Dinasti Ayubiyyah
Rencana ini adalah sebahagian dari siri Sejarah Kurd dan Budaya |
---|
Moyang awal |
Sejarah purba |
Sejarah medieval |
Sejarah moden |
Budaya |
Dinasti Ayubiyyah adalah dinasti orang Islam dari bangsa Kurd[1] yang memerintah Mesir, Syria, Yaman (kecuali untuk Pergunungan Utara), Dyarbakr, Makkah, Hijaz dan utara Iraq pada abad ke-12 dan 13. Ayubiyyah juga dikenali sebagai Ayoubites, Ayyoubites, Ayoubides atau Ayyoubides.
Dinasti Ayubiyyah diasaskan oleh Salahuddin Al-Ayubbi (Salah al-Din), di mana, bersama bapa saudaranya Asaduddin Shirkuh, menakluk Mesir untuk Raja Zangi Nur ad-Din dari Damsyik pada 1169. Nama ini datang dari ayah Salahuddin yang juga abang kepada Asaduddin Shirkuh, Najm ad-Din Ayyub. Pada tahun 1171M, Salahuddin berjaya menggulingkan khalifah Khilafah Fatimiyyah terakhir, tetapi dia beransur menjadi renggang dari bekas tuannya. Walaupun Khilafah Fatimiyyah berjaya digulingkan, Salahuddin masih mengahdapi perlawanan dari pengikutnya. Dikatakan bahawa lebih 50000 tentera Sudan memberontak, tetapi berjaya dipatahkan oleh Salahuddin dan Al-Adil. Salahuddin juga terpaksa menghapi pakatan yang terdiri daripada orang [[Sudan],Turkmen,sebilangan kecil Kurdish, pembesar dan panglima Khilafah Fatimiyyah, pasukan Frank dan raja Sicilly di Jerusalem namun pakatan in akhirnya berjaya dikalahkan. Apabila Nur ad-Din meninggal pada 1173M, Salahuddin mengisytiharkan perang terhadap anak lelaki muda Nur ad-Din, As-Salih Ismail, dan menawan Damsyik. Ismail melarikan diri ke Aleppo, di mana dia terus berjuang hingga terbunuhan pada 1181. Selepas ini, Salahuddin mengambil alih kawasan pedalaman sehingga seluruh Syria, dan menakluki Jezirah di Utara Iraq. Pencapaian terhebatnya, adalah mengalahkan tentera salib dalam Pertempuran Hattin dan penaklukan Baitulmaqdis pada tahun 1187M. Salahuddin meninggal pada tahun 1193M, sebaik selepas menandatangani satu perjanjian dengan Richard I dari England yang memberi kawasan pesisiran dari Ascalan ke Antioch kepada kawalan tentera salib.
Berikutan kematian Salahuddin, anak lelakinya jatuh bertengkar atas pembahagian empayar. Anak-anaknya seperti:
•al-Malik Al-Afdal menguasai Damascus dan selatan Syam
Saudara Salahuddin, Al-Adil, menguasai Iraq dan Dyarbakr dan keluarga yang lain menguasai Hama, Baalbek dan Yaman. Dalam perkembangan selanjutnya, saudara Salahuddin, Al-Adil, berjaya dalam mengambil alih atas seluruh empayar. Proses yang sama diulangkan selepas kematian Al-Adil pada tahun 1218M, dan pada anak lelakinya Al-Kamil yang meninggal pada 1238M. Pada tahun 1250M, Turanshah, Sultan Mesir Ayubiyyah terakhir, telah dibunuh dan digantikkan oleh jeneral-hamba Mamluknya Aibek, yang mengasaskan Dinasti Bahri.
Kejatuhan
[sunting | sunting sumber]Dinasti Ayubiyyah mula merosot apabila ia mula bergantung kepada hamba yang dibawa dari Turki dan Mongol sebagai tentera. Hamba-hamba ini mula bertambah kuat dan dikenali sebagai Mamluk, Kekuasaan Ayubiyyah merosot teruk selepas kehilangan Mesir kepada Mamluk pada tahun 1250. Ayubiyyah terus memerintah Damsyik dan Aleppo sehingga tahun 1260 apabila mereka diusir keluar oleh orang Mongol. Kemaraan Mongol bagaimanapun dapat disekat di Ain Jalut oleh tentera Mamluk dan ini menjadikan Mamluk semakin kuat. Tahun berikutnya hampir seluruh Syria jatuh ke tangan Mamluk. Kerajaan Ayubiyyah tempatan terus memerintah sebahagian kecil kawasan Syria seperti Hamah untuk 70 tahun berikutnya sehingga mereka diserap oleh Mamluk.
Sultan Mesir Ayubiyyah
[sunting | sunting sumber]- Salahuddin Al-Ayubbi 1171-1193
- Al-Aziz 1193-1198
- Al-Mansur 1198-1200
- Al-Adil I 1200-1218
- Al-Kamil 1218-1238
- Al-Adil II 1238-1240
- As-Salih Ayyub 1240-1249
- Turanshah 1249-1250
- Al-Ashraf II 1250-1254 (namaannya, sebenarnya Mamluk Aybak yang memerintah)
Sultan Damsyik Ayubiyyah
[sunting | sunting sumber]- Salahuddin Al-Ayubbi 1174-1193
- Al-Afdal 1193-1196
- Al-Adil I 1196-1218
- Al-Mu'azzam 1218-1227
- An-Nasir Dawud 1227-1229
- Al-Ashraf 1229-1237
- As-Salih Ismail 1237
- Al-Kamil 1237-1238
- Al-Adil II 1238-1239
- As-Salih Ayyub 1239
- As-Salih Ismail (kali ke-2) 1239-1245
- As-Salih Ayyub (kali ke-2) 1245-1249
- Turanshah 1249-1250
- An-Nasir Yusuf 1250-1260
Amir Aleppo Ayubiyyah
[sunting | sunting sumber]Amir Hamah Ayubiyyah
[sunting | sunting sumber]- Al-Muzaffar I 1178-1191
- Al-Mansur I 1191-1221
- Al-Nasir 1221-1229
- Al-Muzaffar II 1229-1244
- Al-Mansur II 1244-1284
- Al-Muzaffar III 1284-1299
- Al-Muayyad 1310-1332
- Al-Afdal 1332-1334
Amir Homs Ayubiyyah
[sunting | sunting sumber]Amir Yaman Ayubiyyah
[sunting | sunting sumber]- Al-Mu'azzam Turanshah 1173-1181
- Al-Aziz Tughtegin 1181-1197
- Muizz ud-Din Ismail 1197-1202
- An-Nasir Ayyub 1202-1214
- Al-Muzaffar Sulaiman 1214-1215
- Al-Mas'ud Yusuf 1215-1229
Pemerintah Jezirah Ayubiyyah (Senarai tak lengkap)
[sunting | sunting sumber]- Al-Ashraf 1218-1237
Nota
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Dinasti Ayubiyyah Dinasti Kurd
2.http://wawasansejarah.com/sejarah-dinasti-ayyubiyah/ 3.https://www.britannica.com/topic/Ayyubid-dynasty