Pergi ke kandungan

Kesan rumah hijau: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
'''Kesan rumah hijau''' ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas [[rumah hijau]] di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada [[pemanasan global]] sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.
'''Kesan rumah hijau''' ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas [[rumah hijau]] di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada [[pemanasan global]] sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana '''ruang.'''


== Proses kesan rumah hijau ==
== Proses kesan rumah hijau ==

Semakan pada 01:21, 24 April 2018

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Proses kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau berlaku semasa komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Kesan rumah hijau global

Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang[[atmosfera] bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini menyebabkan akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.

Punca kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemar udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan pendingin hawa yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini. oleh itu kita seharusnya mengamalkan kempen kuranngkan pemanasan global.

Kaedah mengurangkan kesan rumah hijau

Antara kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .