Chris Evans
Chris Evans | |
---|---|
Kelahiran | Christopher Robert Evans 13 Jun 1981 |
Pekerjaan | Pelakon, Pengarah filem |
Tahun aktif | 1999 - kini |
Terkenal kerana | Jake Wyler dalam Not Another Teen Movie Johnny Storm (Human Torch) dalam Fantastic Four |
Christopher Robert Evans (lahir 13 Jun 1981)[1] atau nama pentasnya Chris Evans ialah seorang pelakon dan pembikin filem Amerika Syarikat. Evans terkenal dengan peranan watak adiwira Captain America dalam jagat wayang Marvel Comics serta Human Torch dalam Fantastic Four dan kesinambungannya pada 2007.
Beliau memulakan kerjayanya pada 2000 menerusi siri TV Opposite Sex, dan sejak daripada itu muncul dalam beberapa filem termasuk Not Another Teen Movie, Sunshine, Scott Pilgrim vs. the World, Snowpiercer dan Gifted. Pada 2014, Evans memulakan kerjaya pengarahannya dengan filem drama Before We Go, di mana beliau turut berlakon.[2]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Evans dilahirkan di Boston[3] dan dibesarkan di bandar Sudbury.[4] Ibunya, Lisa (née Capuano), ialah pengarah artistik di Concord Youth Theater,[5][6] dan bapanya Robert Evans, ialah seorang doktor gigi.[7]
Beliau mempunyai dua kakak, Carly,[7] graduan New York University Tisch School of the Arts dan sebuah sekolah tinggi drama dan guru bahasa Inggeris di Lincoln-Sudbury Regional High School,[5][8] Shanna,[7] dan adik bongsu[9] lelaki, Scott,[7] yang tampil dalam drama lipur lara ABC One Life to Live. Bapa saudara mereka, Mike Capuano, mewakili daerah Kongres Massachusetts yang dahulunya diwakili oleh Tip O'Neill.[10] Ibunya berketurunan separa Itali dan separa Ireland.[10][11][12] Beliau dan adik-beradiknya dibesarkan dalam agama Katolik.[11][12]
Evans menamatkan pelajarannya di Lincoln-Sudbury Regional High School.[4] Beliau berpindah ke New York dan mengambil kelas di Lee Strasberg Theatre and Film Institute.[13]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada 1999, Evans merupakan model untuk "Tyler" dalam permainan papan Hasbro Mystery Date. Edisi istimewa permainan itu termasuk telefon elektronik, yang mana Evans kelihatan bercakap dalam kotak mainan.[14]
Selepas memfilemkan Not Another Teen Movie,[15] Evans melangkah ke peranan utama dalam The Perfect Score dan Cellular, kemudian membintangi dua filem bebas di Chicago: Fierce People arahan Dick Wittenborn, memegang watak Bryce, dan London, memegang watak penagih dadah yang mengalami masalah perhubungan.[16] Beliau kemudiannya memegang watak adiwira Human Torch dalam filem adaptasi komik 2005 Fantastic Four. Evans membawakan semula wataknya dalam sekuel 2007 Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer.[17] Pada tahun itu, beliau berlakon sebagai jurutera bertukar angkasawan Mace dalam filem cereka sains arahan Danny Boyle Sunshine.[18]
Pada 2008, Evans muncul dalam filem Street Kings, lakonan bersama Keanu Reeves, dan adaptasi lakonlayar Tennessee Williams The Loss of a Teardrop Diamond, lakonan bersama Bryce Dallas Howard dan Ellen Burstyn. Pada tahun berikutnya, beliau muncul dalam filem cereka sains Push, bersama Dakota Fanning dan Camilla Belle. Evans melakukan sendiri babak pergaduhan, yang memerlukan seminggu untuk dipindahkan ke filem, dan mengalami kesan lebam semasa penggambaran.[19]
Pada 2010, beliau melengkapkan filem arahan bersama Mark Kassen dan Adam Kassen Puncture di Houston, Texas. Filem itu dipilih untuk tayangan perdana di Festival Filem Tribeca 2011 sebagai salah satu projek Spotlight untuk ulang tahun ke-10 festival itu.[20]
Juga pada tahun itu, Evans muncul dalam filem arahan Sylvain White The Losers, adaptasi dari siri buku komik DC Comics Vertigo.[21] Evans kemudiannya muncul dalam satu lagi adaptasi buku komik, filem arahan Edgar Wright Scott Pilgrim vs. the World, di mana beliau melakonkan watak Lucas Lee, salah satu daripada tujuh ujian jahat Ramona Flowers.[22]
