Jamaludin Yahya
Yang Berhormat Tuan Jamaludin Yahya | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pasir Salak, Perak | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Tajuddin Abdul Rahman |
Majoriti | 5,003 (PRU-15) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jamaludin bin Yahya 19 Ogos 1971 Kampung Kepala Pulau, Pasir Salak, Perak, Malaysia |
Parti politik | PAS |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (sejak 2021) |
Pasangan | Pn. Kaazah binti Kamaruddin |
Anak | Muhammad Hilman Safwan
Intan Nursafwanah Intan NurFarhanah Muhammad Haziq Ikhwan Intan Nur Zahraa Safraa Intan Nur Saidatul Izzah Muhammad Aidil Azhiim |
Pekerjaan | Ahli politik, Guru Pendidikan Islam dan Pendakwah |
YB Tuan Jamaludin bin Yahya ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pasir Salak. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Timbalan Yang di-Pertua PAS Kawasan Pasir Salak dan Pemangku Yang di-Pertua PAS Kawasan Pasir Salak.[1]
Kehidupan
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan 19.08.1971 di Kg. Kepala Pulau, Pasir Salak ,Perak. YB Ustaz Jamaludin bin Yahya berumur 51 tahun.Beliau memulakan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Selat Pulau, Pasir Salak,36800 Kampung Gajah, Perak (1978-1983) dan meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak (1984-1986), kemudian belajar di Kolej Islam Klang, Selangor (1987-1988) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang (KISAS), Selangor (1989-1990). selepas tamat STPM, beliau mengajar sementara di Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah, Parit , Perak. Kemudian beliau menyambumg pelajaran di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Semambu, Kuantan, Pahang (1992-1994).YB Ustaz Jamaludin bin Yahya bertemu jodoh dan berkahwin dengan Pn. Kaazah binti Kamaruddin (Pen, Kanan SK Pengkalan Ara, Chend. Balai). YB Ustaz Jamaludin bin Yahya dikurniakan 7 orang anak, 5 orang daripadanya berada di Universiti, seorang di Pusat Matrikulasi Perak dan yang bongsu di Tingkatan 3. Beliau kemudian menjadi guru agama dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Temenggong Datuk Muip, Miri, Sarawak dari tahun 1994 hingga 1999 dan mengajar di SK Pasir Panjang Ulu, Kg. Gajah dari tahun 2000 hingga 2005. Beliau menyambung pelajaran pula di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM) Gombak, Selangor (2005-2008) dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(teaching Arabic as a second language) TAASL dengan kepujian. Beliau kemudian berpindah mengajar di Sekolah Menengah Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak. Beliau juga merupakan imam dan Pengerusi Masjid Ar-Ridzuan , Kg. Kepala Pulau, Pasir Salak Perak.Tempat bertugas terakhir sebagai penjawat awam adalah di Sekolah Menengah Sungai Manik, Teluk Intan, Perak. Beliau bertugas sebagai penjawat awam di dalam bidang pendidikan selama 28 tahun sebelum bergelar Yang Berhormat Ustaz Jamaludin bin Yahya.
Keputusan Pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Undian | Per | Lawan | Undian | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | P073 Pasir Salak, Perak | Jamaludin Yahya (PN-PAS) | 24,897 | 43.66% | Khairul Azwan Harun (BN-UMNO) | 19,894 | 34.89% | 74,761 | 5003 | 76.27% | ||
Nik Omar Nik Abdul Aziz (PH- AMANAH) | 11,693 | 20.51% | ||||||||||
Zairol Hizam Zakaria (GTA-PEJUANG) | 549 | 0.95% |