Pergi ke kandungan

Roh (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Roh
Soul
PengarahEmir Ezwan
Penulis
  • Emir Ezwan
  • Nazri M. Annuar
  • Amir Hafizi
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiSaifuddin Musa
Disunting olehSafwan Salleh
Muzik olehReinchez Ng
Syarikat
penerbitan
Kuman Pictures
Diedarkan olehTGV Pictures
Tarikh tayangan
6 Ogos 2020 (Malaysia, Singapura)
Masa tayangan
1 jam 23 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM360,000
Pecah panggungRM522,656

Roh (juga dikenali sebagai Soul) ialah filem seram indie seni Malaysia 2020. Ia mengisahkan kehadiran seorang kanak perempuan aneh yang membawa ramalan ngeri dan kejadian aneh kepada sebuah keluarga miskin dalam hutan zaman dahulu.

Ia ditayangkan di pawagam pada 6 Ogos 2020.[1][2][3]

Sinopsis

Pada zaman dahulu, dua beradik Along dan Angah, tinggal di pondok buruk dalam hutan bersama ibu mereka yang janda, Mak. Suatu hari, mereka ternampak seekor rusa mati tergantung, tersangkut di leher di atas pokok yang tinggi. Semasa pulang ke rumah, mereka lihat seorang budak perempuan yang mengekori mereka dari belakang. Mereka membawa budak itu masuk ke rumah dan memanggil budak itu sebagai Adik. Pada waktu malam, Mak bercerita lagenda semangat hutan yang disumpah untuk memburu haiwan dan kanak-kanak di dalam hutan. Mangsa hanya akan selamat jika mengetuk dua batu bersama sambil membaca mantera. Keesokan pagi mereka terkejut melihat Adik makan burung mentah. Adik memberi amaran bahawa mereka semua akan mati pada bulan mengambang sebelum mengelar lehernya sendiri membunuh diri.

Keluarga itu meninggalkan mayat adik di sebuah padang di dalam hutan. Setelah pulang, mereka melihat seorang perempuan tuan yang memperkenalkan dirinya sebagai Tok sedang meneliti batu batu yang secara misterinya bertebaran sekeliling rumah pada malam sebelumnya. Tok memberi amaran bahawa batu itu memberi petanda buruk dan menyuruh dua beradik itu membuangnya. Malam itu, Along terserempak dengan hantu yang menyerupai Adik semasa sedang merangkak di bawah rumah. Along demam panas dan Mak mencari Tok meminta pertolongan. Tok menjalankan upacara dan meminta Angah untuk mengorbankan 2 merpati putih tetapi Angah secara senyap senyap melepaskan seekor burung pergi.

Seorang pemburu muncul di depan rumahmencari Adik, tetapi Mak menghalaunya pergi. Malam itu, Along berjalan dalam tidur dan pabila tersedar, dia mendapati dia berada di kuburan Adik dimana dia sekali lagi melihat hantu yang menyerupai Adik. Keesokan harinya, pemburu itu teejumpa Along yang ketakutan di dalam hutan dan membawanya kepada Mak, tetapi Mak mengesyaki pemburu itu menculik dan mencederakan Along. Along dengan teragak agak memberitahu pemburu itu mengenai Adik dan mengesa Mak supaya mereka berpindah keluar dari hutan. Pemburu itu yang sebenarnya ayah Adik, terjumpa mayat Adik dan bersedih. Semasa Mak keluar dari rumah, Along menghempaskan kepalanya berkali kali ke atas besi tajam yang terpacak di lantai dan akhirnya mati.

Kerana rasa takut yang amat Mak bersiap sedia untuk meninggalkan hutan bersama Angah, tetapi Angah pula merayau di dalam hutan mencari makanan. Pemburu pula mendapati mayat Adik hilang, lalu pergi berjumpa Mak dan memberi amaran bahawa mereka sekeluarga dalam bahaya akibat gangguan semangat jahat. Mak tidak percaya dan menuduh pemburu itu penyebab kematian Along dan kehilangan Angah. Setelah pemburu pergi, Mak mengekorinya dengan niat untuk membunuh pemburu itu. Di dalam hutan pemburu itu terjumpa Angah dan mengelar leher Angah, sebelum dirinya sendiri ditusuk tombak oleh Mak yang menyusup dari belakang.

Pemburu itu terbangun dan mendapati Tok sedang mengadakan upacara ke atas mayat Adik yang ditanam di dalam kubur. Tok mendedahkan yang dirinya ialah Iblis yang  merasuk manusia untuk mengawal rohnya. Tok menggunakan mayat Adik untuk menjalankan kerja jahatnya. Iblis itu menyalahkan pemburu kerana tidak menyelamatkan Angah dari takdirnya. Roh anak anak itu terlihat berkeliaran dalam hutan. Filem berakhir dengan Along sedang membakar rumahnya sendiri yang di dalamnya ada Mak yang kehilangan banyak darah kerana mengelar tangannya sendiri dan mayat Angah.[4]

Pelakon

Keluaran

Filem ini ditayangkan perdana di Pesta Filem Antarabangsa Singapura dan Pesta Filem Asia Jogja-Netpac Indonesia pada November 2019.

Ia dipilih oleh Finas untuk mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cetera Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) ke-93.

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-31 Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Putry Qaseh Iswandy Menang
Filem Terbaik Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Junainah M Lojong Menang
Lakon Layar Terbaik Emir Ezwan Menang
Rekaan Busana Terbaik Tengku Syahmi Menang
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2023 Penyunting Filem Terbaik Safwan Salleh Tercalon

Lihat juga

Sumber rujukan

  1. ^ "Kuman Pictures brings something different to the table with film Ro". Cinema.com.my.
  2. ^ "Roh at SGIFF 2019". Singapore International Film Festival.[pautan mati kekal]
  3. ^ "Roh: Horror from the past". The Sun.
  4. ^ "Treler bagi Roh". Youtube.

Pautan luar