Piala Dunia FIFA 1930

Kejohanan pertama Piala Dunia FIFA telah diadakan pada tahun 1930. Kejohanan itu dianjurkan di Uruguay yang pada ketika itu merupakan juara Olimpik, sebagai hadiah kepada kemerdekaan yang dikecapi mereka. Selain menjadi hos Piala Dunia FIFA yang pertama, Uruguay juga menjadi juara pertama kejohanan ini selepas menundukkan Argentina 4-2 dalam perlawanan akhir.

Piala Dunia FIFA 1930
1er Campeonato Mundial de Futbol
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Uruguay
Tarikh13 Julai – 30 Julai
Pasukan13
Tempat(di 1 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Uruguay (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Argentina
Tempat Ketiga Amerika Syarikat
Tempat Keempat Yugoslavia
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan18
Jaringan gol70 (3.89 per perlawanan)
Kehadiran434,500 (24,139 per perlawanan)
Penjaring terbanyakArgentina Guillermo Stábile
(8 gol)
1934
Negara-negara yang layak bertanding

Piala Dunia 1930 ini merupakan satu-satunya yang tanpa pusingan kelayakan; penyertaan berdasarkan jemputan (semua negara yang menganggotai FIFA adalah dijemput). Disebabkan faktor kos dan masa perjalanan menyeberangi Lautan Atlantik, hanya sedikit pasukan dari Eropah yang bersedia untuk menyertainya; dua bulan sebelum kejohanan dimulai tidak ada satu negara pun dari Eropah yang berhasrat secara rasmi untuk turut serta. Setelah campur tangan dari presiden FIFA ketika itu, Jules Rimet dan kerajaan Uruguay yang berjanji untuk membayar pampasan perjalanan setiap pasukan Eropah, barulah empat pasukan iaitu: Belgium, Perancis, Romania, dan Yugoslavia menyertainya. Perjalanan mereka menyeberangi Lautan Atlantik mengambil masa selama 3 minggu.

Tiga belas pasukan peserta dibahagi kepada empat kumpulan, dengan kesemua perlawanan berlangsung di ibu negara Uruguay, Montevideo. Dua perlawanan pembukaan yang dilangsungkan serentak merupakan perlawanan pertama dalam sejarah kejohanan Piala Dunia yang berlangsung pada 13 Julai. Dalam perlawanan tersebut Perancis mengalahkan Mexico 4-1. Manakala Amerika Syarikat membenam pasukan Belgium 3-0 dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung pada waktu yang sama di Estadio Gran Parque Central. Gol pertama diciptakan oleh Lucien Laurent, sedangkan hattrick pertama diciptakan pemain A.S., Bert Patenaude. Juara setiap kumpulan iaitu Argentina, Yugoslavia, Uruguay, dan A.S., layak ke separuh akhir.

Pada peringkat separuh akhir, kedua-dua perlawanan berakhir dengan keputusan 6-1, di mana Argentina mengalahkan AS dan Uruguay pula membenam Yugoslavia. Tidak ada perlawanan bagi penentuan tempat ketiga. Walau bagaimanapun terdapat satu catatan Buletin FIFA keluaran 1984 yang menyatakan bahawa perlawanan tempat ketiga sebenarnya berlangsung (di mana Yugoslavia mengatasi AS dengan jaringan 3-1). Walau bagaimanapun maklumat ini tidak pernah disahkan secara rasmi.

Final Piala Dunia pertama berlangsung di Stadium Centenario, Montevideo, pada 30 Julai. Kontroversi tentang siapa yang akan menyediakan bola perlawanan telah mencacatkan kejohanan. Keadaan ini telah memaksa FIFA mengeluarkan arahan bahawa Argentina akan membekalan bola pada separuh masa pertama manakal Uruguay akan menyediakan bola pada separuh masa kedua. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan Uruguay ke atas Argentina dengan jaringan 4-2. Piala kejohanan telah disampaikan oleh Jules Rimet kepada Uruguay, yang juga merangkap pemenang bola sepak Sukan Olimpik yang sangat berprestij ketika itu.

Pemain tunggal yang beraksi pada perlawanan akhir tersebut dan terakhir meninggal (pada 2010), Francisco Varallo (yang bermain sebagai penyerang pasukan Argentina).

Pemilihan Tuan Rumah

sunting

Itali, Sweden, Sepanyol, Belanda dan Uruguay bertanding untuk menjadi tuan rumah piala dunia edisi yang pertama ini. Bidaan Uruguay untuk menjadi tuan rumah selepas negara-negara yang lain menarik diri.

Stadium

sunting

Semua perlawanan berlangsung di Montevideo. Tiga buah stadium digunakan iaitu - Estadio Pocitos, Parque Central dan Centenario.

