Jajahan mahkota
Jajahan mahkota merupakan sejenis pentadbiran jajahan Empayar British.
Jajahan mahkota diperintah oleh seorang gabenor yang dilantik oleh pemerintahan beraja British. Walaupun istilah ini tidak digunakan pada masa itu, jajahan pertama yang dikenali sebagai jajahan mahkota ialah Jajahan Virginia yang sekarang berada di Amerika Syarikat, selepas pemerintahan beraja British mengambilnya daripada Syarikat Virginia pada tahun 1624.
Sehingga pertengahan kurun ke-19, istilah ini pada umumnya merujuk kepada jajahan yang diambil melalui perang seperti Trinidad dan Guiana British tetapi kemudian ia digunakan kepada mana-mana tanah jajahan selain daripada Kemaharajaan British dan jajahan British lain seperti Australia, Kanada dan New Zealand (yang kemudian dipanggil Dominion).
Istilah ini terus digunakan sehingga 1981 apabila Akta Kewarganegaraan British 1981 mengelaskan jajahan British yang tinggal sedikit sebagai "Wilayah Tanggungan British". Dari tahun 2002, negara-negara ini dikenali sebagai Wilayah Luar Negeri British.
Senarai
[sunting | sunting sumber]Senarai berikut termasuk wilayah yang dimiliki oleh penempatan, penaklukan atau pengilhakan kepada Mahkota British atau kepada negara Komanwel yang merdeka.a
Nama tanah jajahan | dari | ke | Alasan bagi pertukaran status |
---|---|---|---|
Aden | 1937 | 1967 | Menjadi sebahagian daripada Persekutuan Arab Selatan. |
Australia Barat | 1829 | 1901 | Koloni Sungai Swan dari 1829 untuk 1832. Menjadi sebahagian daripada Komanwel Australia pada tahun 1901. |
Australia Selatan | 1834 | 1901 | Menjadi sebahagian daripada Komanwel Australia pada tahun 1901. |
Basutoland | 1884 | 1964 | Menjadi negeri naungan British pada tahun 1964; kemudian menjadi bebas sebagai Lesotho pada tahun 1966. |
Bermuda | 1684 | 1981 | Menjadi Wilayah Tanggungan British pada tahun 1981 |
Bechuanaland British | 1885 | 1895 | Menjadi sebahagian daripada Koloni Cape British pada tahun 1895 |
Borneo Utara | 1946 | 1963 | Menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963 sebagai Sabah. Labuan dipisahkan dari Sabah pada tahun 1984 untuk menjadi Wilayah Persekutuan.[1] |
Burma | 1937 | 1948 | Dipisahkan dari India British pada tahun 1937 dan menjadi Jajahan Mahkota. |
Cape Colony | 1806 | 1910 | Menjadi sebahagian daripada Kesatuan Afrika Selatan pada tahun 1910. |
Carolina Selatan | 1729 | 1776 | Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776. |
Carolina Utara | 1729 | 1776 | Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776. |
Kepulauan Cayman | 1962 | 1981 | Menjadi Wilayah Tanggungan British pada tahun 1981 |
Ceylon | 1815 | 1948 | Merdeka sebagai Dominion Ceylon pada tahun 1948. |
British Columbia | 1866 | 1871 | Menjadi sebahagian daripada Dominion Kanada pada tahun 1871. |
Cyprus | 1914 | 1960 | Merdeka sebagai Cyprus pada tahun 1960. |
Florida Barat | 1763 | 1783 | Diserahkan kepada Sepanyol. Kemudiannya menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat. |
Florida Timur | 1763 | 1783 | Diserahkan ke Sepanyol. Kemudiannya menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat. |
Georgia | 1755 | 1776 | Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776. |
Gibraltar | 1713 | 1981 | Menjadi Wilayah Tanggungan British pada tahun 1981. |
Gold Coast | 1821 | 1957 | Mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 sebagai Ghana. |
Guiana British | 1831 | 1966 | Merdeka sebagai Guyana pada tahun 1966. |
Honduras British (dinamakan semula Belize pada tahun 1964) | 1884 | 1981 | Merdeka (sebagai Belize) pada tahun 1981. |
Hong Kong | 1841 | 1981 | Menjadi Wilayah Tanggungan British pada tahun 1981. Menjadi wilayah pentadbiran khas yang ditadbir sendiri apabila kedaulatan dipindahkan ke China pada tahun 1997.[2] |
