Kerajaan Pagan
Kerajaan Pagan ပုဂံခေတ် | |||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
849–1297 | |||||||||||||||||||
Status | Kerajaan | ||||||||||||||||||
Ibu negara | Pagan (Bagan) (849–1297) | ||||||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Burma Kuno, Bahasa Mon, Bahasa Pyu | ||||||||||||||||||
Agama | Buddhisme (aliran Theravada dan Mahayana), Animisme | ||||||||||||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||||||||||||
• 1044–77 | Anawrahta | ||||||||||||||||||
• 1084–1112 | Kyansittha | ||||||||||||||||||
• 1112–67 | Sithu I | ||||||||||||||||||
• 1174–1211 | Sithu II | ||||||||||||||||||
• 1256–87 | Narathihapate | ||||||||||||||||||
Badan perundangan | Hluttaw | ||||||||||||||||||
Era Sejarah | Zaman Pertengahan | ||||||||||||||||||
23 Mac 640 | |||||||||||||||||||
23 Disember 849 | |||||||||||||||||||
984 dan 1035 | |||||||||||||||||||
1050s–60s | |||||||||||||||||||
• Kemuncak | 1174–1250 | ||||||||||||||||||
• Serangan Mongol pertama | 1277–87 | ||||||||||||||||||
17 Disember 1297 | |||||||||||||||||||
• Serangan Mongol kedua | 1300–01 | ||||||||||||||||||
Populasi | |||||||||||||||||||
• sekitar 1210 | 1.5 ke 2 juta | ||||||||||||||||||
Mata wang | Kyat perak | ||||||||||||||||||
|
Kerajaan Pagan (Bahasa Burma: ပုဂံခေတ် , disebut [bəɡàɰ̃ kʰɪʔ], juga dieja sebagai Bagan; juga digelar sebagai Empayar/Dinasti Pagan) disifatkan sebagai kerajaan pertama yang memerintah kawasan yang kini ialah Burma (Myanmar). Kerajaan ini berjaya menubuhkan asas kepada bahasa Burma moden serta bertanggungjawab dalam penyebaran aliran Buddha Theravada di kawasan Burma serta tanah besar Asia Tenggara.[1]
Kerajaan ini berkembang daripada sebuah petempatan kecil di Bagan oleh masyarakat Burma (Mranma) yang memasuki lembangan sungai Irawati dari Nanzhao. Petempatan itu secara beransur-ansur menyerap kawasan-kawasan kejiranannya hingga penubuhan empayar Pagan oleh raja Anawrahta. Raja-raja seterusnya membesarkan lagi kawasan pengaruh Pagan hingga ke utara Semenanjung Melayu di selatan, kawasan sungai Salween di timur, kawasan sempadan China moden di utara dan kawasan Arakan di barat. Pagan serta Empayar Khmer bertindak sebagai empayar-empayar utama Asia Tenggara pada abad ke-12 dan ke-13.[2]
Dalam kerajaan Pagan, golongan kaya mendermakan tanah secara bebas cukai kepada golongan agama (sangha).[3] Pendermaan berterusan ini menyebabkan kekurangan tanah bagi tujuan pertanian lalu membawa kepada keretakan kesetiaan para penjawat awam kepada raja disebabkan oleh kekurangan sumber bermula dari pertengahan abad ke-13. Hal ini membawa kepada ketidakstabilan tempatan serta luaran oleh bangsa-bangsa Arakan, Mon, Mongol dan Shan. Pertempuran-pertempuran oleh pihak Mongol (1277–1301) membawa kepada keruntuhan kerajaan Pagan secara keseluruhan. Meskipun begitu, keturunan diraja Pagan kekal memerintah kawasan Burma hingga zaman dinasti terakhir Burma, Konbaung.[4]
Ekonomi kerajaan Pagan adalah berdasarkan pertanian secara majoriti, dengan sedikit unsur perdagangan. Perkembangan sektor pertanian kerajaan Pagan berjaya dalam mengembangkan ekonomi serta jumlah penduduk kerajaan. Selain itu, ketiadaan peperengan juga memainkan peranan dalam pengukuhan ekonomi.[3]
Kerajaan
[sunting | sunting sumber]Kerajaan Pagan adalah berasaskan sistem mandala yang mana kawasan utama ditadbir secara terus oleh pihak pentadbiran manakala kawasan sekitarnya ditadbir sebagai kawasan jajahan (naingngan နိုင်ငံ, [nàiɴŋàɴ], "kawasan dijajah"), dan kekuasaan golongan raja berkurang apabila semakin jauh satu kawasan dari kawasan pusat empayar. Kerajaan Bagan memiliki tiga tahap pentadbiran secara umum, taing (တိုင်း, "provinsi"), myo (မြို့, "pekan"), and ywa (ရွာ, "kampung").[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Sumber
- Aung-Thwin, Michael (1985). Pagan: The Origins of Modern Burma. Honolulu: University of Hawai'i Press. ISBN 0-8248-0960-2.
- Lieberman, Victor B. (2003). Strange Parallels: Southeast Asia in Global Context, c. 800–1830, volume 1, Integration on the Mainland. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-80496-7.