Fathul Bari Mat Jahya
YH Dato' Dr. Fathul Bari Mat Jahya DIMP (Pahang) | |
---|---|
Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia | |
Menyandang jawatan 2021 | |
Didahului oleh | Shahidan Kassim |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Fathul Bari bin Mat Jahya 4 November 1980 Kepala Batas, Alor Setar, Kedah, Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Ibu bapa | Mat Jahya Hussin |
Pendidikan | B.A. (2004), M.A. (2006), Ph.D. (2013) |
Tempat belajar | Universiti Islam Madinah (B.A) Universiti Yarmouk, Jordan (M.A) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Ph.D.) |
Pekerjaan | Exco Pemuda UMNO |
Dato' Dr. Fathul Bari Mat Jahya ialah seorang pendakwah Islam[1] dan Exco Pemuda UMNO yang aktif mengajar di majlis-majlis pengajian ilmu di dalam dan luar negara. Beliau lahir di Kepala Batas, Kedah pada 4 November 1980. Kini, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih).
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (1993-1995)
- Maahad Tahfidz al-Qur'an, Negeri Terengganu (1996-1999)
- Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1999-2000)
- Fakulti Hadis dan Pengajian Islam, Universiti Islam Madinah peringkat ijazah Sarjana Muda B.A Hadith dan Pengajian Islam (2000-2004)
- Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Yarmouk Jordan peringkat Sarjana M.A Usuluddin (Hadith) (2005-2006)
- Fakulti Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia peringkat Doktor Falsafah Ph.D. Quran Sunnah (Hadith) (2007-2013)
- Guru-guru di Kota Madinah
Ketika menuntut di Madinah, beliau berguru dengan banyak ulama' Ahlus Sunnah yang terkemuka pada zaman ini. Antaranya adalah Muhaddis (pakar hadis) Kota Madinah iaitu Syeikh Abdul Muhsin bin Hammad al-'Abbad. Syeikh Abdul Muhsin merupakan antara ulama' hadis agung setelah Syeikh al-Albani. Selain itu beliau juga berguru kepada Syeikh Professor Dr. Ibrahim B. Amir ar-Ruhaili dan Syeikh Dr. Abdullah Al Bukhari.
- Guru-guru di Jordan
Semasa berada di Jordan beliau sempat bermulazamah (melazimi) dan bertalaqqi bersama beberapa masyaikh yang pernah berguru langsung dengan Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah, seorang pakar hadis terulung abad ini. Antara guru beliau termasuklah Syeikh Ali Hasan al-Halabi, Syeikh Abu Usamah Salim bin Eid al-Hilaly as-Salafy al-Atsary, Shaikh Muhammad Musa Nasr dalam bidang hadis, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan bin Mahmud bin Salman dalam bidang fiqh. Malah beliau juga telah mendalami kitab tafsir al-Kashshaf (الكشاف) yang ditulis oleh az-Zamakhsyari, seorang ilmuan atau 'aalim firqah Mu'tazilah. Hal ini dilakukan setelah beliau mendapat kebenaran daripada guru-guru beliau.
Portfolio
[sunting | sunting sumber]Pernah mengisi jawatan Penasihat Agama di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Ilmuan Malaysia, sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU).[2]
Selain dijemput menyampaikan syarahan da membentangkan kertas kerja beliau juga merupakan salah seorang moderator rancangan televisyen Hello Malaysia, Bernama TV.
Beliau beberapa kali dijemput menyampaikan syarahan di luar negara seperti Brunei, Indonesia, Qatar dan Australia.
Selain itu beliau juga telibat sebagai salah seorang Sukarelawan dan Perunding Korporat bagi Pusat Perunding YaPEIM (PPY).
