Anjing pemburu elk hitam Norway
Negara asal | Norway | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu elk hitam Norway[a] ialah satu baka spits kecil yang dikelaskan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai anjing pemburu.[1] Ia buat masa ini merupakan baka kurang umum sangat jarang di luar negara-negara Nordik Skandinavia. Ia merupakan baka bersaudara dengan anjing pemburu elk kelabu Norway, namun lebih kecil, lebih tangkas, tidak menyalak, dan dibiakbakakan hanya untuk perburuan bercawak.
Dahulu, anjing pemburu elk hitam Norway telah berasal daripada populasi anjing spits tempatan di kawasan sempadan di antara Norway dengan Sweden dan telah wujud sebagai bakanya sendiri sejak pertengahan abad ke-19.
Dalam kesusateraan, baka ini disebut oleh orang Inggeris Llewelyn Lloyd. Pada tahun 1828, beliau memburu beruang buruan dekat dengan kawasan sempadan di antara Norway dengan Sweden. Beliau khususnya menyenangi dua ekor anjing yang dipinjam: "Hector berwarna hitam, mempunyai telinga tegak, dan ekor melingkar, dan Pajas pula, yang kerananya 13 ekor beruang telah ditembak, berwarna hitam arang dengan ekor gebu".[2]
Anjing pemburu elk hitam Norway pernah diancam dengan kepupusan. Baka ini telah mengekalkan sifat utiliti baiknya dan ciri luaran tersendiri selama lebih daripada 100 tahun. Kini, terdapat permintaan meningkat untuk anjing pemburu elk hitam dan ada kesukaran untuk mencapai bilangan anak setahun yang menepukan pasaran ini. Bilangan perinduk dan bilangan anak anjing telah kekal stabil selama lebih daripada 20 tahun terkini.[3]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Anjing pemburu elk hitam Norway ialah baka spits tipikal dengan tubuh padat rendah, mata gelap, telinga tegak ke atas, dan ekor melingkar ke arah belakang. Ia mempunyai lapis bulu pekat yang tidak menyerlah daripada tubuh. Ini merupakan anjing pemburu segala cuaca dan lapis bulunya adalah sangat penting. Lapis bulunya mesti mampu menghalang hujan lebat musim luruh di Skandinavia dan mengharungi cuaca sejuk.
Ia mempunyai lapis bulu ganda padat, pendek, tebal, kasar, dan hitam legam. Anjing matang berdiri setinggi 40–51 sentimeter (16–20 in); 43–50 cm (17–20 in) untuk jantan dan 40–47 cm (16–19 in) untuk betina; dan berukuran seberat 16 kilogram (35 lb) dan 20 kilogram (44 lb) masing-masing.
Perangai
[sunting | sunting sumber]Anjing pemburu elk hitam Norway ialah anjing keluarga serba guna.[4] Ia mempunyai perangai baik dan ramah dengan kanak-kanak. Ia jarang menyalak dan sangat toleran terhadap haiwan peliharaan kecil dan juga dapat digunakan sebagai anjing teman dengan baka anjing lain. Ia amat cerdas dan menyukai sentuhan fizikal dengan manusia. Ini merupakan anjing yang sudi meminta untuk dibelai, dipeluk, dan lebih memilih untuk berada dekat dengan ahli keluarganya sepanjang masa.[5]
Perburuan
[sunting | sunting sumber]Anjing pemburu elk hitam Norway digunakan terutamanya dalam pemburuan buruan besar seperti elk, rusa, dan beruang. Anjing ini dibiakbakakan untuk perburuan bercawak dan mempunyai kemampuan untuk bekerjasama dengan baik dengan pengendalinya. Anjing pemburu elk hitam terutamanya menangkap bau di udara. Maka, ia melompat ke tanah lebih tinggi untuk menangkap bau, yang juga menjadikannya anjing pencarian cemerlang. Tidak seperti anjing pemburu elk kelabu, baka hitam jarang menyalak. Ia bertingkah laku dengan tenang dan senyap dalam mengesan buruan supaya pemburu dapat mendekati buruan itu tanpa dikesan dan mengenakan tembakan tepat.[4]
Pembiakbakaan
[sunting | sunting sumber]Ada kepentingan untuk baka anjing pemburu elk hitam untuk bertumpu pada pencegahan pembiakbakaan dalam. Berdasarkan peraturan 5% Kelab Kenel Norway, setiap anjing jantan untuk baka ini tidak patut mempunyai lebih daripada 40 ekor anak berdaftar. Terdapat rancangan untuk memperkenalkan syarat baka baharu agar kedua-dua haiwan induk diuji secara genetik untuk glaukoma keturunan dan ataksi. Jawatankuasa pembiakbakaan Norway pada masa ini hanya meluluskan pengawanan yang melibatkan salah seekor anjing yang diketahui bebas daripada glaukoma keturunan. Terdapat syarat untuk status displasia pinggul yang diketahui untuk semua anjing yang bakal digunakan dalam pembiakbakaan. Statistik berhubung dengan displasia pinggul selama 10 tahun sebelumnya menunjukkan bahawa 83.2 daripada populasi anjing pemburu elk hitam Norway adalah bebas daripada displasia pinggul jenis F.[6]
Penjagaan
[sunting | sunting sumber]Bulu