Pada 2011, Evans melakonkan watak Marvel Comics Captain America dalam Captain America: The First Avenger, dan membintangi filem What's Your Number?, komedi romantik lakonan bersama Anna Faris.[23][24] Terdapat konflik penjadualan, kerana kedua-dua filem itu difilemkan pada 2010.[25]
Evans telah muncul dalam berbagai filem sebagai Captain America, dan yang pertama membawakan semula watak dalam filem 2012 The Avengers.[23] Beliau kemudiannya berlakon bersama Michael Shannon dalam filem The Iceman, menggantikan James Franco, yang telah digugurkan.[26] Evans memakai rambut palsu panjang dan janggut untuk peranan itu.[27] Beliau berlakon dalam filem bahasa Inggeris arahan Bong Joon-ho, Snowpiercer.[28]
Pada 2014, Evans berlakon dalam Captain America: The Winter Soldier.[29] Beliau berlakon bersama Michelle Monaghan dalam filem komedi romantik Playing It Cool.[30] Arahan sulung beliau, Before We Go,[31] dipertontonkan buat pertama kali di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2014.[2]
Pada 2015, beliau melakonkan watak Captain America sekali lagi dalam filem Avengers: Age of Ultron, dan melakonkan semula wataknya dalam kesinambungannya Captain America: Civil War pada 2016.[32][33]
Evans berkata pada Mac 2014 bahawa apabila kontraknya dengan Marvel tamat, beliau akan mempertimbangkan untuk mengurangkan aktiviti lakonan supaya beliau lebih menumpukan perhatian dalam kerjaya pengarahannya,[34] dan percaya beliau akan menjadi Captain America pada 2017.[31] Pada September 2015, bagaimanapun, katanya dalam wawancara bahawa beliau akan bersedia untuk menandatangani lebih banyak filem sebagai Captain America selepas Infinity War, jika Marvel mahu melanjutkan kontraknya.[35]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Evans merupakan peminat New England Patriots, dan meminjamkan suaranya untuk America's Game: The Story of the 2014 New England Patriots.[36]
Beliau berpacaran dengan Jenny Slate pada 2016,[37] dan kemudiannya berpisah pada 2017. Beliau merupakan penyokong hak LGBT,[38] dan biarpun beliau dibesrakan Katolik, beliau telah menyatakan pandangan panteistik.[12] dan berminat dalam falsafah Buddhisme.[39]
Selain itu, Evans merupakan bekas kekasih dengan pelakon 7th Heaven, Jessica Biel dari 2001 sehingga 2006. Namun mereka berpisah semenjak Chris menjalinkan perhubungan yang mesra dengan penyanyi Jessica Simpson dan peragawati Gisele Bundchen.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Nota |
---|---|---|---|
2000 | The Newcomers | Judd | |
Opposite Sex | Cary Baston | ||
The Fugitive | Zack | Episod: Guilt | |
2001 | Boston Public | Neil Mavromates | Episod: Chapter Nine |
Not Another Teen Movie | Jake Wyler | ||
2002 | Eastwick | Adam | |
2003 | The Paper Boy | Ben | |
Skin | Brian | Episod: Pilot | |
2004 | The Perfect Score | Kyle | |
Cellular | Ryan | ||
2005 | The Orphan King | Seth King | |
Fierce People | Bryce | ||
Fantastic Four | Johnny Storm / Human Torch | ||
London | Syd | ||
2007 | TMNT | Casey | Suara |
Sunshine | Mace | ||
Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer | Johnny Storm / Human Torch | ||
The Nanny Diaries | Harvard Hottie/Hayden | ||
Terra | Stewart Stanton | Suara | |
2008 | Street Kings | Detective Paul "Disco" Diskant | |
The Loss of a Teardrop Diamond | Jimmy | menunggu keluaran | |
Push | Nick Gant | pasca-penerbitan | |
2010 | The Losers | Jake Jensen | |
2010 | Scott Pilgrim vs. the World | Lucas Lee | |
2011 | Puncture | Michael David "Mike" Weiss | |
2011 | Captain America: The First Avenger | Steve Rogers / Captain America | |
2011 | What's Your Number? | Colin Shea | |
2012 | The Avengers | Steve Rogers / Captain America | |
2012 | The Iceman | Robert "Mr. Freezy" Pronge | |
2013 | Snowpiercer | Curtis Everett | |
2013 | Thor: The Dark World | Loki masquerading | |
2014 | Captain America: The Winter Soldier | Steve Rogers / Captain America | |
2014 | Before We Go | Nick Vaunghan | |
2015 | Avengers: Age of Ultron | Steve Rogers / Captain America | |
2015 | Ant-Man | Steve Rogers / Captain America | Kameo |
2015 | Playing It Cool | Me | |
2016 | Captain America: Civil War | Steve Rogers / Captain America | |
