Perang Balkan Kedua
Perang Balkan Kedua adalah sebuah konflik yang meletus apabila Bulgaria yang tidak berpuas hati dengan pembahagian wilayah selepas tamatnya Perang Balkan I, telah menyerang bekas sekutunya Serbia dan Greece, pada 29 Jun 1913. Bulgaria telah membuat persetujuan pra-perang berkenaan dengan pembahagian wilayah Macedonia. Tetapi Serbia, yang kecewa apabila dipaksa oleh Kuasa Besar untuk mengosongkan Albania, enggan untuk melepaskan lebih banyak wilayah taklukan. Bulgaria kemudian mengistiharkan perang ke atas Serbia. Tidak lama kemudian, pertikaian kecil meletus di sepanjang sempadan dalam zon diduduki di antara Bulgaria, Serbia dan Greece. Serbia mula berunding dengan Greece, yang mana mula curiga akan niat Bulgaria. Tentera Serbia dan Greek serta merta mengundurkan serangan Bulgarian. Romania juga menyerang Bulgaria sebagai tindak balas atas serangan terdahulu di sempadan. Empayar Uthmaniyyah mengambil kelebihan situasi ini untuk mendapatkan semula beberapa wilayah yang hilang semasa Perang Balkan Pertama.
Perang Balkan Kedua | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Balkan | |||||||
The Great Powers under the terror of explosion in Balkans. Except for the United Kingdom and Italy, no Great Power's throne would survive the results of the next Balkan crisis of 1914, which ignited World War I. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Bulgaria |
Serbia Romania Greece Montenegro Empayar Uthmaniyah | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Mihail Savov Vasil Kutinchev Nikola Ivanov Radko Dimitriev Stiliyan Kovachev Stefan Toshev |
Radomir Putnik Crown Prince Ferdinand Alexandru Averescu Constantine I Ahmet Izzet Pasha | ||||||
Kekuatan | |||||||
500,221–576,878 |
348,000[1] 330,000[1] 148,000 12,802[1] 255,000[2] Jumlah : 1,093,802 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Bulgaria:[3] 7,583 terbunuh 9,694 hilang 42,911 cedera 3,049 mati 140 pucuk artileri ditawan atau musnah Jumlah: 65,927 terbunuh atau cedera |
Serbia: 9,000 terbunuh 36,000 cedera 5,000 mati akibat penyakit[4] Greece: 5,851 terbunuh 23,847 cedera 188 hilang[5] Montenegro: 240 terbunuh 961 cedera[4] Romania: mangsa perang diabaikan 6,000 mati akibat penyakit[6] Empayar Uthmaniyyah: mangsa perang diabaikan 4,000 mati akibat enyakit[7] Jumlah: ~76,000 terbunuh ~91,000 jumlah kehilangan jiwa |
Selepas banyak pertempuran ganas yang membawa kematian yang sama tinggi kepada kedua-dua pihak, keadaan diperbatasan Serbia mula reda. Greece melancarkan serangan balas dan berjaya menembusi wilayah kawalan Bulgaria dengan pantas, mengundurkan tentera Bulgaria kembali kedudukan sempadan sebelum perang dan memutuskan mereka dengan Laut Aegean. Walaubagaimanapun, Raja Constantine dari Greece, percaya bahawa Bulgaria telah dikalahkan, memerintahkan tentera Greek mara lebih jauh ke ibu negara Bulgaria, Sofia. Constantine mahukan sebuah kemenangan muktamad, meskipun dihalang oleh Eleftherios Venizelos. Apabila tentera Greek mara tanpa berhati-hati, ia telah diserang hendap di Kresna oleh Tentera Pertama dan Kedua Bulgaria yang mana membuat kedudukan pertahanan di sana. Pertempuran Greek dan Bulgaria menemui jalan buntu dan kedua-dua pihak mengalami kemalangan jiwa yang besar. Akhirnya, kedua-dua kerajaan Bulgaria dan Greek mahukan keamanan dan menamatkan pertempuran. Perang tamat apabila Romana, Bulgaria meminta gencatan senjata, yang mana dipersetujui oleh Romania dan menamatkan perang. Satu gencatan senjata umum dipersetujui pada bulan Julai dan wilayah tawanan dibahagikanpada 10 Ogos 1913 dalam Perjanjian Bucharest dan Perjanjian Constantinople.
Dengan sokongan diplomatik kuat dari Rusia, Bulgaria berjaya mengekalkan Thrace Barat, sebuah laluan keluar ke Laut Aegean, dan pelabuhan-pelabuhan di Dedeagach (Alexandroupolis), dan sebahagian Macedonia. Oleh itu, wilayah Bulgaria membesar sehingga 16% dibandingkan sebelum Perang Balkan I, dan meningkatkan jumlah penduduknya dari 4.3 kepada 4.7 juta orang. Bulgaria hilang hampir kesemua wilayah yang didapatinya dalam Perang Balkan I, termasuk selatan Dobrudja (kepada Romania), kebanyakan Macedonia, dan Thrace Timur (kepada Empayar Uthmaniyah). Serbia berjaya mendapatkan utara Macedonia, sementara Greece mendapat separuh wilayah di kawasan selatan. Penyelesaian sempadan dalam Perjanjian Bucharest dan Constantinople adalah sementara; tidak sampai 10 bulan kemudian, Perang Dunia I meletus.
Perang Balkan Kedua membawa kepada perpecahan dalam persekutuan Bulgaria-Rusia, oleh itu memberi kelebihan kepada Serbia sebagai satu-satunya sekutu Rusia di Balkan. Berani ekoran sokonga Rusia, Serbia mencetus Krisis Julai 1914, dan kemudian mengekalkan kedudukan tanpa kompromi menentang Austria-Hungary yang mana menyebabkan Perang Dunia I.[8]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b c Hall (2000), p. 117.
- ^ Edward J. Erickson, Defeat in Detail, The Ottoman Army in the Balkans, 1912–1913, Westport, Praeger, 2003, p. 323.
- ^ http://www.bulgarianartillery.it/Bulgarian%20Artillery%201/T_OOB/Troops%20losses_1912-13.htm
- ^ a b Hall (2000), p. 135.
- ^ Calculation (PDF) (dalam bahasa Greek), Greek Army Staff, m/s. 12, dicapai pada 2010-01-14.
- ^ Hall (2000), p. 118.
- ^ Hall (2000), p. 119.
- ^ "Second Balkan War — June 29, 1913 – August 10, 1913" (Blog). Wordpress. August 27, 2008.
Bacaan lanjut
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perang Balkan Kedua |
- Erickson, Edward J. (2003). Defeat in Detail: The Ottoman Army in the Balkans, 1912–1913. Greenwood Publishing Group. ISBN 0-275-97888-5. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - Hall, Richard C. (2000). The Balkan Wars, 1912–1913: Prelude to the First World War. Routledge. ISBN 0-415-22946-4.
- Schurman, Jacob Gould (2004). The Balkan Wars 1912 to 1913. Kessinger Publishing. ISBN 1-4191-5345-5.