Oud
Oud (Arab: عود ʿūd, kata jamak: أعواد a'wād;[1] bahasa Assyria: ܥܘܕ ūd) ialah alat muzik bertali berbentuk pear yang sering digunakan dalam muzik Afrika Utara (Chaabi, muzik klasik al-Andalus) dan muzik Timur Tengah. Pembinaan oud sama seperti lut,[2] namun mudah dikenali dengan ketiadaan fret dan tengkuk yang lebih kecil.
Ia seleluhur dengan alat lut yang lebih dijumpai di benua Eropah; bahkan boleh dianggap sebagai asas kepada alat gitar yang lebih moden.[3]
Nama
[sunting | sunting sumber]Asal usul nama oud (dan rakan etimologinya lute) tidak dapat dipastikan, namun perkataan Arab العود (al-ʿūd) merujuk kepada sekeping kayu nipis mirip jerami baik kering atau basah (كل خشبة، دقيقةً كانت أَو غليظةٌ، ورطبةً كانت أَو يابسةً);[1] ia boleh merujuk kepada sebagai alat pemetik yang lazim digunakan semasa bermain, jalur-jalur kayu nipis di bahagian belakang, atau kepada papan suara kayu yang membezakannya daripada alat bertali serupa yang menggunakan kulit haiwan.[4]
Pengkajian baharu oleh Eckhard Neubauer ada mencadangkan bahawa oud mungkin serapan perkataan bahasa Parsi rud yang bermaksud "tali" atau "alat bertali".[5][6]
Ia turut diberi nama setempat dalam bahasa-bahasa berikut:
- Yunani: ούτι ;
- Parsi: بربط barbat;
- [ud or ut] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan);[7]
- Bahasa Armenia: ուդ ,
- Bahasa Azeri: ud;
- Bahasa Somali: cuud 𐒋𐒓𐒆, kaban 𐒏𐒖𐒁𐒖𐒒
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Catatan bergambar yang paling awal tentang lut terdapat pada zaman Uruk di selatan Mesopotamia (bandar Nasiriyah moden). Catatan terdapat pada mohor berbentuk silinder yang lebih 5000 tahun lamanya dan kini disimpan di Muzium British.[8]
Orang bangsa Turki kuno juga memiliki peralatan yang sama yang dikenali sebagai kopuz. Alat ini dipercayai memiliki kuasa magis dan dibawa bersama ke medan peperangan dan digunakan dalam pancaragam tentera. Ini dicatatkan dalam pahatan tugu Göktürk. Pancaragam tentera kemudiannya diguna dalam tentera Turki yang lain dan seterusnya oleh orang Eropah.[9] Mengikut ahli muzik Çinuçen Tanrıkorur oud moden dikembangkan oleh orang Turki Asia Tengah daripada kopuz dan bilangan talinya ditambah.
Cara bermain
[sunting | sunting sumber]Memegang
[sunting | sunting sumber]Oud dipegang sama seperti gitar dengan muka berlubangnya membelakangi pemain. Besarnya berat alat ini mengharuskan ia disokong semasa bermain; jika pemain lebih mahir dengan tangan kanan, lengan tangan tersebut memegang dasar alat dilapik paha kanan sambil tangan kiri memegang leher oud,[10] dan begitulah sebaliknya. Selain itu, pemain lazim duduk bersila atau di atas kerusi untuk menampung alat ini dengan selesanya. Jari-jari tangan yang memegang dasar alat juga perlu dipastikan mampu mencapai tali
Pergerakan tangan yang memetik tali alat hanya boleh dihadkan kepada sekitar pergelangan tangan sahaja mengepit alat pemetik.[11]
Menala
[sunting | sunting sumber]Alat ini mempunyai beberapa cara penalaan berbeza yang dikenakan sebelum dapat dimainkan:
- Cara Arab: D2 G2 A2 D3 G3 C4 (tali tunggal) atau D2 G2-G2 A2-A2 D3-D3 G3-G3 C4-C4 (tali kembar)[12][13] mengikut gaya lama; C2 F2 A2 D3 G3 C4 ikut gaya baru, and some use a higher pitch tuning, F A D G C F
- Cara Turki: gaya "Bolahenk" - C#2 F#2 B2 E3 A3 D4 (tali tunggal) atau C#2, F#2 F#2, B2 B2, E3 E3, A3 A3, D4 D4 (tali kembar).[12][13] C2 dan F2 dalam urutan ini ditala 1/4 tinggi dari nada c atau f dalam sistem ini.[12][13]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "تعريف و معنى العود" [Takrif dan makna 'al-`ud']. Al-Maany (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 26 Oktober 2020.
- ^ Mottola, R.M. (Summer, Fall 2008). "Constructing the Middle Eastern Oud with Peter Kyvelos". American Lutherie (94, 95). Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Summerfield, Maurice J. (2003). The Classical Guitar, Its Evolution, Players and Personalities Since 1800 (5th ed.) Blaydon on Tyne: Ashley Mark Publishing. ISBN 1-872639-46-1
- ^ During, Jean. "'Barbat'". Encyclopedia Iranica. Dicapai pada 17 April 2011.
- ^ Douglas Alton Smith. A History of the Lute from Antiquity to the Renaissance. p. 9. Lute Society of America (LSA), 2002. ISBN 0-9714071-0-X.
- ^ "Asian Music Tribal Music of India, 32, 1, Fall, 2000/ Winter, 2001". Utexas.edu. Dicapai pada 2010-12-23.
- ^ Güncel Türkçe Sözlük'te Söz Arama Diarkibkan 2007-03-11 di Wayback Machine (Turki)
- ^ MITRA JAHANDIDEH, SHAHAB KHAEFI, AHANALI JAHANDIDEH, MASOUD KHAEFI, "Using the Root Proportion to Design an Oud", Department of Music, Faculty of Fine Art, Tehran University, Tehran, IRAN, http://www.wseas.us/e-library/conferences/2010/Iasi/AMTA/AMTA-05.pdf. External link in
|work=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Fuad Köprülü, Türk Edebiyatında İlk Mutasavvıflar (First Sufis in Turkish Literature), Ankara University Press, Ankara 1966, pp. 207, 209.; Gazimihal; Mahmud Ragıb, Ülkelerde Kopuz ve Tezeneli Sazlarımız, Ankara University Press, Ankara 1975, p. 64.; Musiki Sözlüğü (Dictionary of Music), M.E.B. İstanbul 1961, pp. 138, 259, 260.; Curt Sachs, The History of Musical Instruments, New York 1940, p. 252.
- ^ Kontanis, Mavrothi T. (2008). "Posture". Oud Cafe. Dicapai pada 27 Oktober 2020.
- ^ Kontanis, Mavrothi T. (2008). "Right Hand Basics". Oud Cafe. Dicapai pada 27 Oktober 2020.
- ^ a b c "Stringed Instrument Database N-O". stringedinstrumentdatabase.aornis.com. Dicapai pada 8 August 2018.
- ^ a b c Parfitt, David. "Tuning the oud". oudipedia.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-13. Dicapai pada 8 August 2018.