Jamaica | 1865 | 1962 | Mencapai kemerdekaan pada tahun 1962 sebagai Jamaica. |
Kenya | 1920 | 1963 | Bersatu dengan Negeri Naungan Kenya pada tahun 1963 untuk membentuk negara bebas Kenya |
Labuan | 1846 | 1890 | Ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara British dari 1890-1904. |
1906 | 1946 | Dimasukkan ke dalam Negeri Selat pada 30 Oktober 1906. | |
1946 | 1963 | Digabungkan dalam Borneo Utara pada 15 Julai 1946. Menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963[1] | |
Lower Canada | 1791 | 1841 | Menjadi sebahagian daripada Wilayah Kanada pada tahun 1841. |
Kepulauan Falkland | 1841 | 1981 | Menjadi Wilayah Tanggungan British pada tahun 1981. |
Koloni dan Naungan Gambia | 1888 | 1965 | Merdeka sebagai Gambia in 1965. |
Malta | 1813 | 1964 | Mencapai kemerdekaan pada tahun 1964 sebagai Negeri Malta. |
Massachusetts Bay | 1692 | 1776 | Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776 sebagai negeri Massachusetts. |
Mauritius | 1903 | 1968 | Merdeka sebagai Mauritius pada tahun 1968. |
Melaka | 1946 | 1957 | Menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 |
Natal | 1843 | 1910 | Menjadi sebahagian daripada Kesatuan Afrika Selatan pada tahun 1910. |
Newfoundland | 1583 | 1907 | Menjadi Dominion Newfoundland pada tahun 1907, dan kemudian menyertai Dominion Kanada pada tahun 1949. |
New Hampshire | 1692 | 1776 | Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776. |
New Jersey | 1702 | 1776 | Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776. |
New South Wales | 1788 | 1901 | Menjadi sebahagian daripada Komanwel Australia pada tahun 1901. |
New York | 1691 | 1776 | Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776. |
New Zealand | 1841 | 1907 | Menjadi Dominion New Zealand in 1907. |
Nigeria | 1914 | 1960 | Merdeka sebagai Nigeria in 1960. |
Pulau Norfolk | 1788 | 1914 | Diletakkan di bawah pentadbiran Australia pada tahun 1914 sebagai wilayah bukan pemerintahan sendiri. Pulau ini mempunyai pemerintahan sendiri antara tahun 1979 dan 2015. |
Penang | 1946 | 1957 | Menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 |
Pulau Vancouver | 1848 | 1866 | Digabungkan dengan Koloni British Columbia pada 1866 |
Quebec | 1763 | 1791 | Terbahagi antara Upper dan Lower Canada dan Northwest Territory. |
Queensland | 1824 | 1901 | Menjadi sebahagian daripada Komanwel Australia pada tahun 1901. |
Rhodesia Selatan | 1923 | 1980 | Mencapai kemerdekaan pada tahun 1980 sebagai Zimbabwe. |
Saint Christopher-Nevis-Anguilla | 1980 | 1981 | Menjadi Wilayah Tanggungan British pada tahun 1981 |
Sarawak | 1946 | 1963 | Menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963[1] |
Seychelles | 1903 | 1976 | Dipisahkan dari Mauritius British pada tahun 1903 dan menjadi Jajahan Mahkota dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1976. |
Sierra Leone | 1808 | 1961 | Merdeka sebagai Sierra Leone pada tahun 1961. |
Singapura | 1946 | 1963 | Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963;[1] kemudian menjadi bebas sebagai Republik Singapura pada tahun 1965.[3] |
1946 | 1946 | Labuan telah dimasukkan ke dalam Borneo Utara pada 15 Julai 1946, yang menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963[1] | |
1946 | 1955 | Kepulauan Cocos (Keeling) dipindahkan ke Australia pada tahun 1955.[4] | |
1946 | 1957 | Pulau Krismas dipindahkan ke Australia pada tahun 1957.[5] | |
Negeri Selat | 1786 | 1946 | Pulau Pinang menjadi tanah jajahan mahkota yang berasingan dalam Malayan Union pada tahun 1946, yang telah disusun semula sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1957;[6] kemudiannya menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963[1] |
1826 | 1946 | Singapura menjadi tanah jajahan mahkota yang berasingan pada tahun 1946, selepas Negeri Selat dibubarkan.[7] | |