Piala Dunia FIFA 1930 (Uruguay)
Montevideo
Estadio Centenario Estadio Gran Parque Central Estadio Pocitos
34°53′40.38″S 56°9′10.08″W / 34.8945500°S 56.1528000°W / -34.8945500; -56.1528000 (Estadio Centenario) 34°54′4″S 56°9′32″W / 34.90111°S 56.15889°W / -34.90111; -56.15889 (Estadio Gran Parque Central) 34°54′18.378″S 56°9′22.42″W / 34.90510500°S 56.1562278°W / -34.90510500; -56.1562278 (Estadio Pocitos)
Kapasiti: 90,000 Kapasiti: 20,000 Kapasiti: 1,000
     

Pegawai Perlawanan

sunting

15 pengadil telah menyertai kejohanan ini: empat Eropah - pengadil dari Perancis, Romania (Constantin Rădulescu menjadi jurulatih Romania),[1] dua pengadil dari Belgium (Henri Christophe and John Langenus) dan sebelas dari Amerika - enam pengadil dari Uruguay dalam kalangan mereka. Dalam usaha untuk menghapuskan perbezaan dalam pemakaian Undang-undang Permainan, pengadil telah dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat pendek untuk menyelesaikan isu-isu yang bercanggah yang timbul dari permainan. [2]

Berikut ialah senarai pegawai yang bertindak sebagai pengadil perlawanan dan penjaga garisan. Pegawai-pegawai perlawanan dalam huruf condong hanya menjadi penjaga garisan sepanjang kejohanan ini.

Eropah
Amerika Utara

Amerika Selatan

Format

sunting

13 pasukan diundi dalam 4 kumpulan di mana Kumpulan 1 mempunyai 4 pasukan manakala kumpulan-kumpulan yang lain mempunyai 3 pasukan. Setiap kumpulan menggunakan format round-robin dengan 2 mata diperolehi oleh pasukan yang menang dan satu mata untuk keputusan seri. Jika dua kumpulan terikat dengan mata yang sama, perlawanan play-off akan diadakan untuk mencari juara kumpulan; Walau bagaimanapun, ini tidak diperlukan. 4 juara kumpulan mara ke pusingan separuh akhir. Masa tambahan akan diberikan untuk perlawanan yang terikat seri selepas 90 minit perlawanan.

Peringkat Kumpulan

sunting
Pasukan layak untuk fasa seterusnya

Kumpulan 1

sunting
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
  Argentina 3 3 0 0 10 4 +6 6
  Chile 3 2 0 1 5 3 +2 4
  Perancis 3 1 0 2 4 3 +1 2
  Mexico 3 0 0 3 4 13 −9 0
Perancis  4 – 1  Mexico
Lucien Laurent   19'
Marcel Langiller   40'
André Maschinot   43'87'
Laporan Juan Carreño   70'
Estadio Pocitos, Montevideo
Kehadiran: 3,000

Argentina  1 – 0  Perancis
Luis Monti   81' Laporan
Kehadiran: 18,000
Pengadil: Almeida Rêgo (Brazil)

Chile  3 – 0  Mexico
Carlos Vidal   3'65'
Manuel Rosas   51' (g.s.)
Laporan
Kehadiran: 7,000

Chile  1 – 0  Perancis
Guillermo Subiabre   65' Laporan
Estadio Centenario, Montevideo
Kehadiran: 50,000

Argentina  6 – 3  Mexico
Guillermo Stábile   8'17'80'
Adolfo Zumelzú   12'55'
Francisco Varallo   53'
Laporan Manuel Rosas   42' (pen.)
Roberto Gayón   75'
Estadio Centenario, Montevideo
Kehadiran: 50,000

Argentina  3 – 1  Chile
Guillermo Stábile   12'13'
Mario Evaristo   81'
Laporan Guillermo Subiabre   15'
Estadio Centenario, Montevideo
Kehadiran: 35,000

Kumpulan 2

sunting
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
  Yugoslavia 2 2 0 0 6 1 +5 4
  Brazil 2 1 0 1 5 2 +3 2
  Bolivia 2 0 0 2 0 8 −8 0
Yugoslavia  2 – 1  Brazil
Aleksandar Tirnanić   21'
Ivan Bek   30'
Laporan Preguinho   62'
Kehadiran: 5,000

Yugoslavia  4 – 0  Bolivia
Ivan Bek   60'67'
Blagoje Marjanović   65'
Đorđe Vujadinović   85'
Laporan
Kehadiran: 800

Brazil  4 – 0  Bolivia
Moderato Wisintainer   37'73'
Preguinho   57'83'
Laporan
Estadio Centenario, Montevideo
Kehadiran: 1,200

Kumpulan 3

sunting
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
  Uruguay 2 2 0 0 5 0 +5 4
  Romania 2 1 0 1 3 5 −2 2
  Peru 2 0 0 2 1 4 −3 0
Romania  3 – 1  Peru
Adalbert Deşu   1'
Constantin Stanciu   79'
Nicolae Kovács   89'
Laporan Souza Ferreira   75'
Estadio Pocitos, Montevideo
Kehadiran: 300

