Pergi ke kandungan

Baju zirah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4986355 pada 21:09, 14 Januari 2021 oleh CyberTroopers (bincang | sumb.) (menambah Kategori:Baju zirah (HotCat))
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Kelengkapan zirah seorang kesateria berkuda Poland dari pertengahan abad ke-17
Zirah dan senjata dari Eropa.

Baju zirah atau dirah (bahasa Inggeris: Body armor) adalah pakaian atau salutan pelindung yang dipakai untuk melindungi badan atau kenderaan dari senjata atau objek yang dapat memberi kecederaan fizikal. Istilah zirah adalah sinonim dengan pakaian pelindung untuk perang pada zaman purba, walaupun pada zaman moden polis dan tentera juga menggunakan zirah yang lebih ringan dan lebih fleksibel.

Dalam perkembangannya, perisai dikembangkan dari pakaian semata-mata yang diperbuat daripada kulit tebal (contohnya, kulit tenggiling), maka plat logam berbentuk untuk menyesuaikan tubuh (contohnya kuiras), hingga yang paling maju adalah rompi kebal peluru. Pada masa ini apa yang dianggap sebagai baju zirah pada umumnya adalah baju besi. Pembahagian zirah yang paling terkenal ialah zirah pautan rantai (zirah rantai), berbentuk sisik (zirah sisik), dan plat padu (zirah lempeng).

Di Nusantara dan pelbagai bangsa melanesia dan polinesia lainnya jarang menggunakan baju zirah kerana kelangkaan besi di daerah mereka. Oleh itu mereka lebih bergantung pada tameng atau perisai kecil untuk mendapatkan kelajuan dan ketangkasan dalam pertarungan dibandingkan perlindungan yang ditawarkan baju zirah.

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]