Pergi ke kandungan

Wikipedia:Spam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Untuk melihat polisi Wikipedia berkaitan denga promosi, lihat WP:PROMOSI.

Terdapat tiga jenis spam di Wikipedia: iklan yang menyamar sebagi rencana, pautan luar spamming; dan rujukan-rujukan yang dimuatkan bagi tujuan mempromosi seseorang pengarang ataupun karya yang dirujuk.

Iklan yang menyamar sebagai rencana

[sunting sumber]

Rencana-rencana yang dikira sebagai iklan termasuk rencana yang menagih pelanggan buat sesuatu perniagaan, barangan ataupun perkhidmatan, ataupun penulisan perhubungan awam yang bertujuan untuk mempromosi sesuatu syarikat, ataupun individu. Rencana-rencana Wikispam selalunya menggunakan bahasa "juru jual dan memuatkan pautan kepada tapak sesawang komersial. Namun demikian, pembezaan antara rencana sapan dengan rencana berkaitan entiti komersial harus dilakukan.

Rencana-rencana yang terang-terangan merupakan iklan yang menyamar sebagai rencana dapat segera dihapuskan dengan mengenakan tag {{db-spam}} pada rencana-rencana tersebut. Perkara yang sama juga dapat dilakukan pada laman-laman dalam ruangnama pengguna. Iklan-iklan lain dapat ditangani dengan sama ada mengesyorkan ia dihapus ataupun dengan menyenaraikanya pada laman permohonan memadam rencana dengan menggunakan tag-tag {{hapus}}, {{padam}} atau {{delete}}. Pada tempat ataupun masa tertentu, kandungan juga boleh dialihkan buat sementara waktu atas alasan pelanggaran hak cipta, oleh sebab teks sering kali disalin daripa lama web lain. Sebelum membuat syor agar iklan yang menyamar sebagai rencana dibuang, sila periksa sejarah rencana jika ada versi yang boleh diterima. Jika ada, sila undurkan ke versi rencana yang diterima.

Apabila sebuah rencana ensiklopedia memiliki nada mirip iklan, rencana tersebut sering kali dapat diselamatkan dengan menulis semula bahagian dengan menggunakan pandangan neutral. Unsur-unsur rencana berkaitan dengan produk ataupun perkhidmatan yang mempunyai jenama dapat digabungkan di bawah judul ataupun kategori yang sama demi memudahkan penyampaian maklumat dengan pandangan berkecuali dan kolaboratif dengan memasukkan maklumat berkaitan dengan pesaing-pesaing dan pilihan-pilihan lain.