Seminar/ Kembara Ilmu
[sunting | sunting sumber]Dalam Negara
- Wacana Perdana : PRU 13 Masa Depan Islam, Kelantan (2012)
- Seminar Gerakan Terorisma, Takfir & Jihad, Memorial Tun Hussein On, Kuala Lumpur (2011)
- Dauroh Kutub Sittah (kitab hadis yang enam), Perlis (2010)
- Jalinkan Hubungan Leraikan Pertelingkahan, Seminar Siapakah Ahlu Al-Sunnah wa Al-Jamaah (ASWJ)… Antara Gelaran dan Realiti, Perlis (2009)
Luar Negara
- Syarahan "Prinsip Akidah Ahlus Sunnah & Kekeluargaan Islam" di Darul Iffah, Brunei Darussalam (Oktober 2012)[1]
- Siri Jelajah Australia (Jun 2012)
- Siri Jelajah Qatar & Oman, Memahami Al-Manhaj Al-Islami Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah (Mac 2012)
- Dauroh Islam Ilmiyyah, Auditorium Hang Islamic Centre Batam (Dis 2011)
Penulisan
[sunting | sunting sumber]Selain menyampaikan syarahan, beliau juga aktif menulis. Kolum beliau boleh dibaca pada setiap Ahad akhbar Sinar Harian (an-Nasihah) dan Harian Metro (Minda) edisi hari Jumaat. Himpunan tulisan beliau boleh dibaca melalui blog peribadi beliau [3] dan laman web rasmi iLMU. [4]
Kenyataan dalam media arus perdana
[sunting | sunting sumber]Dr. Fathul Bari adalah sangat kritis dalam mengulas isu Ulama 'dalam parti pemerintah UMNO. Dia juga berkata bahawa ulama 'tidak perlu jawatan untuk bersuara kerana mereka menegakkan kebenaran dan hendaklah bertindak di atas prinsip agama. [5].
Dr. Fathul Bari juga membidas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana menghasut bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh bukan Islam. Beliau juga menyatakan bahawa Lim Guan Eng tidak perlu mengambil isu ini sebagai senjata politik kerana ia akan mengganggu keseluruhan majoriti Islam di negara ini.[6]
Kritikan
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini tidak memberikan konteks yang mencukupi kepada yang tidak kenal dengan subjek ini. |
Dr. Fathul Bari mendapat kritikan pedas dan nasihat berhikmah daripada dua orang tokoh Islam di Malaysia iaitu al-Ustaz Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti negeri Perlis semasa program Wacana Perdana di Kelantan atas kontroversi politik beliau [7] dan Ulama' Hadits dan Dakwah unggul di Malaysia iaitu Syeikh Maulana al-Ustaz Haji Abdul Hamid Chin, Mudir di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling, Selangor yang juga mempunyai sanad hadits daripada al-Imam Bukhari sepertimana Ulama Hadits Malaysia lainnya seperti al-Ustaz Dr. Abdul Basit kerana kritis Dr. Fathul Bari ke atas kitab Fadhail Amal karangan Ulama' Hadits, Syeikh Maulana Zakariyya al-Kandahlawi. [8] Bagaimanapun, al-Ustaz Dr. Abdul Basit mengaku bahawa kitab Fadhail Amal ada mengandungi hadis daif dan hadis mauduk. Beliau digesa untuk memohon kemaafan kepada institusi Hadits seluruh Malaysia secara terbuka dan memohon taubat kepada Allah Taala.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Pahang :
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2015)[9]
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Kangar | Fathul Bari Mat Jahya | BN (UMNO) | 15,370 | Zakri Hassan | PN (BERSATU) | 24,562 | 9,192 |
Noor Amin Ahmad | PH (PKR) | 15,143 | ||||||
Nur Sulaiman Zolkapli | GTA (PEJUANG) | 708 | ||||||
Rohimi Shapiee | WARISAN | 417 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Sanglang, Perlis | Fathul Bari Mat Jahya | BN (UMNO) | 3,511 | Mohd Shukri Ramli | PAS | 3,632 | 121 |
Zainudin Yom | BEBAS | 222 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Seminar Siapakah Ahlu al Sunnah Wa-Jamaah
- ^ Fathul Bari setuju saranan umat Islam tolak DAP
- ^ Blog Ust Fathul Bari
- ^ "Web Rasmi Sekretariat Ilmuan Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-05. Dicapai pada 2012-10-05.
- ^ Letter to editor.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-31. Dicapai pada 2013-04-18.
- ^ http://www.youtube.com/watch?v=GVJytd14J1s
- ^ http://www.gotabligh.com/kritiksilapcriticismmistake/ustaz-fathul-bari-menjawab-isu-jamaah-tabligh.html
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".