan corak suara (tessitura) yang baik. Oleh itu, seorang penyanyi soprano boleh dikenali sebagai soprano lirik (lyric soprano), koloratura, soubret, spinto, atau soprano dramatik (dramatic soprano). Walaupun istilah-istilah ini tidak menerangkan dengan penuh untuk suara nyanyian, tetapi ciri-ciri suara dan peranan biasanya berhubungkait dengan pemilihan penyanyi opera.
Sistem “Fach” yang berasal dari Jerman ialah kaedah mengklasifikasikan penyanyi opera menurut lingkungan suara, berat suara dan warna suara mereka. Suara seseorang penyanyi mungkin berubah secara mendadak dalam tempoh hidupnya. Jarang sekali suara penyanyi mencapai tahap kematangan sehinggalah penyanyi tersebut mencapai umur pertengah 30-an.
Penggunaan bahagian suara
suntingSuara soprano ialah salah satu suara terpenting untuk suara peranan wanita utama untuk sesebuah opera. Penekanan penguasaan dalam lingkungan suara yang kini diterima pakai sebagai satu piawaian wajib bermula daripada rekaan era muzik klasikal. Sebelum era itu, pemilihan suara dibuat berdasarkan kebolehan dan kepintaran suara mengalunkan irama, bukan mengikut lingkungan suara. Penyanyi soprano amat jarang melepasi atas nota A tinggi, manakala penyanyi kastrato seperti Farinelli, dianggap boleh mencapai nota F atas. Penggubah George Frideric Handel contohnya hanya menulis satu peranan yang suara nyanyiannya melebihi nada C tinggi. Penyanyi kontralto gemar menyanyikan beberapa bahagian repertoir opera sahaja, oleh itu boleh dikatakan penyanyi kontralto hanya memainkan peranan lelaki muda (breeches role). Namun sejak kebelakang ini, kebanyakan peranan-peranan tersebut diberikan kepada kauntertenor.
Penyanyi tenor sudah menjadi sebagai satu simbol wajib untuk memegang peranan sebagai pelakon lelaki utama atau perwira semenjak dari dahulu lagi. Cabaran yang dikatakan paling sukar untuk dimainkan oleh penyanyi tenor ialah seni kerja opera yang ditulis oleh penggubah Donzetti, yang menulis urutan nota atas 9 C tengah C untuk "La fille du régiment". Penggubah Wagner pula menekankan penggunaan penyanyi lelaki yang mempunyai kedalaman suara untuk memegang peranan utama atau seorang hero dalam operanya, seperti contoh seorang heldentenor. Peranan penyanyi bes mempunyai sejarah yang panjang dalam dunia opera, pernah digunakan dalam “opera seria” untuk selingan lucu (dan sebagai suara yang amat berlainan dengan peranan-peranan yang lain di opera yang selalunya mampu menyanyikan nada tinggi). Repertoir bes adalah besar dan berlainan, merangkumi daripada opera komedi Don Giovanni untuk peranan buffo hingga ke opera kebangsawanan seperti peranan Wotan untuk Der Ring des Nibelungen karya penggubah Wagner.
Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris
suntingKetahui lebih lanjut tentang Opera di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
(Untuk pemahaman lanjut mengenai opera dan jenis-jenisnya)
- (Inggeris) Asal usul opera
- (Inggeris) Senarai opera
- (Inggeris) Opera Russia
- (Inggeris) Opera Perancis
- (Inggeris) Opera Jerman
- (Inggeris) Opera Itali
- (Inggeris) Opera komik
- (Inggeris) Opera komik Perancis
- (Inggeris) Opereta
- (Inggeris) Opera seria
- (Inggeris) Opera buffa
- (Inggeris) Opera agung
- (Inggeris) Opera balad
- (Inggeris) Semi Opera (Opera separa) - Opera awal yang dibentuk di England antara 1673 dan 1710
(Untuk pemahaman lanjut mengenai terminologi daripada rencana di atas)
- (Inggeris) Terminologi muzik
- (Inggeris) Muzik
- (Inggeris) Tarian
- (Inggeris) Orkestra
- (Inggeris) Singspiel - Muzik Jerman
- (Inggeris) Arioso - Nyanyian solo opera di antara resitatif dan aria
- (Inggeris) Continuo - Nyanyian atau mainan muzik berterusan
- (Inggeris) Harpsichord - Piano Eropah
- (Inggeris) Tragedi Greek
- (Inggeris) Tessitura - Corak suara
- (Inggeris) Sistem Fach
- (Inggeris) Breeches role - Peremuan berperanan lelaki
- (Inggeris) Farinelli - Penyanyi kastrato
- (Inggeris) Pergerakan opera Verismo
- (Inggeris) Muzik Jerman
- (Inggeris) Leitmotiv
- (Inggeris) Lirik tragedi Perancis
- (Inggeris) Muzik minimalis
- (Inggeris) Intermedi
- (Inggeris) Belle Époque
- (Inggeris) Verismo
- (Inggeris) Muzik expresi
Rujukan
sunting- ^ a b "òpera". Vocabolario on line (dalam bahasa Itali). Istituto della Enciclopedia Italiana. 2023. Dicapai pada 14 Jun 2023.
