Pergi ke kandungan

Adibah Amin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adibah Amin

SMJ (Johor)]]
Adibah Amin ketika muda.
Kelahiran
Khalidah Adibah bt Amin

(1936-02-19) 19 Februari 1936 (umur 88)
Nama lainSeri Delima
PekerjaanPendidik, ahli bahasa, wartawan, penulis, pelakon
Kampung asalJohor Bahru
IbuTan Sri Zainon Sulaiman

Khalidah Adibah binti Amin SMJ (lahir 19 Februari 1936) ialah seorang pendidik, ahli bahasa, wartawan, penulis bahasa Melayu serta bahasa Inggeris, dan pelakon Malaysia. Seri Delima merupakan nama penanya. Karya-karyanya termasuk tiga buah novel dalam bahasa Melayu (Bangsawan Tulen, Seroja Masih Di Kolam, Tempat Jatuh Lagi Dikenang) bersama-sama dengan lebih kurang 200 drama radio ("Hanya 10 adalah baik", beliau berkata dengan rendah hati kepada majalah Asiaweek), dan sebilangan cerpen. Dalam bahasa Inggeris, beliau pernah menulis untuk akhbar The Star, tetapi kini paling diingati kerana ruangannya "As I Was Passing" yang ditulis semasa beliau bertugas dengan akhbar New Straits Times. Terbaru, pada November 2006, Adibah melahirkan novel pertamanya di dalam Bahasa Inggeris, "This End of The Rainbow" yang memaparkan kehidupan beberapa orang mahasiswa sekitar tahun 50an. Novelnya "Seroja Masih di Kolam" telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Jepun dengan judul "Surojya No Hana Wa Mada Ike Ni (1986)." Adibah juga turut menterjemahkan beberapa karya sastera penulis Malaysia termasuklah No Harvest But A Thorn tulisan Sasterawan Negara Malaysia, Shahnon Ahmad (judul asal Ranjau Sepanjang Jalan) dan Jungle of Hope tulisan Sasterawan Negara Malaysia, Keris Mas judul asalnya, Rimba Harapan). Sehingga tahun 2006, Adibah masih giat menulis terutamanya artikel-artikel pendidikan di suratkhabar (The STAR).[1][2]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Johor Bahru, Johor, dengan nama Khalidah Adibah bt Amin, ibunya, Tan Sri Zainon Sulaiman atau lebih dikenali sebagai "Ibu Zain" merupakan seorang pejuang kemerdekaan dari penjajah British bersama-sama Tunku Abdul Rahman dalam UMNO, dan tidak mahu ahli-ahli keluarganya hanya bertutur dalam bahasa Inggeris. Ibunya biasa bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anaknya, dan mereka dapat pendidikan awal di sekolah Melayu..[3]

Ketika berumur sepuluh tahun, Adibah dimasukkan ke sekolah bahasa Inggeris. Sekolah itu hanya membenarkan murid-muridnya bertutur dalam bahasa Inggeris. Pada mula-mulanya, beliau menghadapi banyak masalah untuk berbuat demikian, tetapi buku-buku bahasa Inggeris, dengan gambar-gambar yang menarik, menawan hatinya.[4]

Dalam sebuah temu bual dengan majalah Asiaweek pada sekitar 1999, Adibah berkata:

"Saya cinta akan bahasa Inggeris. Anda boleh membuat apa-apa sahaja dengannya. Saya suka akan bahasanya yang tidak kemas. Peraturan-peraturannya tidak tegar. Saya juga tidak kisah tentang ejaannya yang gila. Saya tak nak pembaharuan untuk bahasa itu. Sudah tentu, kesemuanya bergantung kepada bagaimana bahasa itu digunakan. Bahasa itu boleh bersifat penuh gah yang menggerunkan. Bagaimanapun, saya masih lebih cinta akan bahasa Melayu. Apabila saya menulis sesuatu dengan mendalam, ia ternyata ditulis dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggeris, saya hanya menulis dengan cara yang tidak serius kerana bahasa itu merupakan bahasa kedua saya, dan saya tidak suka mencuba dengan bersungguh-sungguh. Hasilnya tidak sebegitu baik seperti yang saya kehendaki."

Pada tahun 1953, Adibah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.[5]

Adibah Amin bersama Anugerah Tokoh Terjemahan Negara 2012 yang diterimanya daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Adibah memulakan kerjayanya sebagai seorang guru pada tahun 1958 ketika berumur 22 tahun di Malay Girls' College, Kuala Lumpur, yang kemudiannya berpindah ke Seremban dan diubah namanya kepada Kolej Tunku Kurshiah. Adibah tidak mengikutnya pindah, tetapi ditukar mengajar di Sekolah Alam Shah, Cheras. Pada tahun 1970, beliau dilantik sebagai Guru Besar di Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur. Beliau kemudian menjadi pensyarah di Maktab Bahasa (sekarang Institut Bahasa), Kuala Lumpur.

Pada tahun 1971, ketika berumur 35 tahun, Adibah menyertai The New Straits Times Press Sdn Bhd (NSTP) sebagai seorang wartawan. Beliau menggunakan kemahirannya dalam bidang bahasa untuk menulis sebagai seorang wartawan. Salah satu hasilnya ialah ruangan "As I Was Passing" yang diminati bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di beberapa negara lain.. Beliau juga pernah bekerja sebagai Ketua Pengarang Berita Harian dan Penasihat Editor Majalah Jelita, kedua-duanya keluaran NSTP.

Pada tahun 1984, Adibah meninggalkan syarikat NSTP untuk menjadi penulis bebas serta mengajar bahasa Melayu. Kemudian, pada awal 1990-an, beliau menyertai akhbar The Star dan tidak lama kemudian, menulis satu siri ruangan pembelajaran bahasa Melayu untuk bahagian akhbar, Pendidikan Star Terbitan Ahad (Sunday Star Education). Antara ruang-ruangnya semasa bertugas akhbar, The Star, ialah:

  • Bahasa Kemas Kini (Bahasa Update)
  • Operasi Sangat Bersih (Operation Squeaky Clean)
  • Datanglah ke Kelas Adibah - Bahasa SPM (Come to Class with Adibah - SPM Bahasa)
  • Datanglah ke Kelas Adibah - Bahasa PMR (Come to Class with Adibah - PMR Bahasa)
  • Datanglah ke Kelas Adibah - Bahasa UPSR (Come to Class with Adibah - UPSR Bahasa).

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Serangan angin ahmar

[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Julai 2010, Badan Amal Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada Adibah yang menderita angin ahmar. Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan bantuan itu bagi menampung kos rawatan fisioterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).[6]

