Pergi ke kandungan

Kerajaan Beraja Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kerajaan Perancis)
Kerajaan Beraja Perancis
Royaume de France
  • 987–1792
  • 1814–1815
  • 1815–1848
Bendera Perancis
Jata (1589–1790) Perancis
Bendera Jata
(1589–1790)
Cogan kataMontjoie Saint Denis!
Lagu kebangsaanMarche Henri IV
"Marsa Henri IV"
Kerajaan Beraja Perancis pada tahun 1789.
Kerajaan Beraja Perancis pada tahun 1789.
Ibu negaraParis (900–1682)
Versailles (1682–1789)
Paris (1789–1791)
Bahasa yang umum digunakanLatin; Perancis dan dialek Romawi Gaul dan lain-lain.
Agama
Katolik Rom
KerajaanMonarki feudal (zaman pertengahan)
Monarki Mutlak (moden awal)
Raja 
• 843–877
Karl II
• 987–996
Hugh Capet
• 1180–1223
Philip II dari Perancis
• 1589–1610
Henry IV
• 1643–1715
Louis XIV
• 1774–1791
Louis XVI
Perdana Menteri 
• 1589–1611
Maximilien Béthune (pertama)
• 1790–1791
Armand Marc (terakhir)
Badan perundanganEstates General
Era SejarahZaman Pertengahan / Moden Awal
• Perjanjian Verdun
10 Ogos 843
987–1328
1328–1589
1589–1791
5 Mei 1789
• Monarki Beperlembagaan diisytiharkan
3 September 1791
Mata wangLivre, Franc,
Écu, Louis d'or
Kod ISO 3166FR
Didahului oleh
Diganti oleh
Francia Barat
Kerajaan Beraja Perancis (1791–92)
Sekarang sebahagian dari Perancis
 Belgium
 Luxembourg
 Jerman
  Switzerland

Kerajaan Beraja Perancis (Perancis: Royaume de France) adalah sebuah kerajaan beraja pada zaman pertengahan dan moden awal yang terletak di Eropah Barat. Ia merupakan negara pendahulu kepada Republik Perancis moden. Kerajaan Beraja Perancis adalah sebuah negara paling berkuasa di Eropah, sebuah kuasa besar sejak Zaman Pertengahan Akhir dan Perang Seratus Tahun. Ia juga adalah kuasa penjajah awal, dan mempunyai jajahan di seluruh dunia.

Kerajaan ini dahulunya wujud berasal daripada Francia Barat (Francia Occidentalis), separuh bahagian barat daripada Empayar Carolus ekoran Perjanjian Verdun (843). Satu cabang dari dinasti yang memerintah empayar ini terus memerintah sehingga tahun 987, apabila Hugh Capet telah dipilih sebagai raja dan mengasaskan dinasti Capet. Wilayah ini kekali dikenali sebagai Francia dan pemerintahnya sebagai rex Francorum ("raja bagi orang Frank") sehingga Zaman Pertengahan Tinggi. Raja pertama yang memanggil diri beliau sebagai roi de France ("raja Perancis") adalah Philip II, pada tahun 1190. Perancis terus diperintah oleh pewaris Capet dan cabangnya iaitu Valois dan Bourbon sehingga sistem monarki dihapuskan pada tahun 1792 semasa Revolusi Perancis.

Perancis pada Zaman Pertengahan adalah sebuah negara tidak berpusat, dengan sistem monarki feudal. Di Brittany dan Catalonia (kini sebahagian daripada Sepanyol) kekuasaan raja Perancis tidak dirasai. Lorraine dan Provence merupakan negeri-negeri dalam Empayar Rom Suci dan tidak lagi menajdi sebahagian daripada Perancis. Awalnya, raja-raja Frankia Barat dipilih oleh bangsawan sekular dan paderi, tetapi kebiasaan pertabalan kepada anak lelaki sulung dari raja yang memerintah semasa masa raja masih hidup mewujudkan asas pewarisan kepada anak lelaki, yang mana menjadi peraturan dalam Undang-undang Salic. Semasa Zaman Pertengahan, Raja England menuntut takhta Perancis, mengakibatkan sebuah siri peperangan yang dikenali sebagai Perang Seratus Tahun (1337–1453). Selepas itu, Perancis cuba melebarkan pengaruhnya ke Itali, tetapi telah dikalahkan oleh Sepanyol semasa Perang Itali (1494–1559).

