Oliver Neuville
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Oliver Patric Neuville[1] | ||
Tarikh lahir | 1 Mei 1973 | ||
Tempat lahir | Locarno, Switzerland | ||
Ketinggian | 1.71 m (5 ka 7 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Kerjaya remaja | |||
1979–1990 | US Gambarogno | ||
1991–1992 | Locarno | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1992–1996 | Servette | 108 | (41) |
1996–1997 | Tenerife | 33 | (5) |
1997–1999 | Hansa Rostock | 50 | (22) |
1999–2004 | Bayer Leverkusen | 165 | (42) |
2004–2010 | Borussia M'gladbach | 151 | (42) |
2010 | Arminia Bielefeld | 12 | (2) |
Jumlah | 519 | (154) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1998–2008 | Jerman | 69 | (10) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Oliver Patric Neuville (lahir 1 Mei 1973) merupakan pemain bola sepak bersara Jerman yang bermain di posisi penyerang.
Neuville telah mengumpul 69 kaps untuk Jerman sepanjang 10 tahun beliau bermain untuk pasukan itu. Beliau juga telah bermain dalam dua edisi Piala Dunia dan Euro 2008.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Neuville telah dilahirkan di Locarno, Switzerland. Bapa beliau merupakan orang Jerman yang berasal dari Aachen manakala ibu beliau pula merupakan orang Itali dari daerah Calabria. Neuville memulakan kerjaya profesionalnya bersama kelab Servette FC. Pada musim keduanya di divisyen teratas Switzerland, eliau menjaringkan 16 gol dan membantu kelabnya untuk menjuarai kejuaraan liga selepas penantian sembilan tahun.
Pada musim 1996-97, Neuville bermain untuk CD Tenerife di Sepanyol. Beliau menjaringkan lima gol dalam 1,885 minit dan berjaya membantu pasukan Kepulauan Canary itu ke tempat kejohanan Eropah. Malah, pasukannya layak ke separuh akhir dalam Piala UEFA. Selepas itu, beliau berpindah ke Jerman untuk menandatangani kelab FC Hansa Rostock dan menjaringkan lapan gol dalam musim debutnya di Bundesliga. Pasukan dari Jerman Timur itu menduduki tempat keenam liga.
Neuville menandatangani kelab Bayer Leverkusen pada musim panas 1999 dan menjadi penyerang sensasi kelab. Beliau menjaringkan 28 gol dari tahun 2000 sehingga 2002 dan lima gol dalam kemunculan Liga Juara-Juara 2001-02. Leverkusen di tempat naib juara di belakang Real Madrid.
Pada usia 31 tahun, Neuville sertai Borussia Mönchengladbach untuk musim 2004-05 secara percuma. Pada 17 Oktober 2004, beliau menjaringkan gol kontroversi melalui tangan pada perlawanan menang 2-0 ke atas 1. FC Kaiserslautern. Disebabkan itu, beliau digantung dua perlawanan. Beliau menjaringkan 22 gol dalam dua musim pertamanya. Namun, untuk musim ketiganya, Monchengladbach telah turun ke 2. Bundesliga selepas gagal menunjukkan prestasi terbaik di Bundesliga. Pada musim itu juga, beliau mengalami kecederaan.
Neuville kembali ke skuad pada musim 2007-08 dengan menjaringkan 15 gol untuk membantu Borussia maju ke Bundesliga. Beliau membuat kemunculan terakhir Bundesliga pada musim 2009-10 menentang pasukan lama, Bayer Leverkusen.
Neuville merancang apabila beliau ingin menjadi jurulatih remaja Borussia Mönchengladbach. Walau bagaimanapun, beliau ingin bermain setahun lagi dan menandatangani kelab Arminia Bielefeld di 2. Bundesliga. Namun, hanya selepas sebulan bermain, beliau mengumumkan bersara pada usia 37 tahun.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Neuville membuat debut antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Jerman pada 2 September 1998 pada perlawanan persahabatan menentang Malta. Beliau menggantikan Mario Basler pada 15 minit terakhir, Jerman menang 2-1.
