Pergi ke kandungan

Jam pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5135791 pada 17:01, 24 Jun 2021 oleh Anumengelamun (bincang | sumb.)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Jam pasir.

Jam pasir ialah sejenis alat yang menyukat peredaran beberapa minit atau jam. Ia terdiri daripada sepasang bebuli menegak tercantum yang membolehkan bahan seperti pasir menitis-nitis dengan teratur dari atas ke bawah. Setelah bebuli atas kosong, jam pasir boleh diterbalikkan untuk memulakan semula sukatan masa. Faktor-faktor yang mempengaruhi sukatan masa termasuk jumlah pasir, besar bebuli, lebar leher, dan mutu pasir. Pasir juga boleh diganti dengan serbuk kulit telur dan serbuk marmar[1].

Pada zaman moden, jam pasir sekadar hiasan atau digunakan sebagai penyukat masa yang bersahaja seperti pemasa ketika memasak atau bermain permainan papan.

  1. ^ Madehow.com (2006). "Hourglass". How Products Are Made, vol. 5. Madehow.com. Dicapai pada 2008-02-04.