Uruguay  1 – 0  Peru
Héctor Castro   60' Laporan
Estadio Centenario, Montevideo
Kehadiran: 70,000

Uruguay  4 – 0  Romania
Pablo Dorado   7'
Héctor Scarone   24'
Peregrino Anselmo   30'
Pedro Cea   35'
Laporan
Estadio Centenario, Montevideo
Kehadiran: 80,000
Pengadil: Almeida Rêgo (Brazil)

Kumpulan 4

sunting
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
  Amerika Syarikat 2 2 0 0 6 0 +6 4
  Paraguay 2 1 0 1 1 3 −2 2
  Belgium 2 0 0 2 0 4 −4 0
Amerika Syarikat  3 – 0  Belgium
Bart McGhee   23'
Tom Florie   45'
Bert Patenaude   69'
Laporan
Kehadiran: 10,000

Amerika Syarikat  3 – 0  Paraguay
Bert Patenaude   10'15'50' Laporan
Kehadiran: 800

Paraguay  1 – 0  Belgium
Vargas Peña   40' Laporan
Estadio Centenario, Montevideo
Kehadiran: 900

Peringkat kalah mati

sunting


  Separuh akhir Perlawanan Akhir
             
26 Julai – Montevideo
   Argentina 6  
   Amerika Syarikat 1  
 
30 Julai – Montevideo
       Argentina 2
     Uruguay 4
27 Julai – Montevideo
   Uruguay 6
   Yugoslavia 1  


Separuh akhir

sunting
Argentina  6 – 1  Amerika Syarikat
Luis Monti   20'
Alejandro Scopelli   56'
Guillermo Stábile   69'87'
Carlos Peucelle   80'85'
Laporan Jim Brown   89'
Estadio Centenario, Montevideo
Kehadiran: 72,886

Uruguay  6 – 1  Yugoslavia
Pedro Cea   18'67'72'
Peregrino Anselmo   20'31'
Santos Iriarte   61'
Laporan Đorđe Vujadinović   4'
Estadio Centenario, Montevideo
Kehadiran: 79,867
Pengadil: Almeida Rêgo (Brazil)

Perlawanan akhir

sunting
Uruguay  4 – 2  Argentina
Pablo Dorado   12'
Cea   57'
Santos Iriarte   68'
Héctor Castro   89'
Laporan Carlos Peucelle   20'
Guillermo Stábile   37'
Estadio Centenario, Montevideo
Kehadiran: 93,000

Pemenang

sunting
Juara Piala Dunia 1930
 
Uruguay
Juara pertama

Penjaring Gol

sunting
8 gol
5 gol
4 gol
3 gol
2 gol

1 gol

Kedudukan FIFA secara retrospektif

sunting

Pada tahun 1986, FIFA telah menerbitkan satu laporan yang menduduki tempat semua pasukan dalam setiap Piala Dunia termasuk tahun 1986, berdasarkan perkembangan dalam pertandingan itu, serta keputusan keseluruhan dan kualiti pasukan.

R Pasukan K P M S K JG GB PG Mt
1   Uruguay 3 4 4 0 0 15 3 +12 8
2   Argentina 1 5 4 0 1 18 9 +9 8
3   Amerika Syarikat[3][4] 4 3 2 0 1 7 6 +1 4
4   Yugoslavia 2 3 2 0 1 7 7 0 4
Tersingkir di Peringkat Kumpulan
5   Chile 1 3 2 0 1 5 3 +2 4
6   Brazil 2 2 1 0 1 5 2 +3 2
7   Perancis 1 3 1 0 2 4 3 +1 2
8   Romania 3 2 1 0 1 3 5 −2 2
9   Paraguay 4 2 1 0 1 1 3 −2 2
10   Peru 3 2 0 0 2 1 4 −3 0
11   Belgium 4 2 0 0 2 0 4 −4 0
12   Bolivia 2 2 0 0 2 0 8 −8 0
13   Mexico 1 3 0 0 3 4 13 −9 0

Rujukan

sunting
  1. ^ "25 datos sobre la Copa Mundial de la FIFA" (PDF). Dicapai pada 20 August 2011.
  2. ^ "I Campeonato "Uruguay 1930"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-23. Dicapai pada 2015-02-03.
  3. ^ Tiada rasmi Perlawanan tempat ketiga Piala Dunia pada tahun 1930 dan tidak mempunyai tempat ketiga rasmi telah dianugerahkan pada masa itu; kedua-dua Amerika Syarikat dan Yugoslavia tewas di separuh akhir. Walau bagaimanapun menggunakan rekod kejohanan keseluruhan, laman web rasmi FIFA menyenaraikan Amerika Syarikat sebagai berada di tempat ketiga dalam Piala Dunia 1930.[1]
  4. ^ Fifa Bronze medal awarded to Thomas Florie captain of USA team.[2]

Pautan luar

sunting