9 November
Penampilan
(Dilencongkan daripada November 9)
<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2024 |
9 November merupakan hari ke-313 (hari ke-314 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 52 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Muhammad Iqbal di Pakistan;
- Hari Pencipta di Austria, Jerman, dan Switzerland;
- Schicksalstag di Jerman;
- Hari Kemerdekaan di Kemboja (1953).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1799 - Rampasan kuasa 18 Brumaire yang diketuai Emmanuel-Joseph Sieyès (gambar) dan Napoléon Bonaparte menggulingkan kerajaan Perancis lalu digantikan dengan Dewan Revolusi Perancis bersama Konsulat.
- 1872 - Kebakaran Besar Boston bermula, memusnahkan lebih 750 buah bangunan di Boston, Massachusetts, A.S.
- 1918 - Kaisar Wilhelm II turun takhta, Canselor Maximilian meletakkan jawatan, dan Philipp Scheidemann mengisytiharkan Republik Weimar.
- 1938 - Kristallnacht, tindakan keganasan besar-besaran terhadap orang Yahudi bermula di Jerman Nazi.
- 1953 - Kemboja memperoleh kemerdekaan daripada Perancis dan menjadi sebuah negara raja berperlembagaan di bawah Raja Norodom Sihanouk.
- 1965 - Beberapa negeri Amerika Syarikat dan Kanada keputusan bekalan elektrik sehingga 13½ jam.
- 1989 - Tembok Berlin (gambar) "dibuka", menandakan secara simbolik tamatnya Perang Dingin, runtuhnya Pakatan Warsaw, dan permulaan pengakhiran komunisme Soviet.
- 1998 - Dengan lulusnya Akta Hak Asasi Manusia, United Kingdom memansuhkan hukuman mati bagi semua kesalahan jenayah.
- 2008 - Satu kemalangan di atas kapal selam nuklear Rusia K-152 Nerpa mengorbankan 20 orang, yang terburuk sejak tahun 2000.
- 2009 - Di Forum Kerjasama China–Afrika ke-4 di Mesir, Republik Rakyat China berjanji memberikan pinjaman mudah AS$10 juta untuk hubungan China-Afrika.
- 2010 - Dalam pilihan raya Myanmar pertama sejak 20 tahun, parti pembangkang mengaku kalah kepada Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan, selepas Liga Demokrasi Kebangsaan memboikot pilihan raya tersebut.
- 2016 - Donald Trump dari Parti Republikan memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat ke - 45 selepas menewaskan pesaing dari Parti Demokrat, Hillary Clinton dengan majoriti mudah.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1974 - Alessandro Del Piero, pemain bola sepak Juventus
- 1981 - Alena Wu, penyanyi dan pelakon wanita Indonesia