Abad ke-18 SM
Penampilan
Milenium: | milenium ke-2 SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: | |
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Abad ke-18 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1800 SM hingga 31 Disember 1701 SM dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- k.k. 1792 SM - 1750 SM: Babylonia.
- k.k. 1792 SM - 1750 SM: Batu Bersurat Hammurabi dari Susa (Shush moden, Iran) dicipta, dan kini berada di Musee du Louvre, Paris.
- 1787 SM - 1784 SM: Penaklukan Uruk dan Isin oleh tentera Amorite.
- 1786 SM – Mesir: Kemangkatan Ratu Sobekneferu. Keakhiran Dinasti Kedua Belas, dan permulaan Dinasti Ketiga Belas serta Dinasti Keempat Belas.
- 1779 SM – Zimrilim, raja Mari, memulakan pemerintahannya.
- 1770 SM – Babylon, ibu kota Babylonia, mengambil alih Thebes, ibu kota Mesir, sebagai kota yang terbesar di dunia. [1]
- 1766 SM – Penaklukan Dinasti Xia oleh Dinasti Shang di China.
- 1764 SM - 1750 SM: Perang-perang Hammurabi.
- 1757 SM – Mari dijarah oleh Hammurabi, dan Istana Zimrilim dimusnahkan.
- 1757 SM – Kemangkatan Zimrilim, raja Mari.
- 1750 SM – Pendudukan Mesir Utara oleh orang-orang Hyksos.
- 1750 SM – Peletupan gunung berapi yang amat besar di Gunung Veniaminof, Alaska.
- k.k. 1750 SM – Istiadat permasyhuran Zimrilim, faksimili lukisan dinding dari istana yang terletak di Mari (Tell Hariri moden, Iraq). Faksimili ini kini berada di Musee du Louvre, Paris.
- 1749]] - 1712 SM: Pemberontakan-pemberontakan Mesopotamia.
- Kebudayaan Unetice Awal: Permulaan Zaman Gangsa di Eropah Tengah.
- Peradaban Minoan: Fasa II Zaman Pertengahan (MM II).
Tokoh-tokoh
[sunting | sunting sumber]- Hammurabi (1792 SM - 1750 SM), raja Empayar Babylonia
- Dinasti Tang menggulingkan Maharaja Jie, raja terakhir Dinasti Xia
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1726 SM - Ishmael, anak lelaki Abraham, menurut takwim Ibrani
- 1712 SM - Isaac, anak lelaki Abraham, menurut takwim Ibrani
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1764 SM - Peleg, anak lelaki Eber, (lahir 2003 SM, menurut takwim Ibrani)
- 1763 SM - Nahor, anak lelaki Serug, (lahir 1911 SM, menurut takwim Ibrani)
- 1753 SM - Noah (lahir 2704 SM, menurut takwim Ibrani)
- 1750 SM - Hammurabi (kronologi pertengahan)
- 1734 SM - Reu, anak lelaki Peleg, (lahir 1973 SM, menurut takwim Ibrani)
- 1711 SM - Serug, anak lelaki Reu, (lahir 1941 SM, menurut takwim Ibrani)
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
[sunting | sunting sumber]- Ceper Phaistos yang mungkin berasal dari kira-kira 1700 SM. Tujuan dan maksud ceper-ceper ini, termasuk juga tempat pengeluarannya, masih tidak dapat diketahui, dan menyebabkannya merupakan salah satu misteri yang termasyhur dalam bidang arkeologi.