Pergi ke kandungan

Sungai Chao Phraya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5705603 pada 20:19, 5 November 2022 oleh Машъал (bincang | sumb.)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Sungai Chao Phraya
سوڠاي چاو ڤراءيا (แม่น้ำเจ้าพระยา)
Hulu Sungai Chao Phraya di Nakhon Sawan.
Country Thailand
Major city Bangkok
Length 372 km (231 mi)
Watershed 160,400 km² (61,931 mi²)
Discharge at Nakhon Sawan
 - average 718 /s (25,356 ft³/s)
 - maximum 5,960 /s (210,475 ft³/s)
Source Pertemuan Sungai Ping dan Sungai Nan
 - location Pak Nam Pho, Wilayah Nakhon Sawan
 - elevation 25 m (82 ft)
Mouth
 - location Teluk Thailand, Wilayah Samut Prakan
 - elevation m (0 ft)
Major tributaries
 - left Sungai Pa Sak
 - right Sungai Sakae Krang
Peta lembah saliran sungai Chao Phraya.
Peta lembah saliran sungai Chao Phraya.
Peta lembah saliran sungai Chao Phraya.

Sungai Chao Phraya atau "Maenam Chao Phraya" (Bahasa Thai: แม่น้ำเจ้าพระยา RTGSMaenam Chao Phraya, disebut [mɛ̂ːnáːm tɕâːw pʰráʔjaː] ( dengar) atau [tɕâːw pʰrajaː]) adalah sungai terpanjang dan terpenting di negara Thailand. Panjangnya 372 kilometer mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Thailand (Teluk Siam) di selatan. Sungai ini membentuk lembangan Chao Phraya. Bangkok pesat membangun seperti sekarang kerana adanya sungai ini. Penduduk Bangkok seramai 8.1 juta orang amat bergantung hidup kepada sungai ini.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Peta-peta yang dilukis ahli pelayaran Eropah menamakan sungai ini sebagai Menam atau Mae Nam. Mae bermaksud emak manakala Nam bermaksud air. Istilah Chao Phraya bermaksud "sungai raja" atau "sungai milik Tuhan".

Hulu Sungai Chao Phraya iaitu Sungai Ping dan Sungai Nan berpunca dari wilayah Nakhon Sawan (Pak Nam Pho). Panjangnya 372 kilometer, lurus dan deras di hulu. Sampai di hilir membentuk delta sungai, terusan malah hampir membentuk tasik ladam. Kota Bangkok terletak 35 kilometer di utara Teluk Thailand. Air pasang di Teluk Thailand dan hujan raksasa semasa iklim monsun tropika menyebabkan Bangkok banjir. Banjir besar berlaku pada 1942, 1983 dan 1995.

Terdapat 3000 empangan sungai di seluruh Thailand yang dibina sejak tahun 1950-an lagi bagi mengatasi masalah banjir di selatan Thailand terutamanya di Bangkok. Empangan ini mempunyai pelbagai fungsi iaitu sebagai janakuasa elektrik, bekas tadahan air untuk minuman dan pengairan sawah-sawah padi.

Berhampiran dengan Bangkok terdapat banyak terusan yang dinamakan khlong. Khlong ini ada yang semula jadi dan ada yang dikorek oleh manusia. Terusan semula jadi dibaiki, ditambak, ditimbun guni-guni tanah dan dibina tembok konkrit. Keseluruhannya terdapat 750 kilometer terusan di Thailand.

Petempatan di sepanjang sungai

[sunting | sunting sumber]

Tebing sungai menjadi daya tarikan untuk penduduk bersawah padi dan sungai menjadi jalan pengangkutan yang baik dan murah. Antara bandar di sepanjang sungai Chao Phraya ialah Nakhon Sawan, Uthai Thani, Chainat, Sing Buri, Ang Thong, Ayutthaya, Pathum Thani, Nonthaburi, Bangkok dan Samut Prakan.

Terdapat pelbagai daya tarikan di sepanjang sungai ini. Pasar terapung di sungai ini menjadi daya tarikan pelancong. Kota purba kerajaan Ayutthaya terletak di tepian sungai. Air pasang, limpahan air hujan dan kawasan air sawah padi dilakukan oleh pintu terusan.

Banyaknya sungai dan terusan memerlukan banyaknya jambatan. Antara jambatan yang terpenting berhampiran kota Bangkok ialah:

  • Jambatan Rama VI - jambatan kereta api
  • Jambatan Phra Pin-klao, dekat Grand Palace
  • Jambatan Rama VIII, jambatan kabel
  • Jambatan Rama IX, jambatan semi kabel
  • Jambatan Mega, sebahagian lingkaran kawasan industri.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan sangat penting di sepanjang sungai dan terusan. Pihak kerajaan dan swasta menyediakan bot penambang yang dikendalikan oleh Chao Phraya Express Boat, Bangkok Boat Express Lines, dan Sathon-Klong Toei Express Boat. Terdapat 15 buah syarikat bot beroperasi dengan cekap, murah dan pantas untuk bergerak dari destinasi ke satu destinasi sambil menikmati keindahan sepanjang sungai.

Cawangan sungai

[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak cawangan dan ranting sungai berkaitan dengan Sungai Chao Phraya. Antaranya ialah Sungai Pa Sak, Sungai Sakae Krang, Sungai Nan, Sungai Yom, Sungai Ping, Sungai Wang dan Sungai Ta Chin. Lembangan sungai membentuk pola ranting pokok. Sungai-sungai ini juga menjadi sempadan antara negara, antara daerah dan antara mukim-mukim di Thailand.

Tadahan hujan

[sunting | sunting sumber]

Sungai Chao Phraya bukan sahaja membentuk Lembah Chao Phraya tetapi juga Lembah Pa Sak, Lembah Sakae Krang, Lembah Ban Besar, Lembah Ping Besar dan Lembah Tha Chin. Luas keseluruhan lembangan ini ialah 157,924 kilometer persegi atau 35 % keluasan negara Thailand. Luas Lembah Chao Phraya ialah 20,126 km persegi.

Delta Chao Phraya

[sunting | sunting sumber]

Sungai Chao Phraya dan Sungai Tha Chin terletak sebelah menyebelah, mengalir ke Teluk Thailand. Kawasan ini banyak pulau-pulau akibat pembentukan terusan (khlong). Mendapan tanah liat aluvium dari hulu menyebabkan tanahnya subur untuk tanaman padi sawah. Padi sawah yang dikeluarkan oleh petani Thailand terkenal dan bermutu tinggi, sedap, bersaiz panjang dan wangi. Oleh itu, Thailand mampu mengeksport padi ke seluruh dunia terutama ke Malaysia dan Singapura.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]