[sunting | sunting sumber]Bulunya memerlukan penjagaan sederhana dan pemberusan lapis bulu dua atau tiga kali seminggu disyorkan.[5] Bulunya padat dan kaku namun licin. Di kepala dan di hadapan tungkai, bulunya padat dan licin, paling jauh di dada dan di leher, di paha dan belakang tungkai hadapan, serta di bahagian bawah ekor. Bulunya terbentuk dengan helaian pelitup jarang lebih panjang, dengan lapis bulu bawah hitam lembut.[4]
Bulu anjing pemburu elk hitam dianggap hipoalergenik dan sesuai untuk ramai orang yang alah terhadap anjing. Patut ada peringatan bahawa tiada anjing yang sepenuhnya bebas alahan. Maka, perlu ada cubaan persendirian sama ada terdapat tindak balas atau tidak.[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai baka anjing
- Anjing beruang Karelia
- Anjing gembala Sweden
- Anjing Lap Finland
- Anjing Lap Sweden
- Anjing pemburu elk Norway
- Anjing pemburu elk Sweden
- Anjing pufin Norway
- Buhund Norway
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ايلک هيتم نوروءي ; Norway: sort norsk elghund; svart norsk elghund; norsk elghund sort; norsk elghund svart ; bahasa Inggeris: black Norwegian elkhound
Sumber
[sunting | sunting sumber]Buku
[sunting | sunting sumber]- Campbell, Olav P. (November 1988). My Sixty Years With Norwegian Elghunds [Enam Puluh Tahunku dengan Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris). Show Quality Pet Products. ISBN 9780962151200.
- Crafts, Glenna Clark (1973). How to Raise and Train a Norwegian Elkhound [Cara untuk Mengasuh dan Melatih Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. OCLC 1884739.
- Cunliffe, Juliette (1 November 2005). Norwegian Elkhound: Special Limited Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Anjing Pemburu Elk Norway: Edisi Terhad Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781593783068. OCLC 63137904.
- Franciose, Helen E.; Swanson, Nancy C. (1974). Your Norwegian Elkhound [Anjing Pemburu Elk Norway Anda] (dalam bahasa Inggeris). Fairfax, Virginia, Amerika Syarikat: Denlinger's Publishers. ISBN 9780877140146. OCLC 1253832.
- Great Gray Dogs: The Norwegian Elkhound Factbook [Anjing Kelabu Agung: Buku Fakta Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Shreveport, Louisiana, Amerika Syarikat: Great Gray Dogs. 1980. OCLC 6823397.
- Nicholas, Anna Katherine (1983). Norwegian Elkhounds [Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780876667224. OCLC 9852411.
- Nicholas, Anna Katherine (Mei 1997). Norwegian Elkhounds [Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780793823192. OCLC 39883517.
- Roslin-William, Anne (1993). The Elkhound in the British Isles [Anjing Pemburu Elk di Kepulauan British] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Anne Roslin-Williams. ISBN 9781856090506. OCLC 476383687.
- Ross, Nina P. (1995). Luther, Luana (penyunting). The Norwegian Elkhound [Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris). Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat: Doral Publishing. ISBN 9780944875391. OCLC 32502386.
- Wallo, Olav; Elvin, Karen (1987). The New Complete Norwegian Elkhound [Anjing Pemburu Elk Norway Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876052433. OCLC 15660191.
Rencana majalah
[sunting | sunting sumber]- Dearth, Kim D.R. "The Norwegian Elkhound" (dalam bahasa Inggeris) Dog World September 1999, Jilid 84 Keluaran 9, halaman 12–17.
- "Dog of the Vikings" (dalam bahasa Inggeris) Dog Fancy. April 1998.
- "Norwegian Elkhound" (dalam bahasa Inggeris). Dog World. Julai 1997, Jilid 82 Keluaran 7. halaman 86.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "FCI-Standard N° 268 (NORSK ELGHUND SORT) (Norwegian Elkhound Black)" [Piawaian FCI No. 268 Anjing Pemburu Elk Hitam Norway] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Norsk Kennel Klub. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 9 Ogos 1999. Dicapai pada 3 Januari 2024.
- ^ Lloyd, Llewelyn (1830). Field Sports of the North of Europe [Sukan Padang di Utara Eropah] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Henry Colburn and Richard Bentley. OCLC 38750271.
- ^ "NES Raseinformasjon" [Maklumat Baka Anjing Pemburu Elk Hitam Norway] (dalam bahasa Norway).
- ^ a b c "Norsk elghund sort - Norsk Kennel Klub" [Anjing pemburu elk hitam Norway - Norsk Kennel Klub] (dalam bahasa Norway). 7 Oktober 2016.
- ^ a b c "Raseprofil: Norsk elghund sort" [Profil baka: Anjing pemburu elk hitam Norway] (dalam bahasa Norway). 11 Oktober 2021.
- ^ "NES Helse" [Kesihatan anjing pemburu elk hitam Norway] (dalam bahasa Norway).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Persatuan Anjing Pemburu Elk Norway Amerika Syarikat (dalam bahasa Inggeris)
- Kelab Anjing Pemburu Elk Norway Great Britain (dalam bahasa Inggeris)