Hasil karya

[sunting | sunting sumber]
  1. Glimpses : cameos of Malaysian life , MPH Group Publishing, 2008.
  2. Rhymes for children , K Publishing Sdn. Bhd., 2008.
  3. As I was passing II , MPH Group Publishing, 2007.
  4. Bagaimana mengurus prestasi : 24 pengajaran bagi meningkatkan prestasi / Robert ,McGraw-Hill (Malaysia), 2006.
  5. Mengurus atur di tempat kerja : 24 pengajaran untuk menetapkan matlamat,menentukan keutamaan,dan mengurus masa anda / Kenneth Zeigler; penyunting : Adibah Amin ; penterjemahan : Leo Ann Mean ,Zeigler, Kenneth , McGraw-Hill (Malaysia), 2006.
  6. Panduan kejayaan jualan : 20 pengajaran untuk membuka dan menutup jualan sekarang / Linda Richardson; penyunting : Adibah Amin ; penterjemahan : Leo Ann Mean : McGraw-Hill (Malaysia), 2006.
  7. As I was passing , MPH Group Pub., 2006
  8. Menjayakan pasukan : 24 pengajaran untuk menjayakan kerjasama / Michael Maginn ; penterjemah Leo Ann Mean ; penyunting Adibah Amin Maginn, Michael , McGraw-Hill, 2006.
  9. Bagaimana memotivasikan setiap pekerja : 24 taktik terbukti bagi menyemarakkan produktiviti di tempat kerja / Anne Bruce, penterjemah : Leo Ann Mean, penyunting : Adibah Amin ,Bruce, Anne ,McGraw-Hill Education, c2005.
  10. Menghadapi orang bermasalah : 24 pengajaran untuk memperlihatkan yang terbaik dalam semua orang / Dr. Rick Brinkman & Dr. Rick Kirschner, penterjemah : Leo Ann Mean, penyunting : Adibah Amin :McGraw-Hill Education, c2005.
  11. Panduan pengurus baru : 24 pengajaran bagi menguasai peranan baru anda / Morey Stettner, penterjemah : Leo Ann Mean, penyunting : Adibah Amin dll , McGraw-Hill Education, c2005.
  12. Panduan untuk pemimpin : 24 pengajaran bagi kepemimpinan luar biasa / John H. Zenger, Joseph Folkman, penterjemah : Leo Ann Mean, penyunting : Adibah Amin dll ,McGraw-Hill Education, c2005.
  13. Grammar builder : a remedial guidebook for students of English Book 3 ,bersama Farida J. Ibrahim, Adibah Amin, Rosemary Eravelly, Cambridge University Press, 2002.
  14. Glimpses : cameos of Malaysian life , Ericane & Webb, c2002.
  15. Grammar builder : a remedial guidebook for students of English; Book 4 / Farida J. Ibrahim, Adibah Amin, Rosemary Eravelly. ,Cambridge University Press, 2002.
  16. Brainless Sang Bedal , Khadijah Hashim ; Terjemahan Adibah Amin, K Publishing, 2001.
  17. The lucky gong / Khadijah Hashim ; Terjemahan Adibah Amin, K Publishing, 2001.
  18. Ungrateful Sang Bedal / Khadijah Hashim ; Terjemahan oleh Adibah Amin, K Publishing, 2001.
  19. A big feast / Khadijah Hashim, terjemahan oleh Adibah Amin,K Publishing, 2001.
  20. The sky is going to fall / Khadijah Hashim ; terjemahan oleh Adibah Amin, K Publishing, 2001.
  21. Jungle of hope / Keris Mas ; terjemahan oleh Adibah Amin ,DBP, 2000.
  22. Utamakan yang utama : untuk hidup, menyayangi, belajar, meninggalkan warisan / Stephen R. Covey, A. Roger Merrill, Rebecca R. Merrill ; penterjemah, Leo Ann Mean ; penyunting, Adibah Amin :Prentice Hall Malaysia, 1998.
  23. Come to class with Adibah PMR Bahasa ,Star Publications, c1998.
  24. Come to class with Adibah Amin : SPM Bahasa , STAR Publications , 1997.
  25. Tujuh tabiat orang yang amat berkesan : memulihkan etika akhlak / Stephen R. Covey ; penterjemah : Leo Ann Mean ; penyunting : Adibah Amin ,Prentice Hall ; Simon & Schuter, 1996.
  26. Tempat jatuh lagi dikenang [rakaman suara] / Adibah Amin ; bacaan Ras Adiba Radzi :DBP,1996.
  27. Daim : the man behind the enigma / Cheong Mei Sui, Adibah Amin ,Pelanduk Publications, 1995.
  28. Selected plays by Usman Awang / Usman Awang,DBP, 1995.
  29. Melawat pasar malam , Longman Malaysia, 1993.
  30. Jangan tebang pokok saya / Adibah Amin; Beatrice Abraham dan Faridah Ibrahim,Longman Malaysia, 1993.
  31. Putera berjiwa rakyat / Adibah Amin, Beatrice Abraham dan Faridah Ibrahim,Longman Malaysia, 1993.
  32. Asian folk tales , Adibah Amin, Farida Ibrahim, Beatrice Thiyaga Rajah,DBP,1993
  33. Puteri Ratna yang bijak / Adibah Amin , Beatrice Abraham dan Farida Ibrahim, Longman Malaysia, 1993.
  34. Limbang / Adibah Amin, Beatrice Abraham dan Faridah Ibrahim,Longman Malaysia, 1993.
  35. Warisan nusa : Shell book of Malaysian heritage / Ilse Noor ; terjemahan oleh Adibah Amin,Pustaka Cipta, 1991
  36. Sebelum terlewat / Aurelio Peccei, Daisaku Ikeda ; diterjemahkan oleh Adibah Amin,Fajar Bakti, 1988.
  37. Perkembangan politik / Adibah Amin, Gilbert Khoo,Pelanduk Publications, 1987.
  38. Perkembangan politik, Pelanduk Publications, 1987.
  39. Perkembangan kemasyarakatan / Adibah Amin, Gilbert Khoo,Pelanduk Publications, 1987.
  40. Pencampuran British / Adibah Amin dan Gilbert Khoo,Pelanduk Publications, 1987.
  41. Peperangan Di Johor, Pelanduk Publications, 1987.
  42. Epik-epik Sabah dan Sarawak, Pelanduk Publications , 1987.
  43. Tokoh-tokoh menentang British:Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd., 1987.
  44. Bahtera hitam di Melaka / Adibah Amin, Gilbert Khoo: Pelanduk Publications, 1987.
  45. Tak kenal maka tak cinta : Bimbingan Bahasa Malaysia ,Pustaka Cipta ; 1986.
  46. Tempat jatuh lagi dikenang ,DBP,1985
  47. Pulang gadisku pulang : kumpulan drama radio / Adibah Amin dan Habsah Hassan :DBP, 1977.
  48. No harvest but a thorn / Shahnon Ahmad; Terjemahan oleh Adibah Amin: Oxford University Press, 1972.
  49. This End of the rainbow: The Phooenix Press; 200?
  50. Malaysian tales: Ladybird Books , (19??).
  51. Belanda menceroboh Melaka.
  52. Sharpen up Bahasa Malaysia: Federal,
  53. Come to class with Adibah: UPSR Bahasa : Star,
  54. Sharpen up your Bahasa Malaysia : Federal
  55. Tokoh-tokoh menentang British
  56. Perkembangan ekonomi
  57. Percampuran British.
  58. Perkembangan ekonomi
  59. Tokoh-tokoh menentang British
  60. Perkembangan politik.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "From Zero to Hero". This End of the Rainbow. Dicapai pada 28 March 2015.
  2. ^ "Amin, Adibah (1936–)". Encyclopedia.com. Dicapai pada 28 March 2015.
  3. ^ "As I was Passing by Adibah Amin". Taylor's Library. Dicapai pada 28 March 2015.
  4. ^ Amin, Adibah (2006). This End of the Rainbow: A Novel. Phoenix Press. ISBN 978-983-42627-6-1.
  5. ^ A. F. Yassin Ahmad Fadzli Yassin.Sembang sastera bersama orang persuratan. Shah Alam: Fajar Bakti, 1998
  6. ^ "BAKTI serah sumbangan hargai jasa Adibah Amin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-23. Dicapai pada 2010-07-21.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]