1826 | 1946 | Melaka menjadi tanah jajahan mahkota yang berasingan dalam Malayan Union pada tahun 1946, yang disusun semula sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1957;[6] kemudiannya menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963[1] | |
1857 | 1946 | Kepulauan Cocos (Keeling) menjadi sebahagian daripada Koloni Singapura pada tahun 1946.[7] | |
1874 | 1937 | Dinding (sekarang Manjung) menjadi sebahagian daripada Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1937, yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada Malayan Union pada tahun 1946; Malayan Union menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1957;[6] kemudiannya menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963.[1] | |
1888 | 1946 | Pulau Krismas menjadi sebahagian daripada Koloni Singapura pada tahun 1946.[7] | |
1906 | 1946 | Labuan menjadi sebahagian daripada Koloni Singapura pada tahun 1946.[7] | |
Tasmania | 1803 | 1901 | Van Diemen's Land dari 1803 ke 1856; Dahulunya sebahagian daripada New South Wales dari 1803 ke 1825, apabila dijadikan koloni bebas. Menjadi sebahagian daripada Komanwel Australia pada tahun 1901. |
Upper Canada | 1791 | 1841 | Menjadi sebahagian daripada Wilayah Kanada pada tahun 1841. |
Victoria | 1851 | 1901 | Menjadi sebahagian daripada Komanwel Australia pada tahun 1901. |
Virginia | 1624 | 1776 | Menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat pada tahun 1776. |
Wilayah Bersatu Kanada | 1841 | 1867 | Menjadi sebahagian daripada Dominion Kanada pada tahun 1867. |
↑a Sumber: Rencana ini mengandungi teks dari suatu penerbitan yang kini berada dalam domain awam: Great Britain Her Majesty's Stationery Office. Chronological table of the statutes. Her Majesty's Stationery Office, London part of the Office of Public Sector Information.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pemerintahan langsung
- Kebergantungan mahkota
- Jajahan berpemerintahan sendiri
- Pejabat Tanah Jajahan
- Wilayah luar negara British
- Empayar British
- Dewan perundangan
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h Lihat: Akta Malaysia 1963
- ^ Pengakhiran kedaulatan dan bidang kuasa British ke atas Hong Kong, Lihat: Akta Parlimen United Kingdom – Hong Kong Act 1985 .
- ^ Lihat: Perjanjian Kemerdekaan Singapura 1965 dan Akta Parlimen United Kingdom – Singapore Act 1966.
- ^ Cocos (Keeling) Islands Act 1955.
- ^ Christmas Island (Request and Consent) Act 1957 (NO. 102, 1957).
- ^ a b c Lihat: Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
- ^ a b c d Templat:Website
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Jenks, Edward (1918). The Government of the British Empire. Little, Brown, and Company.
- Olson, James (1996). Historical Dictionary of the British Empire. Greenwood Publishing Group. ISBN 0-313-29366-X.
- Porter, Andrew (1998). The Nineteenth Century, The Oxford History of the British Empire Volume III. Oxford University Press. ISBN 0-19-924678-5.
- Wrong, Hume (1923). "The Old Representative System: The Change To Crown Colony Government". Government of the West Indies. England: Oxford University Press. m/s. 71. ISBN 1-113-74149-X. Dicapai pada 2010-03-30.
The phrase 'Crown Colony Government' is used with various meanings. In the broadest, and perhaps most correct, sense it is applied to all the colonies in which the Crown retains the real control of the executive (i.e. to all the West Indian colonies). By both official and common usage, however, it is often narrowed as to exclude colonies with elected Assemblies, though without a responsible executive.
Unknown parameter|chapterurl=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|month=
(bantuan)