2017 | Gifted | Frank Adler | |
2017 | Spider-Man: Homecoming | Steve Rogers / Captain America | Kameo |
2018 | Avengers: Infinity War | Steve Rogers / Captain America | |
2019 | Captain Marvel | Steve Rogers / Captain America | Kameo; tidak dikreditkan |
2019 | Avengers: Endgame | Steve Rogers / Captain America | |
2019 | The Red Sea Diving Resort | Ari Kidron | |
2019 | Knives Out | Hugh Ransom Drysdale | |
2021 | Free Guy | Himself | Kameo[40] |
2021 | Don't Look Up | Peter Isherwell | |
2022 | Lightyear | Buzz Lightyear[41] | |
The Gray Man | Lloyd Hansen |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2000 | Opposite Sex | Cary Baston | 8 episod |
The Fugitive | Zack Lardner | Episod: "Guilt" | |
2001 | Boston Public | Neil Mavromates | Episod: "Chapter Nine" |
2002 | Eastwick | Adam | Pilot |
2003 | Skin | Brian | Episod: "Pilot" |
2008 | Robot Chicken | Pelbagai suara | Episod: "Monstourage" |
2015 | Agent Carter | Steve Rogers / Captain America | Episod: "Now is Not the End" (rakaman arkib)[42] |
2020 | Defending Jacob | Andy Barber | 8 episod |
2023 | Scott Pilgrim Takes Off | Lucas Lee | Sebagai pelakon suara[43] |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Lobby Hero[44] | TBA | Helen Hayes Theatre |
Permainan video
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan suara |
---|---|---|
2005 | Fantastic Four | Johnny Storm / The Human Torch |
2011 | Captain America: Super Soldier | Steve Rogers / Captain America |
2012 | Discovered[45] | Dirinya sendiri |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Persatuan | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2005 | MTV Movie Awards | Best On-Screen Team | Fantastic Four | Tercalon |
2007 | Teen Choice Awards | Choice Movie Actor: Action Adventure | Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer | Tercalon |
Choice Movie: Rumble | Tercalon | |||
2011 | Scream Awards | Best Superhero | Captain America: The First Avenger | Menang |
Saturn Awards | Best Actor | Tercalon | ||
People's Choice Awards | Favorite Movie Superhero | Tercalon | ||
MTV Movie Awards | MTV Movie Award for Best Hero | Tercalon | ||
Teen Choice Awards | Choice Summer Movie Star: Male | Tercalon | ||
2012 | Choice Movie: Fight | Tercalon | ||
Choice Movie: Male Scene Stealer | The Avengers | Tercalon | ||
2013 | People's Choice Awards | Favorite Action Movie Star | Tercalon | |
Favorite Movie Superhero | Tercalon | |||
MTV Movie Awards | Best Fight (berkongsi bersama pelakon) | Menang | ||
2014 | Teen Choice Awards | Choice Movie Actor: Sci-Fi/Fantasy | Captain America: The Winter Soldier | Tercalon |
2015 | People's Choice Awards | Favorite Action Movie Actor | Menang | |
Favorite Movie Duo (bersama Scarlett Johansson) | Tercalon | |||
Critics' Choice Awards | Best Actor in an Action Movie | Tercalon | ||
MTV Movie Awards | Best Fight (Chris Evans vs. Sebastian Stan) | Tercalon | ||
Best Kiss (bersama Scarlett Johansson)' | Tercalon | |||
Saturn Awards | Best Comic-to-Film Motion Picture | Tercalon | ||
Best Actor | Tercalon | |||
Teen Choice Awards | Choice Movie Actor: Sci-Fi/Fantasy | Avengers: Age of Ultron | Tercalon | |
Choice Movie Scene Stealer | Menang | |||
2016 | MTV Movie Awards | Best Hero | Tercalon | |
Teen Choice Awards | Choice Movie Actor: Sci-Fi/Fantasy | Captain America: Civil War | Menang | |
Critics' Choice Awards | Best Actor in an Action Movie | Tercalon | ||
2017 | People's Choice Awards | Favorite Action Movie Actor | Tercalon | |
Saturn Awards[46] | Best Actor in a Film | Menunggu | ||
Kids' Choice Awards[47] | Favorite Movie Actor | Tercalon | ||
Favorite Butt-Kicker | Menang | |||
Favorite Frenemies (berkongsi bersama Robert Downey Jr) | Tercalon | |||
#Squad (berkongsi bersama pelakon) | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Today in History". The Guardian. London, UK. Associated Press. June 13, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada December 26, 2013. Dicapai pada January 23, 2008.
