Haim Hilman Abdullah
Haim Hilman Abdullah | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan , Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Menyandang jawatan 21 Ogos 2023 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Jitra | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Mukhriz Mahathir |
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia ke-9 | |
Dalam jawatan 17 Januari 2022 – 18 Januari 2023 | |
Didahului oleh | Ahmad Bashawir Abdul Ghani |
Digantikan oleh | Mohd Fo’ad Sakdan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tanjung Malim, Perak | 4 Februari 1973
Parti politik | (2023-kini) |
Tempat belajar | Universiti Putra Malaysia (2005 - 2009) Universiti Portsmouth (1998-1999) UiTM (1991-1996) |
Dr. Haim Hilman bin Abdullah (lahir 4 Februari 1973) ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia[1] pada Januari 2022 hingga Januari 2023.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Haim Hilman mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Selisek, Hulu Selangor dan Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjung Malim sebelum melanjutkan pengajiannya di peringkat diploma UiTM dan kemudian ke Universiti Portsmouth United Kingdom pada 1996.[2]
Beliau telah memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Portsmouth, United Kingdom. Beliau turut memperoleh ijazah kedoktoran dalam Pengurusan Strategik pada 2010 dari Universiti Putra Malaysia.[1]
Isu dan tengkarah
[sunting | sunting sumber]Tempoh perkhidmatan dipendekkan
[sunting | sunting sumber]Haim Hilman telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia berkuat kuasa pada 17 Januari 2022. Pelantikan beliau dibuat bagi menggantikan Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani yang telah berkhidmat selama tiga tahun.[1] Pada Disember 2022, Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan tempoh perkhidmatan beliau disingkatkan.[3] Menteri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemendekkan tempoh khidmat Haim Hilman disebabkan terdapat aduan membabitkannya.[4]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Kedah :
- Ahli Mahkota Kedah (AMK) (2015)[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Haim Hilman dilantik Naib Canselor baharu UUM". BHarian. 19 Januari 2022. Dicapai pada 21 Julai 2023.
- ^ "PENSYARAH KANAN UUM TERBAIK PhD DI UPM". UUM Sintok. 21 Oktober 2010. Dicapai pada 21 Julai 2023.
- ^ "Tempoh perkhidmatan Haim Hilman selaku NC UUM disingkatkan". BHarian. 20 Disember 2022. Dicapai pada 21 Julai 2023.
- ^ "Tempoh perkhidmatan Haim Hilman dipendekkan kerana ada aduan". Sinar Harian. 6 Februari 2023. Dicapai pada 21 Julai 2023.
- ^ "Carian Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". eservices.kedah.gov.my.