Ahmad Amzad Hashim
Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim PMW (WP) | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Terengganu, Terengganu | |
Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad |
Majoriti | 47,266 (PRK 2023) 40,907 (PRU-15) 14,773 (PRU-14) |
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Adham Baba |
Digantikan oleh | Arthur Joseph Kurup |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Menteri | Khairy Jamaluddin Abu Bakar |
Didahului oleh | Isnaraissah Munirah Majilis |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim 15 Januari 1970 Hospital Besar Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan |
|
Anak | 9 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Gaji | RM61,779.43 sebulan[1] |
YB Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (lahir 15 Januari 1970) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Pada 27 Jun 2023, jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Negeri Terengganu akibat terdapat unsur rasuah dan sogokan pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15. Kes ini dipetisyenkan oleh calon parlimen Kuala Terengganu dari pihak BN iaitu Datuk Mohd Zubir Embong. [2]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 15 Januari 1970, di Hospital Besar Kuala Terengganu (HBKT) dan berasal dari Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu. Beliau mendirikan rumah tangga kali pertama dengan Allahyarhamah Cikgu Datin Hajah Suriati Abidin pada 1992. Pada 12 Februari 2016, Hajah Suriati meninggal dunia akibat kanser pankreas.[3] Kemudian, Haji Amzad berkahwin semula dengan Datin Dr. Nur Diana Ahmad Takri pada 2017. Haji Amzad kini mempunyai 9 orang anak, 5 lelaki 4 perempuan.
Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), sekolah yang sudah berstatus elit pada waktu itu di Terengganu dan merupakan lulusan ijazah sarjana muda perakaunan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Setelah selesai pembelajaran beliau, beliau mencipta nama beliau di dalam bidang perkapalan bersama MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Urusan dari tahun 1995 sehingga 2004, mengangkat nama syarikat tersebut hingga dikenali di mata Asia Tenggara. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah MSET Engineering Corporation Sdn. Bhd. (1998-2006), Pengarah Eksekutif Crucial Malaysia Sdn. Bhd. (2007-2014) dan Pengerusi Norstar Technology Sdn Bhd. (2004-2019). Pada tahun 2018, beliau dilantik sebagai Pengerusi Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn. Bhd.
Selain itu, beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan badan bukan berkanun (NGO). Antara jawatan yang dipegang adalah Penasihat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Terengganu, Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), Timbalan Pengerusi Sekretariat Tuntutan Royalti Petroleum Terengganu dan pengasas serta Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu (2000).
Semasa berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), beliau bertanggungjawab membangunkan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Kerangka 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE). Beliau bertindak sebagai Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebagai salah seorang ahli dalam Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 di peringkat Persekutuan.
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau aktif dalam PAS dan kini dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Kuala Terengganu, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu.
Pada Pilihanraya Umum Ke-14 tahun 2018, Beliau telah terpilih sebagai calon Parlimen Kuala Terengganu bagi mewakili Parti Islam Se Malaysia (PAS). Beliau menang majoriti undi sebanyak 42,988 berbanding calon Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail, 28,215 dan calon dari Parti Harapan, Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Terengganu, mantan ahli parlimen Kuala Terengganu, sebanyak 15,380.
Pada Pilihanraya Umum Ke-15 tahun 2022, beliau berjaya mempertahankan kerusi dengan majoriti 40,907 undi setelah mendapat 63,016 undi, mengetepikan tiga lagi pencabarnya termasuk dua nama besar iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Mohd Zubir Embong daripada Barisan Nasional (BN) selain calon PEJUANG, Mohamad Abu Bakar Muda yang kali pertama mencuba nasib. Dalam 'pertempuran' empat penjuru itu, Mohd Zubir memperoleh 22,109 undi, Raja Kamarul Bahrin Shah mendapat 10,946 undi manakala Mohamad Abu Bakar memperoleh 481 undi.
Isu dan tengkarah
[sunting | sunting sumber]Pembatalan kemenangan pilihan raya 2022
[sunting | sunting sumber]Pada 27 Jun 2023, jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Negeri Terengganu akibat terdapat unsur rasuah dan sogokan pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15. Kes ini dipetisyenkan oleh calon parlimen Kuala Terengganu dari pihak BN iaitu Datuk Mohd Zubir Embong.[2]
Anugerah & pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Wilayah Persekutuan :
- Panglima Mahkota Wilayah (PMW) – Datuk (2021)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ a b "Mahkamah batal kemenangan Ahmad Amzad". Utusan Malaysia. 27 Jun 2023. Dicapai pada 28 Jun 2023.
- ^ Wartawan BO Isteri Haji Amzad Meninggal Dunia BuletinOnline
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1970
- Muslim Malaysia
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15