Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia
Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia merupakan pasukan yang mewakili negara Indonesia di kejohanan bola sepak antarabangsa, Ianya dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Gelaran | Garuda Merah Putih | |||
---|---|---|---|---|
Persatuan | Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) | |||
Sub-konfederasi | AFF (Asia Tenggara) | |||
Konfederasi | AFC (Asia) | |||
Ketua jurulatih | Shin Tae-yong | |||
Kapten | Asnawi Mangkualam | |||
Kaps terbanyak | Abdul Kadir (111)[1][2] | |||
Penjaring terbanyak | Abdul Kadir (70) | |||
Stadium tuan rumah | Stadium Bung Karno | |||
Kod FIFA | IDN | |||
Kedudukan FIFA | 134 ▬ (20 Jun 2024)[3] | |||
Kedudukan tertinggi FIFA | 76 (September 1998) | |||
Kedudukan terendah FIFA | 191 (Julai 2016) | |||
Kedudukan Elo | 129 ▲ 8 (21 Jun 2024)[4] | |||
Kedudukan tertinggi Elo | 50 (Julai–September 1958, Ogos 1961) | |||
Kedudukan terendah Elo | - (September-November 2019) | |||
| ||||
Antarabangsa pertama | ||||
Hindia Timur Belanda 7–1 Jepun (Manila, Filipina; 13 Mei 1934)[5][6] | ||||
Kemenangan terbesar | ||||
Indonesia 12–0 Filipina (Seoul, Korea Selatan; 22 September 1972) Indonesia 13–1 Filipina (Jakarta, Indonesia; 23 Disember 2002) | ||||
Kekalahan terbesar | ||||
Bahrain 10–0 Indonesia (Stadium Nasional Bahrain, Bahrain; 29 Februari 2012) | ||||
Piala Dunia | ||||
Kemunculan | 1 (Kali pertama pada 1938) | |||
Keputusan terbaik | Pusingan 1 (1938) | |||
Piala Asia | ||||
Kemunculan | 6 (Kali pertama pada 1996) | |||
Keputusan terbaik | Pusingan 2 (2023) |
Pasukan Indonesia merupakan pasukan pertama dari Asia yang layak beraksi di Piala Dunia pada tahun 1938. Namun pada masa itu mereka menggunakan nama Hindia Timur Belanda. Sehingga kini, kekalahan 6-0 kepada Hungary masih menjadi satu-satunya perlawanan pertama Piala Dunia untuk Indonesia.[7][8]
Pasukan ini hanya sekali sahaja memasuki kejohanan bola sepak di Sukan Olimpik iatu pada tahun 1956 di Melbourne, Australia, di mana mereka menentang Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Soviet di peringkat suku akhir, yang juga merupakan pemenang pingat emas di kejohanan tersebut, dengan kepotusan seri, namun tewas 0-4 dalam perlawanan semula. Pasukan Indonesia layak ke Piala Asia sebanyak empat kali, tetapi tidak pernah menunjukkan kemajuan untuk melepasi dari peringkat kumpulan. Prestasi terbaik Indonesia di Asia adalah di Sukan Asia 1958 di Tokyo, apabila telah meraih pingat gangsa. Pasukan ini telah mara sebanyak empat kali ke Pentas akhir Kejohanan Bola Sepak ASEAN, tetapi tidak pernah memenangi kejohanan tersebut.
Sejarah
suntingTahun Permulaan
suntingPerlawanan awal, yang melibatkan dua pihak dari Hindia Belanda, telah dianjurkan oleh Nederlandsch Indische Voetbal Bond (NIVB), atau penggantinya, Nederlandsch Indische Voetbal Unie (NIVU). Pertandingan yang dijalankan sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1945 tidak diiktiraf oleh PSSI (Persatuan Bola Sepak Indonesia).[7]
Perlawanan bola sepak pertama direkodkan adalah melibatkan pasukan dari Hindia Timur Belanda dalam satu pertandingan menentang Pasukan bola sepak Singapura pada 28 Mac 1921. Pertandingan itu dimainkan di Batavia dan pasukan Indonesia menang dengan keputusan penuh 1-0. Ini diikuti dengan perlawanan menentang Australia XI pada Ogos 1928 (dengan kemenangan 2-1) dan pasukan dari Shanghai dua tahun kemudian dengan (seri 4-4).
