Pergi ke kandungan

Amman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 31°56′N 35°56′E / 31.933°N 35.933°E / 31.933; 35.933

Amman
عَمَّان
Ibu negara
Atas ke bawah, kiri ke kanan: Projek Abdali menguasai latar langit Amman; Jambatan Abdoun; Masjid Raja Abdullah I dan Tiang Bendera Raghadan; Kuil Hercules di Kota Amman; Teater Rom; stesen keretapi Uthmaniyah Hejaz; dan Istana Umayyah
Atas ke bawah, kiri ke kanan: Projek Abdali menguasai latar langit Amman; Jambatan Abdoun; Masjid Raja Abdullah I dan Tiang Bendera Raghadan; Kuil Hercules di Kota Amman; Teater Rom; stesen keretapi Uthmaniyah Hejaz; dan Istana Umayyah
Bendera Amman
Lokasi Amman
Amman yang terletak di Jordan
Amman
Amman
Amman yang terletak di Asia
Amman
Amman
Koordinat: 31°56′59″N 35°55′58″E / 31.94972°N 35.93278°E / 31.94972; 35.93278Koordinat: 31°56′59″N 35°55′58″E / 31.94972°N 35.93278°E / 31.94972; 35.93278{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman
Negara Jordan
KegabenoranKegabenoran Amman
Perbandaran1909
Pentadbiran
 • Datuk bandarYousef Shawarbeh[3][4]
Keluasan
 • Jumlah1,680 km2 (650 batu persegi)
Aras tertinggi
1,100 m (3,600 ft)
Aras Terendah
700 m (2,300 ft)
Penduduk
 (2021)
 • Jumlah4,061,150
 • Kepadatan2,380/km2 (6,200/batu persegi)
DemonimAmmani
Zon waktuUTC+3
Poskod
11110-17198
Kod kawasan+962(6)
Laman sesawangammancity.gov.jo

Amman (Arab: عمان ʿAmmān) ialah ibu negara Jordan. Bandar ini memiliki penduduk sekitar 2.5 juta orang mengikut anggaran tahun 2008.

Bandar ini sudah disebut pada abad ke-12 sebelum Masehi. Ketika itu bandar ini disebut Rabbath Ammon dan dihuni oleh suku Ammon. Kemudian bandar ini ditaklukkan oleh orang Yunani dan diberi nama Philadelphia.

Setelah ditaklukkan oleh bangsa Arab yang menyebarkan agama Islam, bandar ini disebut Amman. Sungguh menakjubkan, nama ini serupa dengan namanya yang dahulu. Bandar Amman moden didirikan pada tahun 1878.

Pada 9 November 2005, serangan bunuh diri terhadap tiga hotel di Amman menewaskan 57 orang dan mencederakan 120 lainnya sekitar pukul 20:50 (UTC+2).

Majlis perbandaran pertama Amman ditubuhkan pada tahun 1909. [5][9] Amman menyaksikan pertumbuhan pesat setelah penamaannya sebagai ibu kota Transjordan pada tahun 1921, dan setelah beberapa gelombang pelarian berturut-turut: Palestin pada tahun 1948 dan 1967; Iraq pada tahun 1990 dan 2003; dan Syria sejak 2011.

Ekonomi Amman berkembang dengan agak pesat [6] dan ia disenaraikan sebagai bandar global - Beta oleh Rangkaian Penyelidikan Bandar Dunia dan Globalisasi. Selain itu, ia dinamakan sebagai salah sebuah bandar terbaik di Timur Tengah dan Afrika Utara berdasarkan faktor ekonomi, buruh, alam sekitar dan sosio-budaya. Bandar ini adalah antara lokasi paling popular dalam rantau Arab untuk penubuhan pejabat serantau oleh syarikat multinasional, di samping Doha dan selepas Dubai.

  1. ^ Trent Holden, Anna Metcalfe (2009). The Cities Book: A Journey Through the Best Cities in the World. Lonely Planet Publications. m/s. 36. ISBN 978-1-74179-887-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2020. Dicapai pada 24 August 2017.
  2. ^ "Amman's Street Food". BeAmman.com. BeAmman.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2015. Dicapai pada 26 September 2015.
  3. ^ "New Amman mayor pledges 'fair and responsible' governance". jodantimes.com. 21 Ogos 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2018. Dicapai pada 23 Oktober 2018.
  4. ^ "New Member: Yousef Al-Shawarbeh – Amman, Jordan". globalparliamentofmayors.org. June 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2018. Dicapai pada 29 Disember 2018.
  5. ^ [Dumper; Bruce E. Stanley (2007)]
  6. ^ "How a Startup from the Arab World Grabs 1B Views on YouTube". Forbes. 31 December 2014. Archived from the original on 29 July 2017. Retrieved 29 September 2015.