Mustaqim Bahadon
Mustaqim Bahadon | |
---|---|
Kelahiran | |
Pendidikan | Lulusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal |
Pusat pendidikan | Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2010–kini |
Ketinggian | 6 ft 0.5 in (1.84 m) |
Mustaqim Bahadon (Jawi: مستقيم بهادون; lahir 1 Mac 1985)[1] merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau pernah menjadi bekas finalis Pencarian Lelaki Maskulin 2008/2009[2] dan sejak itu beliau telah membintangi beberapa drama, telefilem dan filem.[3][4]
Kehidupan awal
Mustaqim dilahirkan pada 1 Mac 1985 di Kangar, Perlis.[1][5] Beliau merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik dan mempunyai darah kacukan Cina sebelah ibu beliau. Bapa beliau, Bahadon Hamzah telah kembali ke Rahmatullah akibat jangkitan kuman dalam paru-paru ketika Mustaqim sedang menduduki peperiksaan akhir di pusat pengajiannya.[6]
Beliau mempunyai kelulusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Jitra, Kedah.[1]
Kerjaya
Sebelum menjadi pelakon, Mustaqim telah menceburi dalam bidang peragaan terlebih dahulu.[7] Beliau juga pernah menjadi duta Jakel selama 4 tahun dan pernah membintangi dalam beberapa iklan seperti Nescafe Ipoh White Coffee. Selain itu, beliau juga pernah menjadi seorang jurulatih peribadi di sebuah gim dan Mustaqim pernah menyertai pertandingan Pencarian Lelaki Maskulin (PLM) pada tahun 2008/2009 serta berjaya menjadi finalis dalam pertandingan tersebut. Pembabitan awalnya dalam dunia hiburan tanah air juga bermula selepas menyertai pertandingan itu yang turut disertai oleh Azrel Ismail.[8]
Selain itu, beliau juga mempunyai sebuah kedai gunting rambut yang beroperasi di ibu kota. Pada tahun 2014, Mustaqim memegang watak sebagai Raja Gufran iaitu seorang lelaki metroseksual dalam drama Jodoh musim ke-2.[9]
Pada tahun 2017, beliau memegang watak utama sebagai Dr. Syukri dalam drama Kerana Anisa yang turut dibintangi oleh Zara Zya, Sura Sojangi, Fahrin Ahmad, dan Uqasha Senrose dan disiarkan di Slot Samarinda TV3.[10]
Pada 23 Mac 2017, Mustaqim muncul sebagai peserta dalam rancangan Perang Bibir di TV9. Pada Syawal kedua, beliau menbintangi telefilem berjudul Serondeng Daging Abang Sado yang bersiaran di TV1. Pada 2 Julai 2017, beliau muncul dalam sebuah telefilem bertajuk Menantu Second Class yang bersiaran di TV9 dan memegang watak utama sebagai Rizal.
Mustaqim muncul dalam filem sukan luncur air Surf This Love: Gelora Juara yang ditayangkan pada 22 Februari 2018, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Josiah Hogan dan Ardell Aryana. Ia menjadi filem pertama gandingan beliau bersama Josiah.[11] Beliau seterusnya menjayakan watak sebagai Rizal, salah seorang ahli kumpulan Geng Anarkis dalam filem aksi KL Special Force arahan Syafiq Yusof. Filem yang turut dibintangi oleh Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof ditayangkan pada 8 Mac 2018.[12]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | KL Gangster 2 | Filem pertama, pelakon tambahan; tidak dikreditkan | |
2017 | Kau Yang Satu | Richard | |
2018 | Surf This Love: Gelora Juara | Bobby | |
KL Special Force | Rizal | ||
Rise: Ini Kalilah | Koperal Johan | Penampilan khas | |
2019 | KL Vampires | Alang | |
2022 | Roh 100 Hari | Kamal | |
Anak Rimau The Movie | Jurulatih Khalid | ||
Seratus | Penampilan khas | ||
2023 | Eva ‘Take Me As I Am | Pegawai Penyiasat | |
Bangkitkan Aku Kembali | Hakim | ||
2024 | Banglo Seksyen 12 | Hairy | |
Takluk: Lahad Datu | DSP Edi |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Asmaradana | TV3 | Drama pertama | |
2012 | Lara Hati | Azman | TV9 | |
Runtun Qalbu | Zek | TV3 | ||
2013 | Menantu Tiga Rasa | TV1 | ||
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi | TV3 | |||
2014 | Kalau Itu Jodoh Kita | TV AlHijrah | ||
Jodoh (Musim 2) | Raja Gufran | Astro Ria | ||
Azam Ramadan Su | Pian | TV3 | ||
2015 | Anak Ke-5 | Shah | TV9 | |
Pengembaraan Jason Murad | Farid Depardieu | |||
HidayahMu Ramadan | Taufiq | TV3 | ||
Hati Perempuan | Syed Ammar | |||
2016 | Kak Marr | Farid | ||
Lara Terindah | Azim | |||
Married Tapi Benci | Daniel | |||
