Pergi ke kandungan

Piramid (geometri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Limas)
Sebuah piramid segi empat dengan tinggi t

Dalam geometri, piramid (Jawi: ڤيراميد) atau limas (Jawi: ليمس)[1] merupakan ruang bangunan tiga dimensi yang terhad oleh tapak berbentuk segi-n dan sisi-sisi tegak berbentuk segitiga. Piramid mempunyai 5 sisi, 8 rusuk dan 5 titik sudut.

Kon dapat disebut sebagai piramid dengan tapak berbentuk bulatan.

Piramid dengan tapak berupa segi empat sama disebut juga sebagai piramid.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Limas perkataan Melayu asli tuturan beberapa dialek di Sumatera merujuk kepada suatu bekas dari upih pinang atau daun pisang dilipat untuk menimba air, menyenduk makanan mahupun menampung barangan semahan dalam upacara adat suatu ketika dahulu.[2][1][3] "Rumah limas" di Semenanjung Melayu dan Sumatera Selatan misalnya menampakkan ciri atap besar "gegajah"nya yang berpuncak seperti objek ini dengan tepi miring yang mencerun 30-45⁰[4][5] dengan jangkauan ("teritisan") luas dan sudut besar untuk tujuan penyejukan secara mengangkat udara panas jauh dari lantai rumah.[6]

Formula piramid

[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Lihat:
    • "limas". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. 1. sj timba atau takir yg dibuat drpd daun pisang (upih dll); 2. tirus ke atas spt bentuk piramid (atap rumah dll)...
    • "limas". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016. 1. n takir yang dibuat dari upih pinang, daun pisang, dan sebagainya, yang dilipat berbentuk corong (bulat) untuk tempat air, gulai, dan sebagainya; 2. n merunjung ke atas (tentang bentuk atap bangunan, seperti bentuk piramida) 3. n benda ruang yang alasnya berbentuk segitiga (segi empat dan sebagainya) dan bidang sisinya berbentuk segitiga dengan titik puncak yang berimpit
  2. ^ "limas". Kamus Melayu Sumatera Utara-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 140. ISBN 978-602-9172-40-9. ...perahu yang terbuat dari upih pinang yang berisi sesajen
  3. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "limas". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 58 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  4. ^ Irma Indriani, Aditha Maharani Ratna, Andy Budiarto (2019). "Pengaruh Gaya Arsitektur Melayu pada Elemen Tampak Bangunan Rumah Limas Palembang". Jurnal TESA Arsitektur. Universitas Tridinanti Palembang. 17 (1) 36. doi:10.24167/tesa.v17i1.1182
  5. ^ Febriano Asmendo, Shofia Islamia Ishar (Julai 2020). "Studi Komparasi Tipologi Arsitektur Rumah Limas di Provinsi Lampung dengan Rumah Limas di Sumatera Selatan". Jurnal Arsitektur. Universitas Bandar Lampung. 10 (2): 96, 98. doi:10.36448/jaubl.v10i2.1451
  6. ^ Ari Siswanto (November 2009). "Kearifan Lokal Arsitektur Sumatera Selatan Bagi Pembangunan Lingkunan Binaan". Local Wisdom. Universitas Merdeka Malang. 1 (1) 41-2. doi:10.26905/lw.v1i1.1365

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Wolfgang Kosack: Die altägyptischen Pyramidentexte. In neuer deutscher Uebersetzung; vollständig bearbeitet und herausgegeben von Wolfgang Kosack. Christoph Brunner, Berlin 2012, ISBN 978-3-9524018-1-1.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]