Actor Chris Evans is 28.
Unknown parameter|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b "Toronto Film Festival Lineup". Variety. Dicapai pada July 22, 2014.
- ^ Itzkoff, Dave (July 8, 2011). "Chris Evans in 'Captain America: The First Avenger'". The New York Times.
- ^ a b Pai, Tanya. "America's Most Wanted". Boston. Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-05. Dicapai pada April 16, 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Marotta, Terry (July 19, 2007). "Grease is the word". Gatehouse News Service via Wicked Local Sudbury. Diarkibkan daripada yang asal pada April 3, 2014. Dicapai pada July 19, 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Cantrell, Cindy (March 9, 2014). "Chris Evans doesn't forget his Concord roots". The Boston Globe. Dicapai pada April 6, 2014.
- ^ a b c d Keck, William (September 9, 2004). "Chris Evans' career ready to sizzle". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada November 6, 2013. Dicapai pada December 10, 2007.
...Evans' siblings, Scott, Carly and Shanna.
Unknown parameter|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Carly is a teacher at lsrhs". LSRHS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-22. Dicapai pada October 17, 2014.
- ^ Krebs, Sean (December 14, 2009). "Behind The Scenes: The Scott Evans Cover Shoot". Instinct. Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2011. Dicapai pada December 16, 2009.
- ^ a b Stickgold, Emma (July 21, 2010). "Rita Capuano; campaigned with vigor for husband, son; at 90". The Boston Globe. Diarkibkan daripada yang asal pada November 5, 2013. Dicapai pada July 22, 2010.
- ^ a b "Meet curious Chris". Deccan Herald. May 27, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2007. Dicapai pada June 8, 2009.
- ^ a b c "Sunshine – Chris Evans interview". IndieLondon.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2013. Dicapai pada June 8, 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Gardner, Jessica (September 21, 2011). "Chris Evans Takes On a New Fight in 'Puncture'". Backstage. Dicapai pada April 12, 2016.
- ^ Jay Jayson @ComicBook. "Captain America Was A Model For Mystery Date". Comicbook.com. Dicapai pada April 12, 2016.
- ^ Rebecca Murray, Fred Topel. "Interview with Mia Kirshner & Chris Evans from "Not Another Teen Movie"". About.com. Dicapai pada June 7, 2013.
- ^ ""London" Movie Trailer". About.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-11. Dicapai pada June 7, 2013.
- ^ "Human Torch Chris Evans Says Fantastic Four 3 Will Probably Not Happen". /Film. March 21, 2008. Dicapai pada June 7, 2013.
- ^ Chupnick, Steven (July 22, 2007). "Traveling to the SUNSHINE with Danny Boyle and Chris Evans". Collider.com. Dicapai pada June 7, 2013.
- ^ "Push Comes to Shove for Chris Evans". Parade. February 4, 2009. Dicapai pada July 19, 2010.
- ^ Rosen, Christopher (April 22, 2011). "Chris Evans and the Kassen Brothers Talk Puncture, Captain America and the Tribeca Film Festival". Movieline.com. Dicapai pada June 7, 2013.
- ^ Billington, Alex (July 13, 2009). "Complete Look at the Full Cast of Sylvain White's The Losers". FirstShowing.net. Dicapai pada July 13, 2009.
- ^ Fischer, Russ (January 20, 2009). "A Handy Cast Guide To Scott Pilgrim Vs The World". Chud.com. Diarkibkan daripada yang asal pada January 23, 2009. Dicapai pada January 20, 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Graser, Marc (March 22, 2010). "Chris Evans to play 'Captain America'". Variety. Dicapai pada March 23, 2010.
