Jannie Lasimbang
Yang Berhormat Puan Jannie Lasimbang ASDK; ADUN | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Kapayan | |
Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Edwin Bosi (Bebas) |
Majoriti | 13,250 (2018) 13,163 (2020) |
Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Pribumi Sabah | |
Dalam jawatan 16 Mei 2018 – 29 September 2020[perlu rujukan] Berkhidmat with Uda Sulai | |
Gabenor | Juhar Mahiruddin |
Ketua Menteri | Shafie Apdal |
Menteri | Aidi Mokhtar |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Kawasan pilihan raya | Kapayan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jannie Lasimbang 29 November 1962[1] Penampang, Koloni Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia) |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Democratic Action Party (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
Pasangan | Sui Khar Hlawnching |
Pertalian | Jennifer Lasimbang (adik) Adrian Banie Lasimbang (abang) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Jannie Lasimbang adalah bekas wartawan RTM Sabah. Jannie dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi tempoh 2010-2013 mulai Jun 2010.
Pendidikan dan kerjaya
Beliau anak kelahiran Kampung Nampasan, Penampang, Sabah dan tidak pernah sunyi dari mendengar rintihan rakyat pribumi Sabah.
Jannie, merupakan siswazah Sarjana Muda Biokimia dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom pada 1984. Beliau bekerja sebagai wartawan di RTM Sabah bagi tempoh yang singkat sebelum menyertai Jabatan Hasil Dalam Negeri Sabah, Kota Kinabalu selama dua tahun.
Pada 1987, beliau membantu menubuhkan Partners of Community Organisations in Sabah (PACOS Trust) dan bekerja untuk pertubuhan sukarela ini sehingga tahun 2000. Pacos trust, sebuah pertubuhan kemasyarakatan yang berpusat di Sabah, bertujuan meningkatkan kualiti hidup masyarakat pribumi menerusi pengukuhan organisasi kemasyarakatan, memperkukuhkan sistem pengetahuan masyarakat pribumi dan pengurusan sumber asli, serta menambah baik jagaan dan perkembangan awal kanak-kanak.
Beliau menjadi Setiausaha Agung Pakatan Penduduk Pribumi Asia dan merupakan bekas pengerusi Dana Sukarela Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penduduk Pribumi.
Pesuruhjaya Suhakam
Jannie, 47, berhasrat memperjuangkan nasib kaum wanita dan penduduk pribumi di Malaysia. Semua pihak termasuk kerajaan, sektor swasta, NGO dan masyarakat keseluruhannya hendaklah melindungi hak asasi manusia.
Pengerusi Eksekutif Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Tan Sri Hasmy Agam dilantik sebagai pengerusi baru Suhakam. Anggota lain ialah Muhammad Sha'ani Abdullah, Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee, James Deva Nayagam, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi A.Majid dan Detta anak Samen.[2]