1. Ogni attività diretta a un fine; è parola di sign. ampio, come azione, lavoro, di cui è spesso sinon., ma con valore anche più generico... 3. [...] rappresentazione scenica di un testo drammatico (libretto) in cui i personaggi si esprimono per mezzo del canto e con accompagnamento orchestrale; a seconda dell’argomento, serio o comico, si distinguono...
- ^ Kwik Khing Djoen (1923). "opera". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 231.
- ^ Informasi umum mengenai bahagian ini diambil dari rencana The Oxford Companion to Music, oleh P.Scholes (10th ed., 1968).
- ^ Oxford Illustrated History of Opera, Bab 1; rencana mengenai Peri dan Monteverdi dalam The Viking Opera Guide.
- ^ Sebelum elemen-elemen tersebut muncul dari opera seria, banyak libretti sudah menunjukkan pepecahan di dalam plot pementasan lakonan komedi seperti kemunculan opera di dalam sebuah opera. Salah satu sebab ialah untuk menarik minat penonton yang terdiri dari ahli perniagaan baru yang mula bertambah dan orang-orang kaya baru. Opera seria berbentuk kurang kebangsawanan dan ia dibuka untuk tontonan semua golongan masyarakat. Plot-plot berasingan ini hampir dilahirkan semula di dalam membentuk tradisi berasingan yang setengahnya datang dari commedia dell'arte, sebuah pementasan tradisi Itali yang kekal lama (sudah semestinya seperti yang selalu dibuat).
- ^ Oxford Illustrated History of Opera, Bab 1-3.
- ^ Man and Music: the Classical Era, ed. Neal Zaslaw (Macmillan, 1989); Kemasukan Gluck dan Mozart dalam The Viking Opera Guide.
- ^ Oxford Illustrated History of Opera, Bab 5, 8 dan 9. Kemasukan Verdi dalam Viking Opera Guide
- ^ Penjelasan umum untuk bahagian ini dari The Oxford Illustrated History of Opera, Bab 1-3, 6, 8 dan 9, dan The Oxford Companion to Music; Rujukan menyeluruh untuk penggubah-penggubah yang tersenarai di dalam The Viking Opera Guide.
- ^ The Oxford Illustrated History of Opera, Bab 1-4, 8 dan 9; dan The Oxford Companion to Music (10th ed., 1968); Rujukan untuk setiap penggubah dari The Viking Opera Guide.
- ^ Sila rujuk bab Russian, Czech, Polish and Hungarian Opera to 1900 oleh John Tyrrell dalam The Oxford Illustrated History of Opera (1994).
Buku rujukan
sunting- The New Grove Dictionary of Opera, disunting oleh Stanley Sadie (1992), 5,448 muka surat, buku ini dianggap terbaik dan terbesar untuk rujukan opera dalam bahasa Inggeris. ISBN 0-333-73432-7 and ISBN 1-56159-228-5
- The Viking Opera Guide (1994), 1,328 mukasurat, ISBN 0-670-81292-7
- The Oxford Illustrated History of Opera, oleh Roger Parker (1994)
- The Oxford Dictionary of Opera, oleh John Warrack dan Ewan West (1992), 782 pages, ISBN 0-19-869164-5
- Opera, the Rough Guide, oleh Matthew Boyden et al. (1997), 672 pages, ISBN 1-85828-138-5
- Opera: A Concise History, oleh Leslie Orrey dan Rodney Milne, World of Art, Thames & Hudson
Pembacaan lanjut
sunting- John Louis DiGaetani, John Louis, An Invitation to the Opera (ISBN 0-385-26339-2)
- Simon, Henry W. (1946). A Treasury of Grand Opera. Simon and Schuster, New York, NY.
Pautan luar
sunting- OperaGlass, rujukan daripada Universiti Stanford
- HistoricOpera – Sejarah bergambar opera
- [1] Diarkibkan 2006-08-28 di Wayback Machine [2] Rencana mengenai penonton opera
- [3] Diarkibkan 2007-04-05 di Wayback Machine Jadual musim unutk persembahan opera di Amerika Syarikat dan Kanada disediakan oleh persatuan opera Amerika Syarikat
- Operamania, untuk peminat baru seni opera
- Sejarah opera dalam 15 kerja utama
- Operabase – Pangkalan data mengenai opera