- ^ Anderton, Ethan (March 8, 2010). "Casting Tidits: Anna Faris, Liv Tyler, Ryan Gosling and More". FirstShowing.net. Dicapai pada August 3, 2010.
- ^ Ward, Kate (March 19, 2010). "Captain America offered to Chris Evans". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-26. Dicapai pada March 2, 2014.
- ^ Fleming Jr., Mike (November 11, 2011). "Chris Evans Replacing James Franco In 'The Iceman'". Deadline.com. Dicapai pada March 2, 2014.
- ^ Malec, Brett (April 23, 2013). "Captain America, Who?! Chris Evans Gets Hairy Makeunder in New Movie The Iceman". E!. Dicapai pada March 2, 2014.
- ^ Kroll, Justin (January 13, 2012). "Chris Evans warms to 'Snow Piercer'". Variety. Dicapai pada March 2, 2014.
- ^ Chitwood, Adam (September 18, 2012). "Chris Evans Talks 'Captain America: The Winter Soldier'; Says Sequel Will Get Into Material That Was Cut from 'The Avengers'". Collider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-28. Dicapai pada September 18, 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Gajewski, Ryan (September 13, 2014). "Chris Evans Has Complicated Feelings for Michelle Monaghan in 'Playing It Cool' Trailer". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-30. Dicapai pada October 30, 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Setoodeh, Ramin (March 25, 2014). "'Captain America's' Chris Evans Says He's Ready to Leave Acting Behind". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada April 2, 2014. Dicapai pada March 3, 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Marvel Studios Announces Filming of Marvel's Avengers: Age of Ultron in South Korea". Marvel. Februari 18, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-19. Dicapai pada February 18, 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Strom, Marc (Oktober 28, 2014). "Marvel Pits Captain America & Iron Man in a Cinematic Civil War". Marvel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-28. Dicapai pada October 28, 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Glamour magazine via Gallagher, Brian (March 3, 2014). "Chris Evans Taking a Break from Acting Once Marvel Contract Expires". Movieweb.com (Watchr Media). Diarkibkan daripada yang asal pada April 3, 2014. Dicapai pada March 3, 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Chitwood, Adam (September 4, 2015). "Chris Evans Eager to Extend Marvel Contract". Collider. Dicapai pada April 12, 2016.
- ^ "Chris Evans to narrate Patriots documentary 'America's Game'". BostonGlobe.com. Dicapai pada May 9, 2016.
- ^ http://time.com/4708310/jenny-slate-on-chris-evans-breakup/
- ^ Voss, Brandon (January 5, 2009). "A List: Chris Evans". The Advocate. Dicapai pada July 20, 2010.
- ^ Sachs, Adam (Mei 2012). "The Avengers' Chris Evans: Just Your Average Beer-Swilling, Babe-Loving Buddhist". Details. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-12. Dicapai pada April 16, 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ O'Sullivan, Charlotte (August 11, 2021). "Free Guy film review: Ryan Reynolds and Jodie Comer are pitch perfect in this riotous gaming caper". Evening Standard. Dicapai pada August 11, 2021.
- ^ CNN, Marianne Garvey,. "Chris Evans to voice Buzz Lightyear in new Pixar movie". CNN. Dicapai pada 2021-06-03.CS1 maint: extra punctuation (link)
- ^ Goldman, Eric (January 3, 2015). "Marvel's Agent Carter: "Now is Not the End" Review". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-03. Dicapai pada February 1, 2015. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Otterson, Joe (30 March 2023). "'Scott Pilgrim' Netflix Anime Series Reunites Film's Cast, from Michael Cera to Chris Evans". Variety.
- ^ Serrao, Nivea (April 20, 2017). "Chris Evans and Michael Cera to star on Broadway together". Entertainment Weekly. Dicapai pada April 22, 2017.
- ^ McWhertor, Michael (October 18, 2012). "Intel releases free Kinect FMV game Discovered starring Chris Evans, LMFAO". Polygon.
- ^ McNary, Dave (March 2, 2017). "Saturn Awards Nominations 2017: 'Rogue One,' 'Walking Dead' Lead". Variety. Dicapai pada March 2, 2017.
- ^ "Kids' Choice Awards 2017: Full Nominees and Winners List". Us Weekly. Dicapai pada 12 March 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Chris Evans |