Wikipedia:Manual gaya penulisan/Tajuk
Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Manual gaya penulisan (MGP) |
---|
Di sini adalah garis panduan untuk penyampaian tajuk bagi perkara-perkara yang dirujuk dalam rencana Wikipedia. Bagi garis panduan yang berkaitan dengan penamaan rencana Wikipedia, sila lihat Wikipedia: Cara pemilihan nama.
Huruf condong
suntingHuruf condong harus digunakan untuk tajuk yang berkaitan dengan:
- Bakteria, sewaktu dinamakan sebagai spesies genus, umpamanya Bacillus subtilis dan Escherichia coli
- Buku
- Komik dan komik web
- Permainan komputer dan video
- Perbicaraan
- Filem
- Puisi panjang/puisi agung
- Album muzik
- Nama kereta api penumpang
- Karya orkestra
- Terbitan berkala (surat khabar, jurnal, dan majalah)
- Drama
- Kapal
- Siri televisyen
- Karya seni tampak
Singkatan untuk perkataan di atas harus ditulis dengan huruf condong. Jika tajuk merupakan pautan, anda harus meletakkan markap condong diluar tanda kurung. Bagaimanapun, sila lihat contoh Titanic di bawah untuk kes khas.
Contoh
sunting- Huckleberry Finn, Manual Bahasa Perintah DCL
- ''[[Huckleberry Finn]]'', ''Manual Bahasa Perintah DCL''
- Casablanca, Boccacio '70
- ''[[Casablanca (filem)|Casablanca]]'', ''Boccacio '70''
- Pertunjukan Mary Tyler Moore
- ''Pertunjukan [[Mary Tyler Moore]]''
- Majalah Life, Fiksyen Sains yang Mengagumkan
- Majalah ''[[Life (majalah)|Life]]'', ''[[Fiksyen Sains yang Mengagumkan]]''
- RMS Titanic, USS Minnesota (BB-22), Apollo 11, siri Legenda Zelda. Hanya nama ditulis dengan huruf condong, bukannya pengelasan atau gelaran. Pautan ini memerlukan askara paip ("|"), kerana teg huruf condong tidak dapat berfungsi dalam pautan
- [[RMS Titanic|RMS ''Titanic'']], [[USS Minnesota (BB-22)|USS ''Minnesota'' (BB-22)]], ''[[Apollo 11]]'', [[Siri Legenda Zelda|Siri ''Legenda Zelda'']]
- Perangkap Tikus, Mesin yang sukar dipercayai, Gate Baldur: Kisah Pantai Pedang, HL2
- ''[[Perangkap Tikus]]'', ''[[Mesin yang sukar dipercayai]]'', ''[[Siri Gate Baldur|Gate Baldur: Kisah Pantai Pedang]]'', ''[[Half-Life 2|HL2]]''
- Simfoni No. 9 Op. 95 'Dari Dunia Baru'
- ''[[Simfoni]] No. 9 Op. 95 'Dari Dunia Baru' ''
- Eldred v. Ashcroft, Plessy v. Ferguson
- ''[[Eldred v. Ashcroft]]'', ''[[Plessy v. Ferguson]]''
- Peanuts, Penny Arcade
- ''[[Peanuts]]'', ''[[Penny Arcade (komik)|Penny Arcade]]''
Tanda petikan
suntingHuruf condong biasanya digunakan untuk tajuk karya yang lebih panjang. Tajuk untuk karya yang pendek seperti berikut harus dikurungkan dengan tanda petikan ganda:
- Rencana, karangan ataupun kertas kerja
- Bab untuk karya yang lebih panjang
- Episod untuk siri televisyen
- Puisi pendek
- Cerpen
- Lagu
- Patung
Contoh
sunting- "Kejadian di Jambatan Owl Creek"
- "The Thinker" oleh Rodin
- "Goober dan Gomer menukar Tayar"
- "Perkara yang patut dan yang tidak patut dilakukan sewaktu keluar dengan teman cinta"
- "Stopping by Woods on a Snowy Evening"
- "Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band" dan "She's Leaving Home" dipersembahkan oleh Kumpulan Kelab Lonely Hearts Sgt. Pepper
- "Jerman" adalah sebuah episod rancangan televisyen Fawlty Towers
Pengecualian
suntingTerdapat beberapa kes yang mana tajuk harus tidak mempunyai huruf condong atau tanda petikan:
- Kitab
- Dokumen undang-undang ataupun perlembagaan
- Permainan tradisional
Tanda baca
suntingBaik tajuk mempunyai huruf condong ataupun tanda petikan, tanda baca (seperti koma) harus diletakkan di luar markap, seperti yang ditunjukkan oleh senarai-senarai di atas — koma bukanlah sebahagian tajuk. (Nama buku bukannya Huckleberry Finn,.)