2017 | Kerana Anisa | Syukri | ||
Kias Ramadan | ||||
2018 | Tiada Arah Jodoh Kita | Hazim | ||
Cik Sempurna | Riduan | |||
Mata Ketiga | Khalid | Tonton | ||
Pujaan Hati Kanda | Kashah | TV3 | ||
Jangan Padam Rindu | Remy | TV Okey | ||
2019 | Gerak Khas (Musim 19) | Detektif Mustafa | TV2 | |
4 Penjuru[13] | TV1 | |||
Arjuna Cinta Keisha | Alif | TV Okey | ||
2020 | Kau Perempuan Itu | Arif Shah | TV1 | |
Umar Hatta | Umar Hatta | Unifi TV | ||
Cinta Sekali Lagi | Taiquddin | TV3 | ||
2021 | Rahimah Tanpa Rahim | Ramzi | ||
Cinta Untuk Raf | Noah Sulaiman | TV1 | ||
One Two Hantu 2 | Awesome TV | |||
Resort Kasih Bunga Raya | Ali | TV1 | ||
Isolasi | Ariz | Awesome TV | ||
Bila Syaitan Berbisik | Astro Ria | Episod 1 | ||
Malaysian Ghost Stories | Azli | Episod: “Hantu Boneka” | ||
2022 | Impian Lara | Firdaus | Awesome TV | |
Reen Putus Cinta | ||||
Gangster Ke? | Lokman | |||
Aku Seorang Perempuan | Ehsan | TV9 | ||
2023 | Julia Arina | Adam Zafran | TV Okey | |
Metro Crimes Series: Siapa Lelaki Itu? | DSP Marzuki | Tonton | ||
Alice Kampung Baru | Mikhail | |||
2024 | Takdir Itu Milik Aku | Arman | Astro Ria |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Ku Kejar Cintaku Ke Malaysia | Ammar | RTV | Drama Malaysia-Indonesia |
2015 | Jodoh Ke Uolls | Syed Ammar | TV3 | |
Kasyaf | Inspektor Jeff | TV1 | ||
2016 | Mata Hati Ibu | Aris | TV9 | |
Bella | TV3 | |||
Bapa Mentuaku | TV1 | |||
Saksi | Shah | TV2 | ||
2017 | Mat Kari Mek Tomyam | Azim | HyppTV | |
Bawaku Ke Syurga | ||||
Serondeng Daging Abang Sado | Zack | TV1 | ||
Milik Siapa Syurga Itu | Firdaus | |||
Menantu Second Class | Rizal | TV9 | ||
Fatonah Azali | Jali | TV3 | ||
Encik Ustaz | Akram | |||
2018 | Neraka Kasih Maisarah | Leman Besi | TV3 | |
2019 | Aku Penghiburmu | TV2 | ||
Cikgu Praktikal | Cikgu Shahrul | TV Okey | ||
Sempurnakah Aku? | Astro Ria | |||
Tok Siah | Astro Citra | |||
4 Penjuru | ||||
2020 | Tuan Petri Saadong | Raja Bersiong | ||
Baju Jersi Amar | Yusri | TV1 | ||
2021 | Gadis Muka Surat | TV2 | ||
2022 | Sempurna Mencintaimu | Epul | TV3 | |
Sebalik Cinta | TV2 | |||
2023 | Kami TV | Benny | Astro Citra | |
Al Kisahnya Jenin | Jenin | TV1 | ||
TBA | Cupcake Coklat Mama | TV2 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Perang Bibir | Peserta | TV9 | 23 Mac: Berentap dengan Neera Azizi dan Puteri Aishah (artis yang dicabar oleh Zulin Aziz) namun tewas. |
Mentor Milenia 2017 | Juri Awam | TV3 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) | Dirinya sendiri | Fatonah Azali | Tercalon |
Rujukan
- ^ a b c Azlan Jusoh (5 Julai 2017). "Biodata Mustaqim Bahadon". Azhan.co. Dicapai pada 14 April 2018.
- ^ "Mustaqim teringin jadi hero". Harian Metro. 11 November 2016. Dicapai pada 10 Mac 2017.
- ^ Nor Akmar Samudin (5 Januari 2018). "Mustaqim cari peluang". Harian Metro. Dicapai pada 14 April 2018.
- ^ Syanty Octavia Amry (31 Ogos 2015). "Mustaqim cari semula tapak". Harian Metro. Dicapai pada 14 April 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (7 Mac 2016). "Mimpi ngeri Mustaqim - Hiburan". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mac 2016.
- ^ "Mustaqim intai peluang". Kosmo!. 3 Jun 2014. Dicapai pada 10 Mac 2017.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Februari 2017). Tingkat kualiti dalam diri - Hiburan Harian Metro. Dicapai pada 21 Februari 2017.
- ^ Tidak Kisah Bermula dari Bawah – Mustaqim Bahadon Malaysian Access (31 Ogos 2015). Dicapai pada 24 Januari 2017.
- ^ Budiey (7 April 2014). Mustaqim Bahadon Jadi Lelaki Metroseksual Dalam Drama Jodoh 2 Sensasi Selebriti. Dicapai 10 Mac 2017.
- ^ Najiy Jefri (24 Januari 2017). Buat sehabis baik Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2017.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Mac 2018). "Peluncuran terumbang-ambing dalam Surf This Love: Gelora Juara". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-06. Dicapai pada 3 Mei 2018.
- ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai pada 7 Februari 2018.
- ^ Pengajaran Salah Laku Dalam 26 Episod Drama Bersiri 4 Penjuru Sensasi Selebriti (22 Mac 2016). Dicapai pada 22 Mac 2016.