Pergi ke kandungan

Buffalo buffalo Buffalo buffalo buffalo buffalo Buffalo buffalo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penghuraian sederhana
PN = kata benda diri
N = kata benda
V = kata kerja
NP = frasa kata benda
RC = klausa relatif
VP = frasa kata kerja
S = kalimat

"Buffalo buffalo Buffalo buffalo buffalo buffalo Buffalo buffalo" ialah sebuah frasa yang tata bahasanya benar dalam bahasa Inggeris dan digunakan sebagai contoh bagaimana homonim dan homofon mampu mencipta pembinaan bahasa yang rumit. Frasa ini menjadi bahan bicara dalam dunia sastera sejak 1972 ketika ia digunakan oleh William J. Rapaport, seorang pembantu profesor di University at Buffalo.[1] Frasa ini dihantar ke Linguist List oleh Rapaport pada tahun 1992.[2] Frasa ini juga muncul dalam buku karya Steven Pinker 1994 yang berjudul The Language Instinct sebagai contoh frasa yang "kelihatan omong kosong" tetapi masuk akal tata bahasanya.[3]

Makna sebenar frasa ini semakin jelas jika mengetahui bahawa frasa ini menggunakan nama bandar Buffalo, New York dan kata kerja tidak umum "to buffalo" (bermaksud "menindas atau meniru"), dan saat tanda baca dan tata bahasanya diletakkan, frasa ini mampu dibaca seperti ini: "Buffalo buffalo that Buffalo buffalo buffalo, buffalo Buffalo buffalo." Maknanya menjadi lebih jelas lagi jika mengguna pakai sinonim: "Bison asal Buffalo yang ditiru bison Buffalo lain, meniru bison Buffalo."

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Rapaport, William J. 22 September 2006. "A History of the Sentence "Buffalo buffalo buffalo Buffalo buffalo."". Accessed 23 September 2006. (archived copy)
  2. ^ Rapaport, William J. 19 February 1992. "Message 1: Re: 3.154 Parsing Challenges Diarkibkan 2009-10-19 di Wayback Machine". Accessed 14 September 2006.
  3. ^ Pinker, Steven. The Language Instinct: How the Mind Creates Language. William Morrow and Company, Inc., New York, 1994. p. 210

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Klip video

[sunting | sunting sumber]