Sebelum Neuville menuju untuk mengumpul 69 kaps bersama 10 gol, beliau sebahagian daripada skuad yang merupakan naib juara Piala Dunia FIFA 2002. Selain itu, beliau menjaringkan gol kemenangan Jerman pada pusingan 16 menentang Paraguay, 1-0.
Selepas terlepas daripada pemilihan skuad UEFA Euro 2004, Neuville yang menggantikan Lukas Podolski menjaringkan gol pada masa kecederaan pada perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Dunia 2006 menentang Poland. Beliau menerima hantaran lintang oleh David Odonkor terus merembat lalu mengalahkan penjaga gol lawan, Artur Boruc. Beliau tidak menjaringkan gol lagi untuk Jerman sehingga 31 Mei 2008, beliau menjaringkan gol pada perlawanan persahabatan menentang Serbia. Selepas kejohanan Euro 2008, beliau mengumumka persaraan daripada bola sepak antarabangsa pada usia 35 tahun.
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 31 Mac 1999 | Nuremberg, Jerman | Finland | 2–0 | 2–0 | Kelayakan Euro 2000 |
2. | 14 November 2001 | Dortmund, Jerman | Ukraine | 2–0 | 4–1 | Kelayakan Piala Dunia 2002 |
3. | 27 Mac 2002 | Rostock, Jerman | Amerika Syarikat | 2–1 | 4–2 | Persahabatan |
4. | 15 Jun 2002 | Seogwipo, Korea Selatan | Paraguay | 1–0 | 1–0 | Piala Dunia FIFA 2002 |
5. | 8 Oktober 2005 | Istanbul, Turki | Turki | 1–2 | 1–2 | Persahabatan |
6. | 22 Mac 2006 | Dortmund, Jerman | Amerika Syarikat | 2–0 | 4–1 | Persahabatan |
7. | 27 Mei 2006 | Freiburg, Jerman | Luxembourg | 6–0 | 7–0 | Persahabatan |
8. | 7–0 | |||||
9. | 14 Jun 2006 | Dortmund, Jerman | Poland | 1–0 | 1–0 | Piala Dunia FIFA 2006 |
10. | 31 Mei 2008 | Gelsenkirchen, Jerman | Serbia | 1–1 | 2–1 | Persahabatan |
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Servette
- Liga Super Switzerland: 1993-94
- Bayer Leverkusen
- Liga Juara-Juara UEFA: 2001–02 (Naib juara)
- DFB-Pokal: 2001–02 (Naib juara)
- Borussia Mönchengladbach
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Jerman
- Piala Dunia FIFA: 2002 (Naib juara); 2006 (Tempat ketiga)
- Kejohanan Bola Sepak Eropah: 2008 (Naib juara)
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "FIFA World Cup Germany 2006 – List of players" (PDF). FIFA. m/s. 12. Dicapai pada 26 July 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Oliver Neuville |
- Oliver Neuville di fussballdaten.de (dalam bahasa Jerman)
- Leverkusen who's who
- (Inggeris) Profil Oliver Neuville di National-Football-Teams.com
- Oliver Neuville – Rekod persaingan FIFA
- BDFutbol profile
- Worldfootball profile
- Kelahiran 1973
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Jerman
- Pemain FC Locarno
- Pemain Servette FC
- Pemain CD Tenerife
- Pemain FC Hansa Rostock
- Pemain Bayer 04 Leverkusen
- Pemain Borussia Mönchengladbach
- Pemain Arminia Bielefeld
- Pemain Piala Konfederasi FIFA 1999
- Pemain Piala Dunia FIFA 2002
- Pemain Piala Dunia FIFA 2006
- Pemain UEFA Euro 2008