1 Ogos
Penampilan
(Dilencongkan daripada 1 Agustus)
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
1 Ogos merupakan hari ke-213 (hari ke-214 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 152 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 30 SM – Octavian (kemudian dikenali sebagai Augustus) memasuki Alexandria, Mesir, meletakkan ia di bawah pemerintahan Republik Rom.
- 69 – Pemberontakan Batavia: Orang Batavi di pedalaman Germania (Belanda) memberontak ke atas kepimpinan Gaius Julius Civilis.
- 527 – Justinian I meenjadi pemerintah tunggal Empayar Byzantine.
- 607 – Ono no Imoko dilantik sebagai duta ke istana Sui di China (Tradisional tarikh Jepun: 3 Julai, 607).
- 902 – Taormina, kubu terakhir Byzantine di Sicily, ditawan oleh tentera Aghlabid, menamatkan penaklukan Muslim di Sicily.
- 1203 – Isaac II Angelos, memulihkan semula Maharaja Rom Timur, mengistiharkan anak lelaki beliau Alexios IV Angelos sebagai maharaja bersama selepas ditekan oleh tentera dari Perang Salib Keempat.
- 1291 – Konfederasi Swiss Tua dibentuk dengan selepas Piagam Persekutuan ditandatangani.
- 1469 – Louis XI dari Perancis menerima orde kesatriaan kemudian dikenali sebagai Orde Saint Michael di Amboise.
- 1498 – Christopher Columbus menjadi orang Eropah pertama yang melawat tanah yang kini dikenali sebagai Venezuela.
- 1620 – Kapal Speedwell meninggalkan Delfshaven untuk membawa penziarah ke Amerika melalui England.
- 1664 – Tentera Uthmaniyyah dikalahkan dalam pertempuran Saint Gotthard oleh sepasukan tentera Austria yang dipimpin oleh Raimondo Montecuccoli, mengakibatkan Perdamaian Vasvár.
- 1714 – George, Elector dari Hanover, menjadi Raja George I dari Great Britain, menandakan permulaan era George dalam sejarah Britain.
- 1715 – Akta Rusuhan dikuatkuasakan di England.
- 1759 – Perang Tujuh Tahun: Pertempuran Minden, sebuah persekutuan tentera Anglo-Jerman menang ke atas Perancis. Di Britain, kejadian ini merupakan satu daripada beberapa peristiwa yang menghasilkan Annus Mirabilis 1759 dan dirayakan sebagai Hari Minden oleh beberapa rejimen Tentera Darat Britain.
- 1774 - Joseph Priestley (gambar) menemui gas oksigen, mentahkikkan penemuan unsur kimia ini oleh Carl Wilhelm Scheele sebelumnya.
- 1798 - Perang Revolusi Perancis: Pertempuran Sungai Nil bermula di antara angkatan laut Perancis pimpinan Laksamana Madya François-Paul Brueys d'Aigalliers dan armada British pimpinan Laksamana Muda Horatio Nelson.
- 1927 - Perang Saudara China: Tentera Komunis merampas kawalan bandar Nanchang daripada Kuomintang.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Tentera Tanah Air Poland bangkit menentang pendudukan Jerman Nazi.
- 1981 - Saluran televisyen kabel MTV, saluran video khusus pertama untuk muzik, muncul dengan video muzik lagu Video Killed the Radio Star oleh The Buggles.
- 2007 - Jambatan Sungai Mississippi I-35W yang merentangi Sungai Mississippi di Minneapolis, Minnesota runtuh (gambar) ketika waktu sibuk, mengorbankan 13 nyawa.
- 2013 - Spesies primat baharu, lemur kerdil Lavasoa, ditemui di Madagaskar.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1949 - Kurmanbek Bakiyev, Presiden Kyrgyzstan ke-3
- 1995 - Rika Alfiany, ahli Teenebelle
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1944 - Manuel L. Quezon, Presiden Filipina ke-2
- 2009 - Corazon Aquino, Presiden Filipina ke-11
- 2017 - Pushpa Mittra Bhargava, seorang saintis dari India.