Ziad Al-Zaza (Arab: زياد الظاظا; 28 November 1955 – 9 Februari 2022) ialah seorang ahli politik Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan Palestin pada Mac 2006 hingga Mac 2007 di bawah kabinet pertama Ismail Haniyeh mewakili pertubuhan Hamas[1] , sebelum diganti oleh Saadi Al-Krunz, dari Fatah dalam kabinet perpaduan pimpinan Ismail Haniyeh. Dalam kabinet kedua, beliau dilantik sebagai Menteri Ekonomi Negara sehingga dibubarkan oleh Presiden Mahmud Abbas.[2]

Ziad Al-Zaza
زياد الظاظا
Menteri Pengangkutan Palestin
Dalam jawatan
Mac 2006 – Mac 2007
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehSaaduddin Khurma
Digantikan olehSaadi Al-Krunz
Menteri Ekonomi Negara Palestin
Dalam jawatan
Mac 2007 – Jun 2007
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehAlauddin Al-Araj
Digantikan olehKamal Hassouneh (Palestin)
dirinya (di Gaza)
Menteri Ekonomi Negara Palestin
(di Gaza)
Dalam jawatan
Jun 2007 – September 2012
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehdirinya (Palestin)
Digantikan olehjawatan tiada
Menteri Kewangan Palestin
(di Gaza)
Dalam jawatan
September 2012 – Jun 2014
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehjawatan baru
Digantikan olehShukri Bishara (Palestin)
Maklumat peribadi
Lahir
Ziad Syukri Abdu Rabah Al-Zaza
زياد شكري عبد ربه الظاظا

(1955-11-28) 28 November 1955 (umur 69)
Gaza
Mati9 Februari 2022(2022-02-09) (umur 66)
Gaza
Parti politik Hamas

Walau bagaimanapun, Ziad dikekalkan jawatan dalam pemerintahan Hamas di Gaza pada 2007 hingga 2012 sebagai Menteri Ekonomi. Dalam rombakan kabinet Gaza pada 2012, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan, yang juga Timbalan Perdana Menteri,[3] sehingga pembentukan kerajaan perpaduan pimpinan Rami Hamdallah pada 2014.

Ziad meninggal dunia pada 9 Februari 2022 akibat COVID-19.[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ "The PA Ministerial Cabinet List March 2006 - March 2007". Dicapai pada 2 November 2023.
  2. ^ "JMCC / Politics in Palestine /PA Cabinet / Government". web.archive.org. 2008-11-21. Dicapai pada 2023-11-03.
  3. ^ "Hamas announces cabinet reshuffle in Gaza - World News". Hürriyet Daily News (dalam bahasa Inggeris). 2012-09-02. Dicapai pada 2023-11-03.
  4. ^ "وفاة القيادي في حركة حماس زياد الظاظا". وكالة الصحافة الفلسطينية (dalam bahasa Arab). 2022-02-09. Dicapai pada 2023-11-03.