Perancis pada Zaman Moden Awal mula berpusat; bahasa Perancis mula digunakan dan mengantikan bahasa-bahasa lain dalam kegunaan rasmi, dan sistem monarki mendapat kuasa mutlak, meskipun sistem pentadbiran (Ancien Régime) disukarkan oleh sejarah dan ketidakseragaman dalam percukaian wilayah, undang-undang, kehakiman, dan pembahagian paderi, dan prerogatif tempatan. Perancis yang beragama mula berpecah kepada majoriti Katolik dan minoriti Protestant iaitu golongan Huguenot. Selepas beberapa siri perang saudara, Perang Agama (1562–1598), toleransi telah diberikan kepada Huguenot seperti yang tercatat dalam Edik Nantes. Perancis mununtut sebahagian besar wilayah Amerika Utara, yang dikenali sebagai New France. Perang dengan Great Britain menyebabkan kehilangan banyak wilayah ini pada menjelang tahun 1763. Campurtangan Perancis semasa Perang Revolusi Amerika telah membantu kemerdekaan Amerika Syarikat.

Kerajaan Beraja Perancis menerima pakai perlembagaan bertulis pada tahun 1791, tetapi kerajaan ini kemudian dibubarkan setahun kemudian dan digantikan dengan Republik Perancis Pertama. Monarki dipulihkan semula oleh kuasa-kuassa besar lain pada tahun 1814 dan bertahan (kecuali semaa Seratus Hari pada tahun 1815) sehingga Revolusi Perancis pada tahun 1848.

Jajahan dan wilayah

[sunting | sunting sumber]
Francia Barat semasa zaman Hugh Capet. Daerah Diraja ditandakan dalam warna biru
Kerajaan Beraja Perancis pada tahun 1030 (Daerah Diraja berwarna biru muda)
Perkembangan wilayah di bawah Philip August (Philip II), 1180–1223

Sebelum kurun ke-13, hanya sebahagian kecil wilayah yang kini berada dalam negara Perancis berada di bawah kawalan raja Frank; di utara adalah wilayah Viking yang menubuhkan Duchy Normandy; di barat, Count Anjou wujud sebagai sebuah pesaing yang berkuasa, yang mana pada akhir kurun ke-11 telah memerintah "Empayar Angev", yang mana termasuk Kerajaan Beraja England. Apabila Perancis berada di bawah kekuasaan Philip II dari Perancis, sebahagian besar wilayah Francia Barat berada di bawah kawalan raja-raja Frank, dan Philip merupakan raja pertama yang mengelar diri beliau sebagai "Raja Perancis" (1190). Pembahagian Perancis di antara raja-raja Angev (Plantagenet) dari England dan raja-raja Capet dari Perancis menyebabkan Perang Seratus Tahun, yang mana Perancis telah berjaya mendapatkan semula penguasaan ke atas wilayah asalnya pada pertengahan kurun ke-15. Bahagian yang kini terletak di timur Perancis (Lorraine, Arelat) bukan merupakan sebahagian daripada Francia Barat dan hanya dimasukkan ke dalam kerajaan ini pada zaman moden awal.

Wilayah yang diwarisi daripada Francia Barat:

Daerah di bawah raja Frank (daerah diraja atau demesne, lihat Jajahan Mahkota Perancis)
Vasal di bawah raja Perancis pada kurun ke-10 sehingga kurun ke-12:

Perolehan pada kurun ke-13 dan kurun ke-14:

  • Duci Normandy (1204)
  • Kaunti Tourain (1204)
  • Kaunti Anjou (1225)
  • Kaunti Maine (1225)
  • Kaunti Auvergne (1271)
  • Kaunti Toulouse (1271), termasuk:
  • Kaunti Champagne (dimasukkan ke dalam daerah diraja pada tahun 1316)
  • Dauphiné (1349), pegangan pusaka kepada raja-raja Perancis, diwarisi oleh bakal raja, tetapi dari segi teknikalnya bukan sebahagian daripada kerajaan beraja Perancis oleh kerana masih sebahagian besar berada dalam Empayar Suci Rom.
  • Kaunti Blois (dimasukkan ke dalam daerah diraja pada tahun 1391)

