Pergi ke kandungan

Hari Akhirat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4973361 pada 12:00, 28 Disember 2020 oleh WargaINDO (bincang | sumb.)

Hari Akhirat (Arab: اليوم الآخرة) merupakan hari di mana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat.

Kepercayaan kepada hari akhirat adalah merupakan kepercayaan asas kepada agama yang berasal dari Ibrahim atau agama Samawi, iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam.

Pernyataan mengenai peristiwa hari akhirat sering diulang dalam beberapa ayat dalam al-Quran sebanyak 115 kali,[1] yang menceritakan tentang Yawm al-Qiyâmah dan akhirat juga merupakan bahagian penting dalam eskatologi Islam

Menurut kepercayaan Islam, Allah akan menimbang perbuatan seseorang dan akan memutuskan sama ada orang itu di akhirat akan dimasukkan ke Jahannam (neraka) atau Jannah (syurga). Kepercayaan ini sebelumnya telah disebut sebagai Hari Penghakiman dalam ajaran Islam.

Akhirat juga termasuk sebagai salah satu rukun iman, yaitu:

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada malaikat
  3. Percaya kepada kitab
  4. Percaya kepada nabi dan rasul
  5. Percaya kepada hari akhirat
  6. Percaya kepada qada dan qadar

Hadis Muhammad yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak di hari kiamat Allah Tabaraka wa Taala akan menggenggam bumi dan menggulung langit dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Dia berfirman: Akulah Raja! (Penguasa) Manakah dia raja-raja di bumi?

- Hadis riwayat Imam Muslim.[2]

Rujukan

Lihat juga