Sungai Sitajak
Sungai Sitajak (Jawi: سوڠاي سيتاجق ) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sungai Sitajak | |
---|---|
Sungei Sitajak, Sg. Sitajak | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Bukit Jatan |
• lokasi | dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau |
• ketinggian | di antara 140 dan 160 meter (459.3 dan 524.9 ka) |
Muara | Batang Mukah |
• lokasi | kira-kira 2.66 kilometer ke tenggara dari Rumah Ransin, Daerah Selangau |
• koordinat | 2°18′43″N 112°32′30″E / 2.31198°N 112.54165°EKoordinat: 2°18′43″N 112°32′30″E / 2.31198°N 112.54165°E |
• ketinggian | di antara 50 dan 60 meter (164.0 dan 196.9 ka) |
Panjang | 1.96 kilometer (1.2 bt)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[2][3] |
Sejarah
suntingSungei Sitajak merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Sitajak yang digunakan sebelum tahun 1972.[1][4] Nama sungai ini pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[2] Sungai Sitajak dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 21 Julai 2023, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 12547147.[4]
Bentuk fizikal
suntingSungai Sitajak berpunca di kawasan perhutanan sekunder pamah di kira-kira 2.5 kilometer (1.6 bt) ke timur laut dari Rumah Ransin, di dalam Daerah Selangau. Punca bagi Sungai Sitajak terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills dekat dengan sumber Sungai Sepinang. Sungai Sitajak mengalir ke timur sepanjang 200 meter di peringkat hulu sungai, kemudian berkelok ke selatan untuk menuju ke hilirnya, dengan beberapa lengkungan. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Sitajak dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di kira-kira 2.7 kilometer (1.7 bt) ke tenggara dari Rumah Rasin.[1][2]
Sungai Sitajak mengalir sepanjang kira-kira 1.96 kilometer (1.2 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Sitajak terletak di ketinggian di antara 140 dan 160 meter (459.3 dan 524.9 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Sitajak pula terletak di ketinggian di antara 50 dan 60 meter (164.0 dan 196.9 ka) dari atas paras laut.[1][2]
Bentuk lembangan
suntingSungai Sitajak merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Salusing dan Sungai Salintang.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Sitajak .[5] Kawasan lembah Sungai Sitajak dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][5] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Sitajak ialah Rumah Ransin dan Rumah Sli.[1][2] Dalam peta topografi siri T735 yang diterbitkan oleh Direktorat Pemetaan Negara Malaysia, Sungai Sitajak tidak mempunyai anak sungai.[2]
Lihat juga
sunting- Sungai Salusing, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Salintang, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d e f g h i Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
- ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c d "Sungai Sitajak, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.