Perolehan daripada raja-raja Plantagenet di England dengan kemenangan Perancis dalam Perang Seratus Tahun pada tahun 1453

  • Duci Aquitaine (Guyenne), termasuk:
    • Kaunti Poitou
    • Kaunti La Marche
    • Kaunti Angoulême
    • Kaunti Périgord
      • Kaunti Velay
    • Kaunti Saintonge
    • Viscounty Limousin
    • Ketuanan Issoudun
    • Ketuanan Déols
    • Duci Gascogne (Gascony)
      • Kaunti Agenais
  • Duci Bretagne (dipertikaikan sejak Perang Pewarisan Breton, kepada Perancis pada tahun 1453, ke dalam wilayah diraja pada tahun 1547)

Perolehan selepas penghujung Perang Seratus Tahun:

Bibliografi

  • Beik, William. A Social and Cultural History of Early Modern France (2009) excerpt and text search
  • Caron, François. An Economic History of Modern France (1979) online edition
  • Doyle, William. Old Regime France: 1648–1788 (2001) excerpt and text search
  • Duby, Georges. France in the Middle Ages 987–1460: From Hugh Capet to Joan of Arc (1993), survey by a leader of the Annales School excerpt and text search
  • Fierro, Alfred. Historical Dictionary of Paris (1998) 392pp, an abridged translation of his Histoire et dictionnaire de Paris (1996), 1580pp
  • Goubert, Pierre. The Course of French History (1991), standard French textbook excerpt and text search; also complete text online
  • Goubert, Pierre. Louis XIV and Twenty Million Frenchmen (1972), social history from Annales School
  • Haine, W. Scott. The History of France (2000), 280 pp. textbook. and text search; also online edition
  • Holt, Mack P. Renaissance and Reformation France: 1500–1648 (2002) excerpt and text search
  • Jones, Colin, and Emmanuel Le Roy Ladurie. The Cambridge Illustrated History of France (1999) excerpt and text search
  • Jones, Colin. The Great Nation: France from Louis XV to Napoleon (2002) excerpt and text search
  • Jones, Colin. Paris: Biography of a City (2004), 592pp; comprehensive history by a leading British scholar excerpt and text search
  • Le Roy Ladurie, Emmanuel. The Ancien Régime: A History of France 1610–1774 (1999), survey by leader of the Annales School excerpt and text search
  • Potter, David. France in the Later Middle Ages 1200–1500, (2003) excerpt and text search
  • Potter, David. A History of France, 1460–1560: The Emergence of a Nation-State (1995)
  • Price, Roger. A Concise History of France (1993) excerpt and text search
  • Raymond, Gino. Historical Dictionary of France (2nd ed. 2008) 528pp
  • Roche, Daniel. France in the Enlightenment (1998), wide-ranging history 1700-1789 excerpt and text search
  • Wolf, John B. Louis XIV (1968), the standard scholarly biography online edition
  • Gildea, Robert. The Past in French History (1996)
  • Nora, Pierre, ed. Realms of Memory: Rethinking the French Past (3 vol, 1996), essays by scholars; excerpt and text search; vol 2 excerpts; vol 3 excerpts
  • Pinkney, David H. "Two Thousand Years of Paris," Journal of Modern History (1951) 23#3 pp. 262–264 in JSTOR
  • Revel, Jacques, and Lynn Hunt, eds. Histories: French Constructions of the Past (1995). 654pp, 64 essays; emphasis on Annales School
  • Symes, Carol. "The Middle Ages between Nationalism and Colonialism," French Historical Studies (Winter 2011) 34#1 pp 37–46
  • Thébaud, Françoise. "Writing Women's and Gender History in France: A National Narrative?" Journal of Women's History (2007) 19#1 pp. 167–172 in Project Muse