Nenek
Nenek merupakan ibu kepada ibu atau bapa seseorang. Setiap makhluk yang berkembang melalui seksual dan bukan chimera genetik memiliki maksima dua gen nenek, empat genetik moyang, lapan genetik piut (perempuan), dsb. Jarang-jarang, seperti kes sumbang muhrim sesama saudara atau saudara tiri, bilangan gen adalah kurang.
Dalam sejarah manusia moden, sekitar 30,000 tahun dahulu, bilangan manusia moden yang hidup menjadi nenek mula melonjak. Ia tidak diketahui dengan jelas punca peningtakan jangka hayat ini. Tetapi ia dipercayai bahawa ia sebab utama tiga generasi mula hidup bersama adalah kemudahan bagi memberikan maklumat yang sebelum tempoh itu akan hilang; sebagai contoh maklumat penting ini adalah di mana untuk mendapatkan air semasa musim kemarau.[1][2]
Dalam kes di mana keluarga tidak mahu atau mampu memberikan jagaan yang mencukupi bagi anak mereka (contoh., kematian ibubapa), datuk & nenek sring mengambil alih peranan sebagai penjaga utama. Sungguhpun sekiranya ini bukanlah yangberlaku, dan terutamanya dalam budaya tradisi, datuk & nenek sering memiliki peranan langsung dan jelas dalam hubungan membesar, menjaga, dan mendidik cucu-cucu mereka.
Seseorang juga boleh menjadi nenek angkat. Nenek angkat mungkin ibu angkat ibu atau bapa seseorang atau ibu tiri ibu atau bapa seseorang atau anak angkat keluarga angkat ibu atau bapa. Pelbagai perkataan bagi nenek mungkin juga digunakan bagi memanggil sebarang orang tua, terutama istilah nenek, nek malah terdapat banyak jenis panggilan yang kebanyakan keluarga cipta sendiri. Nenek seorang raja dipanggil "nenda" sama seperti datuknya.
Gelaran
suntingDalam pertuturan di Malaysia terdapat beberapa panggilan lain digunakan bagi panggilan nenek, antaranya Tok Ma, Tok Wan, Wan, Tok Mi dan beberapa kelainan sering digunakan dalam pertuturan dan penulisan.
Disebabkan seseorang mungkin mempunyai dua orang nenek yang masih hidup, kekeliruan mungkin timbul disebabkan memanggil dua orang sebagai "nenek", dengan itu sering kali satu panggilan yang lain di atas digunakan bagi seorang nenek yang lain. Satu penyelesaian lain adalah memanggil nenek dengan nama mereka ("Tok Ma Yah", "Tok Ma Jah", dsb.)
Bahasa dan budaya yang memiliki hubungan kekeluargaan yang lebih khusus selain Inggeris & Melayu mungkin membezakan antara datuk nenek sebelah ibu dengan datuk nenek sebelah bapa. Sebagai contoh dalam bahasa Sweden tidak terdapat satu perkataan bagi "nenek"; nenek sebelah ibu digelar mormor dan nenek sebelah bapa dipanggil farmor.[3]
Rujukan
sunting- ^ http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=the-mysterious-downfall&page=4
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-29. Dicapai pada 2012-08-09.
- ^ Dale, Philip S.; Ingram, David, penyunting (1981), Child language, an international perspective: selected papers from the First International Congress for the Study of Child Language, 1, Baltimore, Maryland: University Park Press, m/s. 275, ISBN 978-0-8391-1608-0, OCLC 6863252
Pautan luar
suntingCari grandfather, grandfather, grandmother, grandpa, atau grandma dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nenek |