Pergi ke kandungan

Bahasa Jawa Kuno

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Jawa Kuno
Bhāṣa Jawa
KawasanJawa Tengah, Jawa Timur, Madura, dan Bali
PupusBerkembang menjadi Bahasa Jawa Pertengahan menjelang abad ke-13
Bahasa Austronesia
  • Bahasa Jawa Kuno
Kod bahasa
ISO 639-2
ISO 639-3
Map

Bahasa Jawa Kuno ialah fasa perkembangan bahasa Jawa yang tertua dan pernah dituturkan di kawasan-kawasan yang kini dikenali sebagai Jawa Tengah serta seluruh Jawa Timur. Ia merupakan salah satu daripada bahasa-bahasa Austronesia dan agak serupa dengan Bahasa sunda.

Bukti penulisan bahasa Jawa Kuno yang terawal dapat dijumpai ialah Batu Bersurat Tarumanegara yang bertarikh 450 Masihi di Jawa, namun bukti tertua yang ditulis secara menyeluruh dalam bahasa Jawa ialah Batu Bersurat Sukabumi yang bertarikh 25 Mac 804. Batu bersurat yang ditemui di Kecamatan Pare, Kabupaten Kediri, Jawa Timur ini sebenarnya merupakan salinan daripada versi asal yang wujud sekitar 120 tahun lebih awal, namun hanya salinan ini sahaja masih wujud. Kandungannya adalah berkenaan dengan pembinaan sebuah empangan di sebatang terusan pengairan berhampiran Sungai Śrī Hariñjing (pada masa kini dikenali sebagai Srinjing). Batu bersurat ini merupakan batu bersurat yang terakhir ditulis dalam tulisan Pallava, dengan semua batu-batu bersurat pada masa yang kemudian ditulis dalam tulisan Jawa (Hanacaraka).

Perkembangan

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Jawa Kuno tidaklah statik, dengan penggunaanya merangkumi sekitar 500 tahun, iaitu sejak batu bersurat Sukabumi (kk. 804 Masihi) sehingga pengasasan empayar Majapahit pada 1292. Bahasa Jawa yang dituturkan dan ditulis pada zaman Majapahit adalah lebih rapat dengan bahasa Jawa Moden kerana telah menjalani sesetengah perubahan.

Asal Austronesia

[sunting | sunting sumber]

Pengaruh bahasa Austronesia yang paling penting kepada Bahasa Jawa Kuno ialah warisan perbendaharaan kata, struktur ayat, dan tatabahasa yang dikongsiknya dengan bahasa-bahasa menjadi di Asia Tenggara.

Pengaruh Sanskrit

[sunting | sunting sumber]

Hampir kesemua pengaruh linguistik bahasa-bahasa India yang ada pada Bahasa Jawa Kuno merupakan pengaruh Sanskrit secara keseluruhannya, dengan hampir tidak terdapatnya sebarang pengaruh unsur India bukan Sanskrit, berbanding dengan, misalnya, bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Sanskrit mempunyai kesan yang mendalam pada perbendaharaan kata bahasa Jawa. Kamus bahasa Jawa - bahasa Inggeris yang disusun oleh profesor P.J. Zoetmulder pada tahun 1982 mengandungi sekitar 25,500 kata masukan, dengan tidak kurang daripada 12,500 (49%) antaranya merupakan kata pinjaman Sanskrit. Jelasnya, jumlah yang besar itu tidak merupakan petunjuk kepada penggunaannya, tetapi ia masih menunjukkan bahawa orang Jawa Kuno tahu akan perkataan Sanskrit itu dan menggunakannya dalam karya kesusasteraan mereka. Sekitar 25% daripada perbendaharaan kata di dalam mana-mana satu karya kesusasteraan Jawa Lama berasal daripada bahasa Sanskrit.

Walaupun bahasa Sanskrit amat mempengaruhi Bahasa Jawa Kuno, Bahasa Jawa Kuno tetap merupakan salah satu daripada bahasa-bahasa Austronesia. Sesungguhnya, bahasa Sanskrit masih mempengaruhi bukan sahaja perbendaharaan kata bahasa Jawa Kuno, tetapi juga ke atas fonologinya. Misalnya, bahasa Jawa mengandungi konsonan gelungan yang mungkin berasal daripada bahasa Sanskrit. Bagaimanapun, dakwaan itu telah dipertikaikan oleh banyak ahli linguistik yang memegang pandangan bahawa konsonan tersebut mungkin juga merupakan suatu perkembangan yang berasingan dalam keluarga bahasa Austronesia.

Perbendaharaan kata

[sunting | sunting sumber]

Satu soalan berkait ialah bentuk kosa kata Sanskrit yang dipinjam oleh Bahasa Jawa Kuno. Kata pinjaman Sanskrit dalam Bahasa Jawa Kuno hampir selalu merupakan kata nama dan kata sifat dalam bentuk yang akhir katanya tidak berubah (Sanskrit lingga). Sebuah senarai kata yang mengandungi 200 perkataan asas bahasa Jawa Kuno dan yang memiliki sebilangan kata pinjaman tersebut disediakan di Pangkalan Data Perbendaharaan Kata Asas (Diarkibkan 2010-05-27 di Wayback Machine).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • (Belanda) Petrus Josephus Zoetmulder, 1950, De Taal van het Adiparwa, Bandung: Nix
  • (Inggeris) Petrus Josephus Zoetmulder, 1982, Old Javanese-English Dictionary, The Hague: Martinus Nijhoff. 2 v. (xxxi, 2368 p.) In collaboration with S.O. Robson. ISBN 9024761786
  • (Indonesian) Petrus Josephus Zoetmulder, 1995, Kamus Jawa Kuna-Indonesia In collaboration with S.O Robson. Translators, Darusuprapta, Sumarti Suprayitna. Jakarta: Hasil kerja sama Perwakilan Koninklijk Instituut voor Taal, Land-, en Volkenkunde dengan Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama, 1995. 2 v. ; 1. A-0 -- 2. P-Y.
  • (Inggeris) Teeuw, A. and S.O. Robson.2005 edited and translated Bhomāntaka : the death of Bhoma Leiden: KITLV Press, Series:Bibliotheca Indonesica; 32. ISBN 9067182532

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • L. Mardiwarsito; Sri Suksesi Adiwimarta; Sri Timur Suratman (1992). Kamus Indonesia-Jawa Kuno. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. ISBN 979-459-361-3.