Pergi ke kandungan

Daerah Pakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pakan
Map
Lokasi daerah Pakan
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianSarikei
Pusat pentadbiranPakan
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Maradong dan Julau
Keluasan
 • Jumlah924 km2 (357 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah15,462
 • Kepadatan17/km2 (43/batu persegi)
Poskod
96xxx

Pakan merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah pekan Pakan.

Daerah Pakan dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 924 kilometer persegi. Daerah ini juga mempunyai jumlah penduduk seramai 15,462 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat berbangsa Iban.

Pakan pada mulanya merupakan sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran daerah Julau sejak tahun 1973. Pada 1 Mac 2002, Pakan dengan rasminya telah dinaik taraf kepada sebuah daerah penuh dan diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei.[2]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah Pakan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Pakan yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Sarikei. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Maradong dan Julau.

Daerah Pakan diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pakan (N47) dan Meluan (N48) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Julau (P209).

Daerah Pakan terletak di tengah negeri Sarawak, dan di selatan bahagian Sarikei. Daerah Pakan bersempadan dengan daerah Meradong di utara, daerah Julau di timur, daerah Betong di selatan, daerah Saratok di barat dan daerah Sarikei di barat laut.

Daerah Pakan mempunyai keluasan kira-kira 924 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 665 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rata dan mendatar di bahagian utara manakala di bahagian selatan daerah ini merupakan kawasan tanah tinggi dan berbukit. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Sungai Julau dan Sungai Pakan.

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
201015,139—    
202015,462+2.1%
Sumber: [1]
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Iban
  
95.6%
Cina
  
1.9%
Bumiputera lain
  
1.3%
Melayu
  
0.9%
Lain-lain
  
0.3%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Pakan ialah seramai 15,462 orang dengan kepadatan penduduk 17 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 3 377 isi rumah dengan 4,502 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Meradong merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan kedua terbesar diikuti penduduk berbangsa Melayu. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 57 orang.[3][4]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 100
Bumiputera lain 15,068
Cina 199
Lain-lain 38
Bukan warganegara - 57
Jumlah 15,462
Agama di Pakan - Banci 2020
Agama Peratusan
Kristian
  
88.3%
Tidak beragama
  
8.9%
Islam
  
1.3%
Lain-lain
  
1.1%
Buddha
  
0.4%

Di daerah Pakan, sebahagian besar penduduk menganut agama Kristian dengan peratusan lebih 88 peratus. Penduduk tidak beragama atau Ateisme membentuk kelompok kedua terbesar di daerah ini dengan peratusan lebih lapan peratus dari jumlah penduduk. Terdapat juga penduduk beragama lain seperti Islam dan Buddha yang membentuk kumpulan minoriti dengan peratusan dua satu peratus.

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Kristian 13,654
Tidak beragama 1,378
Islam 204
Lain-lain 164
Buddha 62
Jumlah 15,462
  1. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  2. ^ "Profail Daerah Pakan - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sarikei". sarikei.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-19.
  3. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  4. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.