Pergi ke kandungan

Hari Akhirat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4973342 pada 11:38, 28 Disember 2020 oleh WargaINDO (bincang | sumb.)

Hari Akhirat (Arab: اليوم الآخرة) merupakan hari di mana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat.

Kepercayaan kepada hari akhirat adalah merupakan kepercayaan asas kepada agama yang berasal dari Ibrahim atau agama Samawi, iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam.

Pernyataan mengenai peristiwa hari akhirat sering diulang dalam beberapa ayat dalam al-Quran sebanyak 115 kali,[1] yang menceritakan tentang Yawm al-Qiyâmah dan akhirat juga merupakan bahagian penting dalam eskatologi Islam.

Percayakan Hari Akhirat juga merupakan salah satu dari Rukun iman bagi penganut agama Islam.

Hadis Muhammad yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak di hari kiamat Allah Tabaraka wa Taala akan menggenggam bumi dan menggulung langit dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Dia berfirman: Akulah Raja! (Penguasa) Manakah dia raja-raja di bumi?

- Hadis riwayat Imam Muslim.[2]

Rujukan

Lihat juga