Sungai Sarawak
Sungai Sarawak terletak di barat daya negeri Sarawak, Malaysia Timur. Ulu sungai ini terletak di Banjaran Kapuas, dan mengalir sepanjang 217 km (135 mil).[1] Sungai ini terbahagi kepada 2 iaitu Sungai Sarawak Kanan dan Sungai Sarawak Kiri.[2] Sungai ini mengairi kawasan Asa Jaya, Kuching[1] dan lain-lain. Pantai Damai terletak di muara Sungai Sarawak.[3]
Sungai Sarawak | |
---|---|
Sungai Sarawak yang mengalir merentasi Bandaraya Kuching, Sarawak.
| |
Country | Malaysia |
Length | 120 km (75 mi) |
Watershed | 2,459 km² (949 mi²) |
Mouth | Muara Tebas |
- location | Laut China Selatan, Malaysia |
- elevation | 0 m (0 ft) |
Major tributaries | |
- left | Sg. Sarawak Kiri |
- right | Sg. Sarawak Kanan |
Website : http://www.did.sarawak.gov.my/rbis/RBIS.htm |
Selain sebagai sumber air dan jalan pengangkutan, sungai ini turut digunakan untuk tujuan sukan, contohnya "Regata Sarawak".[4]
Banjir
suntingSejak akhir-akhir ini Sungai Sarawak menyebabkan banjir yang teruk di sekitar Bandaraya Kuching iaitu Batu Kawah, Batu Kitang, Satok, Kampung Bintangor, Jalan Datuk Ajibah Abol, Kudei, Tupong, Kampung Lintang, Sungai Bedil, Sungai Maong, Malihah, Gita, Landeh, Sandong dan Siniawan. Paras air sungai mencapai paras bahaya iaitu 10.8 meter pada 12 Januari 2009. Ketika itu, 119 sekolah termasuk 13 buah sekolah menengah terpaksa ditutup. Banjir besar pernah berlaku pada 24 Januari 2004 apabila Sungai Sarawak mencapai ketinggian 10.4 meter.[5]
Rujukan
sunting- ^ a b Karl-Heinz Reger, Nelles Verlag Staff (1997). Malaysia - Singapore - Brunei. Berilustrasi. Hunter Publishing, Inc. m/s. 162. ISBN 9783886189021, 3886189023.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- ^ A.Z. Aris, T.H. Tengku Ismail, R. Harun, A.M. Abdullah, M.Y. Ishak (2013). From Sources to Solution: Proceedings of the International Conference on Environmental Forensics 2013. Springer Science & Business Media. m/s. 229. ISBN 9789814560702, 9814560707.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- ^ Tamara Thiessen (2008). Borneo: Sabah, Brunei, Sarawak : the Bradt Travel Guide. Berilustrasi. Bradt Travel Guides. m/s. 245. ISBN 9781841622521, 1841622524.
- ^ Kee Hui Ong (Tan Sri Datuk) (1998). Footprints in Sarawak: 1914 to 1963. Volume 1 dari Footprints in Sarawak: Memoirs of Tan Sri Datuk (Dr) Ong Kee Hui. Research & Resource Centre. m/s. 70-71. ISBN 9789839925715, 9839925717.
|volume=
has extra text (bantuan) - ^ Paras Air Sungai Sarawak Dijangka Naik 10.8 Meter, Bernama
Bacaan
sunting- MacKinnon K, Hatta G, Halim H, Mangalik A.1998. The ecology of Kalimantan. Oxford University Press, Australia.