Orang Melayu Selangor
Penampilan
Orang Melayu Selangor merupakan antara sub-suku Etnik Melayu yang merupakan penduduk di Selangor. Dikatakan Orang Melayu Selangor berasal dari Orang Melayu Johor.Majoriti penduduk negeri Selangor dari kalangan orang Melayu Selangor terdiri daripada kalangan dari suku Jawa, Banjar,Minangkabau dan Bugis.
{{image array|perrow=4 | |
Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Selangor | |
Bahasa | |
Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Selangor, juga bahasa keturunan seperti Bahasa Banjar, Bahasa Jawa dan Bahasa Bugis | |
Agama | |
Sunni Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Melayu Malaysia |
Melayu Jati Selangor
Orang Melayu Selangor bukan hanya Melayu Anak Dagang. Melayu Anak Jati telah wujud di Selangor.
Sebelum abad ke-19 dan 20, Selangor pada ketika itu tidak mempunyai ramai penduduk atau pendatang dari seluruh pelusuk Nusantara. Jadi pada masa itu Selangor kebanyakannya dihuni oleh Melayu jati. Melayu pada ketika itu dikenali sebagai orang Klang kerana disitulah terbentuknya identiti jati Melayu Selangor.