Ngajat Pua Kumbu merupakan sejenis tarian Ngajat di mana ia di persembahkan oleh kaum wanita dari masyarakat Iban berkenaan. Tarian ini biasanya ditarikan semasa Gawai Kelingkang sambil membawa Pua Kumbu.

Semasa Gawai Kelingkang, perarakan pahlawan yang membawa kepala musuh menghampiri rumah panjang akan disambut oleh penari Ngajat Pua Kumbu. Ketua pahlawan Kelingkang kemudian akan meletakkan ‘antu pala’ dalam pua kumbu. Dengan iringan pekikan kemenangan dan bunyi tabuh, penari Pua Kumbu memimpin perarakan kearah 'tanju'11 di hadapan rumah panjang sambil menghayun pua kumbu yang berisi kepala musuh kedepan belakang sambil menjampi bagi perlindungan dari semangat kepala yang ditawan.

Sebelum perarakan Kelingkang sampai ke pelantar upacara, seekor babi direnjam sebagai persembahan kepada nenek moyang. Penari Pua Kumbu berterusan menghayun kepala yang dipenggal sekeliling tersang diikuti oleh pahlawan. Selepas tujuh keliling, kepala diletakkan pada tersang sementara senjata dan tangkal pahlawan digantung disekelilingnya. Para pahlawan akan mengelilingi tersang bagi upacara miring. Pada masa kini, kepala musuh digantikan dengan buah kelapa sebagai simbolik. [1]

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting