Pergi ke kandungan

Aktivis pemegang saham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Aktivisme pemegang saham)

Aktivis pemegang saham merujuk kepada seseorang yang menggunakan pemilikan sahamnya dalam sebuah syarikat untuk mencipta tekanan awam kepada pihak pengurusan syarikat tersebut. Sasaran para aktivis pemegang saham berbeza-beza, dari kewangan (peningkatan nilai pemegang saham melalui perubahan polisi syarikat, struktur pembiayaan, pemotongan biaya, dan lain-lain) hingga ke bukan-kewangan (penyahlaburan dari negara-negara tertentu, pengambilan polisi yang mesra lingkungan, dan lain-lain). Daya tarik aktivisme pemegang saham terletak pada murahnya biaya yang diperlukan. Dengan penguasaan saham yang sangat kecil (kurang dari 10% jumlah saham yang beredar), sudah dibolehkan untuk melancarkan suatu kempen yang berjaya. Sebagai perbandingan, pengambilalihan secara penuh (full take over) suatu syarikat adalah upaya yang jauh lebih mahal dan sulit untuk dilakukan.

Aktivisme pemegang saham telah menjadi semakin terkenal seiring dengan meningkatnya kompensasi untuk pihak pengurusan pada banyak syarikat awam, serta dengan kecendrungan meningkatnya baki kas pada laporan timbangan di syarikat-syarikat.

Aktivisme pemegang saham timbul dalam bentuk beberapa kegiatan, antara lain perang mandat (proxy battle), kempen publisitas, keputusan (resolusi) rapat umum pemegang saham, litigasi, dan negosiasi dengan pengurusan. Dengan bertambahnya popularitas Internet, pemegang saham yang lebih kecil juga memperoleh jalan keluar untuk menyuarakan pendapat mereka. Pemegang saham kecil antara lain dapat menciptakan sebuah petisi online untuk memprotes polisi syarikat.

Aktivis pemegang saham terkenal

[sunting | sunting sumber]

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ World Magazine: "David versus Goliaths" [1]. Vol. 23, No. 14. Diakses 27 Oktober 2008.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]