445 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Mengikut tempat
[sunting | sunting sumber]Yunani
[sunting | sunting sumber]- Pericles, yang risau akan penyusutan tenaga manusia Athens, akibat perang bertahun-tahun, mecari-cari keamanan dengan sokongan Dewan Perundangan. Callias, diplomat Athens, pergi ke Sparta dan selepas banyak tawar-menawar, mengatur sebuah perjanjian perdamaian dengan Sparta dan sekutu-sekutu Peloponnesusnya. Oleh itu, kedamaian sementara 452 SM buat 5 tahun dilanjutkan selama 30 tahun lagi. Menurut perjanjian ini, Megara dikembalikan kepada Liga Peloponnesus, Troezen dan Achaea menjadi merdeka, Aegina menjadi sebuah negara autonomi yang membayar ufti kepada Athens, dan pertikaian-pertikaian antara Athens dan Sparta akan diselesaikan melalui penimbangtaraan. Setiap pihak bersetuju untuk menghormati perikatan-perikatan pihak yang lain.
- Pembinaan Candi Poseidon di Tanjung Sunion yang terletak di bahagian selatan Athens disiapkan.
Empayar Parsi
[sunting | sunting sumber]- Nehemiah, pelayan wain rasmi Yahudi kepada Artaxerxes I di Susa, diberi kebenaran untuk kembali ke Jerusalem sebagai gabenor Judaea.
Republik Rom
[sunting | sunting sumber]- Lex Canuleia, sebuah undang-undang baru, menamatkan pengharaman kahwim campur antara kelas-kelas Rom, iaitu antara marhaen dengan ningrat.