Pada tahun 1934, satu pasukan dari Jawa iatu Hindia Timur Belanda diwakilkan di Sukan Timur Jauh yang dimainkan di Manila, Filipina. Walaupun telah mengalahkan Pasukan bola sepak Jepun, 7-1, dalam perlawanan pertama,[9] dua perlawanan berikutnya berakhir dengan kekalahan (2-0 kepada Pasukan bola sepak China dan 3-2 kepada negara tuan rumah) menghasilkan keputusan kejohanan di tempat kedua untuk pasukan dari Jawa ini. Walaupun tidak diiktiraf oleh PSSI, perlawanan tersebut dianggap oleh Sistem penilaian Elo Bola Sepak Dunia sebagai perlawanan pertama yang melibatkan pasukan kebangsaan Indonesia.[10]
Hindia Timur Belanda adalah pasukan Asia pertama yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia FIFA, ketika pasukan layak untuk kejohanan 1938 selepas lawannya, Jepun, menarik diri dari saingan kelayakan. Kekalahan 6-0 kepada Pasukan bola sepak Hungary, di pusingan pertama kejohanan itu di Reims, Perancis, kekal menjadi kemunculan dan lawan pertama Indonesia di pentas Piala Dunia.
Rekod Kejohanan
suntingPiala Dunia
suntingPiala Dunia FIFA | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Keputusan | Kedudukan | BP | M | S | K | JG | GB |
1930 | Tidak mengambil bahagian | |||||||
1934 | ||||||||
1938 | Pusingan 1 | 15 | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 6 |
1950 | Menarik diri dari kelayakan | |||||||
1954 | Tidak mengambil bahagian | |||||||
1958 | Menarik diri dari kelayakan | |||||||
1962 | ||||||||
1966 | Tidak mengambil bahagian | |||||||
1970 | ||||||||
1974 | Tidak layak | |||||||
1978 | Tidak mengambil bahagian | |||||||
1982 | Tidak layak | |||||||
1986 | ||||||||
1990 | ||||||||
1994 | ||||||||
1998 | ||||||||
2002 | ||||||||
2006 | ||||||||
2010 | ||||||||
2014 | ||||||||
2018 | Hilang kelayakan | |||||||
2022 | Tidak layak | |||||||
2026 | Akan ditentukan | |||||||
Jumlah | Terbaik: Pusingan 1 | 1/22 | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 6 |
| Nota: Pada Piala Dunia FIFA 1938, Indonesia adalah sebahagian daripada organisasi penjajah Hindia Belanda.
Rekod Sukan Olimpik
sunting
Piala Asiasunting
Sukan Asiasunting(Pasukan bawah 23 sejak tahun 2002)
Sukan Asia Tenggarasunting(Pasukan bawah 23 sejak tahun 2001)
Kejohanan sebelum 2007 dikenali sebagai Piala Tiger.
|
Pemain
suntingSkuad terkini
suntingBerikut 26 pemain adalah skuad akhir untuk persiapan Piala Asia AFC 2023.[11] Pada 14 Januari, Syahrul Trisna menarik diri kerana cedera dan digantikan oleh Nadeo Argawinata.[12][13]
Kaps dan gol betul pada 19 Januari 2024, selepas perlawanan menentang Vietnam.
|
Pemain terkenal
suntingSenarai ini ialah pemain terkenal yang telah bermain untuk pasukan kebangsaan Indonesia
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "FIFA Century Club" (PDF). FIFA.com. 1 December 2021. Dicapai pada 7 June 2022.
- ^ "Century of International Appearances". RSSSF. Dicapai pada 7 June 2022.
- ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 20 Jun 2024. Dicapai pada 20 Jun 2024.
- ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 21 Jun 2024. Dicapai pada 21 Jun 2024.
- ^ [1]
- ^ perlawanan Indonesia, penilaian dan mata ditukar
- ^ a b Morrison, Neil. "Indonesian International Matches 1921–2001". RSSSF. Dicapai pada 21 December 2010.
- ^ "Sensation at Manila Games – Running Found to be Short". Straits Times. Shanghai. 14 May 1934. Dicapai pada 21 December 2010.
- ^ "Sensation at Manila Games – Running Found to be Short". Straits Times. Shanghai. 14 May 1934. Dicapai pada 21 December 2010.
- ^ "World Football Elo Ratings: Indonesia". ELO. Dicapai pada 20 December 2010.
- ^ "26 Pemain Timnas Indonesia di Piala Asia 2023". PSSI - Football Association of Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 4 January 2024.
- ^ "Nadeo Argawinata Gantikan Syahrul Trisna di Timnas Indonesia untuk Piala Asia" [Nadeo Argawinata Replaces Syahrul Trisna in the Indonesian National Team for the Asian Cup] (dalam bahasa Indonesia). Kumparan. 14 January 2024. Dicapai pada 14 January 2024.
- ^ "Shin Tae-yong Panggil Nadeo Argawinata untuk Skuad Garuda". PSSI - Football Association of Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 14 January 2024.
Pautan luar
sunting